cantik itu ujian

Assalamualaikum..

Entry lepas, maCy ada berkongsi mengenai cinta dan rupa. Dan kali ini maCy ingin berkongsi mengenai rupa cantik sebagai ujian.

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif. Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang. Cahaya iman mungkin?


Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
  1. Meningkatkan rasa syukur
  2. Keyakinan diri tinggi
  3. Sedap mata memandang
  4. Maintanance rendah (sepatutnya lah)
  5. Apabila dikecapi pabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah. Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa-biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
  1. Dijadikan bahan komersial
  2. Disayangi hanya kerana rupa
  3. Menimbulkan riak dalam hati
  4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu dipassing-passingkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya. Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta sang pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula?
Seringkali wujud rasa iri hati dikalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang adam kerana semuanya tidak kekal selamanya~


p/s : sudah di tag oleh 3 blogger tentang 25 randoms things tu. adeh2 kalau maCy buat ada orang nak baca ke? huk2

Comments

adrinaqamarina said…
macy buat, pasti ade je yang mengomen nanti.

go macy go! erk. hehe

betul la tu, cantik tu kan ujian jugak. bukan kesusahan je ujian, kesenangan hidup pun ujian jugak.

bersyukur atas segala kecantikan yang ALLAH anugerahkan,

dan sentiasa ingat, ciptaan ALLAH ni semua cantik dan indah.

semua orang cantik, cuma kecantikan kte je yang berbeza

:)
Saya tertarik ngan yg ni "Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata".

Hidup dan kehidupan adalah pinjaman dari Allah. Allah berhak mengambil balik bila2 masa sahaja. Hidup diambil balik ngan dihentikan denyut nadi dan degup jantung. Kehidupan( termasuk kecantikan) pula boleh sahaja pudar dan hilang tanpa diduga dan disangka. beberapa minggu lepas brlaku persitiwa seorg gadis dsimbah asid kat nibong tebal. Itu skeadar satu contoh.
ENCIK TIKUS said…
avril lavigne, mak cik gua ;)
M a W a D D a H said…
cantik tu subjektif...

kamu cantik macy...:)
@fitridzulkifli said…
okay,. yg penting kan, gambar avril! HAHAHA
faINa989 said…
bersyukur kepada Allah s.wt kerana ada mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, mulut untuk berbicara, telinga untuk mendengar...
:)
Rina Rossoneri said…
suka tengok perempuan cantik,
suka tengok lelaki cantik,
suka tengok benda2 cantik..
kesimpulannya post je apa2,
gerenti ada org baca..
Unknown said…
nasib baiklah saya tak cantik. haha.. maaf,saja komen mengarut.

Apapun saya sangat suka dengan entry ini. Cara kamy selitkan nasihat sangat berseni :)
terokai seni said…
jangan lupa baca doa bila bercermin
ankeljonni said…
muka yg cantik .... senag di cari....
Hati yg cantik... sush wooo...
Fello Ariza said…
Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya..

erkk..btul ke x nih..huhu
Unknown said…
sokong adah..cntik itu subjektif...maCy cun..:)
Aida Azryn said…
<------ dak ni sudi baca~ :P
aien said…
yup! bersyukur dengan apa yg ada.
Padin said…
jadi cantik pon susah hati, xcantik pon susah hati.. huu
cikpia said…
teringat kisah si rusa yang berbangga ngan kecantikan tanduk dia.... last2 time utan terbakar tanduk dia tu la yang menyebabkan dia sangkut dan mati terbakar..... =)
¶A.K.I¶ said…
SAYA TIDAK CANTIK...
SAYA TIDAK MENARIK...
TAPI SAYA COMEL~ ^_^



**jgn lyn minah ini
beauty lies in the eyes of beholder.. :)

biar cantik pada adab.. cantik rupa bonus je kot.. =)
Nur Qistina said…
setiap orang definisi cantiknya berbeza..

tapi, biarlah sebaik2 cantik itu pada akhlak dan budi pekertinya..=)
plumpy.tootsie said…
cantik itu subjektif.terlalu cantik tu pun xbgus jgk.huhu
Duniakuabstrak said…
betui3

senang citer apa2 kelebihan pon boleh jadi ujian kpd kita

bergantung kepada tuan punya badan yg memiliki kelebihan tu nak menggunakan ke arah yg diredhai atau di murkai

yosh!
Unknown said…
haaa, da bace da ni=)
indahnye la kalau dpt bekerja disebalik tabir...kadangkala rasa rimas kalau ad suara mengatakan kita mendapat sesuatu peluang itu hanya kerana muka..itu pun ujian....=)

moga sentiasa dijalan redhaNya

psst: sape conteng pipi awk dgn kaler ungu? cantek..hehehehe
Nisa said…
cintailah aku kerana agamaku

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya