usah mengahwini wanita yang enam

Assalamualaikum,

Hari ini mood baik macam biasa. Cuma kaki maCy yang pernah retak itu terasa berdenyut-denyut hari ini. Barangkali kerana semalam terlalu sibuk semasa TPM datang, banyak berjalan dengan heels. Jadi hari ini sudah rasa sakit-sakit sedikit.

ihsan Mr. G aka Mr. Google

Lupakan tentang itu, pernah dengar mengenai wanita yang enam? maCy baru semester ini terdengar mengenainya, tetapi kebanyakan sumber yang maCy temui, semua penerangannya agak kompleks dan panjang. Tapi tadi maCy berziarah ke satu blog kerana tertarik dengan tinggalan jejaknya di shoutbox. dan maCy menemui penerangan ringkas mengenai wanita yang enam ini.

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"
-Imam Ghazali-


  • wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
  • wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
  • wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
Semoga maCy, dan kamu juga (kaum hawa sahaja ya) tidak menjadi barang satu diantaranya. Kerana diri ini mahu menjadi hawa solehah. Amin..

Sumber : Klik Sini

Oh ya, harap ampun maaf maCy tidak sempat berkunjung balas lebih-lebih lagi kepada mereka yang meninggalkan jejak di shoutbox, sekadar sempat mengunjungi mereka yang meninggalkan komen sahaja, itupun selepas dua tiga harii. Masa bergerak terlalu pantas, terlalu banyak yang perlu dikejarkan. Maaf ya :)

Dan, sebelum ini maCy tidak kisah, tapi sejak akhir-akhir ini maCy terasa tidak adil bagi mereka yang meninggalkan jejak secara manual tetapi tidak sempat dijejak balas, sedangkan mereka yang menggunakan urlpass, terus-terusan menerima traffic free nan ikhlas.


p/s : yang solehah sering dikaitkan dengan mereka yang bertudung labuh, diri ini tidak. apa diri ini tidak layak menjadi salah seorang daripadanya?

Comments

Unknown said…
menjadi wanita memang sukar..kerana itu Rasulallah bersabda bahawa wanita yang sempurna imannya hanya ada 4 orang sahaja, iaitu asiyah isteri Firaun, Maryam ibunda Isa a.s, Khatijah isteri Rasulallah dan Fatimah anak rasulallah...
moga macy dan saya dapat mencontohi mereka ini :)

Mari menjadi manusia

Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!
aien said…
Ya Allah.. mintak dijauhkan dari sifat wanita yg enam itu... amiin...


juga tertanya tulisan merah itu pada diri sendiri... T___T
Si gadis bunga said…
yang solehah itu sering dikaitkan dengan mereka yg bertudung labuh.

maCy : diri ini juga tidak. tetapi kite and awak boleh berusaha untuk jadi solehah.
kalau solehah itu diukur dari labuhya tudung, itu solehah dari pandangan manusia. beza antara manusia disisi Allah itukan taqwa.
buat yg termampu, Ihsan Allah itu yg kita harapkan.
:)
Anonymous said…
insyaAllah sama2 lah kita berdoa ye:)

Buang Toksin Dari Badan Dengan Detox Foot Pad
Rina Rossoneri said…
manusia suka membuat kesimpulan berdasarkan luaran yang dilihatnya.. xapalah, asalkan Allah lebih mengetahui..
Fello Ariza said…
baru tahu..huhu

masih cetek ilmu didada nih..T_T
Anonymous said…
to all : thx for the cmments :)

to bunga :
ur seriously comforting me :)
scya lollita said…
semoga kita menjadi perempuan yang baik2 , dan mendpat lelaki yg baik (:
Nobita Sensei said…
minta izin nak copy letak dlm fb~
Nur Qistina said…
semoga kita tergolong di kalangan mereka yang baik2..insyaAllah..amin~ ^^,
betol ckp si gadis bunga 2.. :)

x semestinya yg btudung labuh ni solehah
x semestinya yg bertudung bawal(x berapa labuh) ni kurang imannya
dan x semestinya jugak yg free hair 2 lgsung x beriman..kan?

as long as kita kita pakai tudung,ikut syariat yg islam da gariskan.. :)

"sesungguhnya wanita yg menjaga solat, jaga puasa, taat kat suami leh pilih mana2 pintu syurga yg dia nak" :)
aLya maNip said…
nice 1 la maCy..
skunk kene try not 2 be "wanita yg enam "
Anonymous said…
moga kaki x sakit dah!
Mario said…
wah bagus info ni...

samalah...2 3 hari baru bole balas2...
hope xda yg 6 tue... :( amin
Kak Amy said…
salam..

minta di jauhkan la dari sifat wanita yang ke 6 tue, amin
plumpy.tootsie said…
saya taknak kawen dgn wanita.saya nk kawen dgn jejaka.hehe.

thx for sharing btw. :)
cikpia said…
walau tak mampu jadi wanita 'hebat' yang empat, harap aku tak jadik wanita yang enam tu...... nauzubillah.
Mr. Asada said…
ada ceramah dari ustaz yang menjelaskan tentang sifat yang enam ni asada share kat fb dlu..

hee..

sian.. semoga kaki itu cepat ok.. ;)
Fared Isa said…
salam...
hi there...
its been a while...
nice entry u got here...
i never knew about this '6' before..
thanks to u... ;)
CIK TOM said…
semoga kaki macy cpt sembuh..
1st time dgr perempuan yg 6..mintak jauh la..
sama la macy..ciktom pun sibuk xdpt bls semua jejak esp. di smix..
Aretikz said…
Semoga yang wanita tidak tergolong dalam hal ini.. Yang penting suami menjadi pembimbing.. hehe..
Bab tudung2 ni.. hakikatnya yang dititikberatkan adalah menutup aurat.. kdg2 brtudung lbuh.. selamba jak menyinsing lengan.. sama juga.. apapapun.. sentiasalah kita bermuhasabah diri.. untuk mendapat yg terbaik.. kita mestilah mnjd yg terbaik.. hehe.. Dan.. smoga kaki Macy sembuh yek.. gaga~

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya