kenapa begitu abah?
Entry ini panjang, bersifat sedikit peribadi, meluah rasa yang adanya terpendam..
Abah,
Dahulu ma merasakan abah tidak memahami. Sekalipun sebenarnya abah sentiasa memenuhi segala keperluan ma. Tapi dahulu segalanya seakan tertutup kerana seringkali abah berkata tidak dalam banyak hal yang ma minta. Hanya kerana satu, kerisauan abah.. Kerisauan abah yang dahulunya tidak ma fahami..
Tingkatan 1
Abah menghantar ma ke sekolah berasrama jauh dari rumah. Mak menangis. Saat itu abah pertama kali mengucup dahi.. ma? Sedikit pun tidak terasa apa. Dan juga melayan ego sendiri. Kecil-kecil sudah ada egonya. Sememangnya ma dari dulu lagi begitu, bertubuh kecil tapi berhati batu. Tinggal jauh langsung tidak homesick, dan pulang hanya ketika cuti panjang. Kisahkah? Tidak, sedikit pun ma tidak kisah. Bukan kerana ma tidak sayangkan mak dan abah, tapi ma memang begitu. Tidak seperti kak sya yang luarnya keras dan lantang, tetapi dalamnya lembut sahaja. Sehinggakan ketika di Tingkatan 3 dia masih tidak hilang homesicknya.
Tingkatan 2
Abah tegas dan garang. Sukar sekali memberi kebebasan mengizinkan ma menyertai akiviti yang ma gemari, camping, sport? Pernah, abah tidak mengizinkan ma mewakili hoki ke peringkat negeri selama dua tahun berturut-turut. "Masuklah bola jaring macam kak sya." Hati memberontak lagi. Mengapa mesti disamakan dengan yang lain? Manakan sama minat semua anak-anak abah? Kenapa kak sya serba diberi? Kenapa tidak ma? Hati ma memberontak sehendak-hendaknya. Sedangkan abah sebenarnya amat risau akan keselamatan ma. Fizikal kecil, juga jauh dari mata. Tapi ma tidak memahami. "Anak orang lain boleh!" Kata hati ma dengan lantangnya. "Lain orang lain caranya.." Kata-kata kakak kembali terngiang di telinga..
Tingkatan 4
Abah tidak membenarkan ma menyertai trip sekolah KL-Langkawi-Penang-KL selama 4 hari. Kerisauan yang melampau. Getus hati. Pasti bagi orang lain, dirasa tidak logik juga. Trip biasa, entah apa yang dirisaukannya. ma memberontak, tidak melawan secara lisan tetapi ma batukan diri dari mendengar kata-kata abah. Sememangnya kurang ajar. Tapi akhirnya abah mengikut kehendak anaknya yang degil membatu ini. Kenapa dan mengapa tidak abah izinkan awalnya? Ketika itu sememangnya ma tidak memahami apa-apa..
Tingkatan 5
ma membuat permohonan ke matrik yang jauh dari rumah. ma mahu mencuba, dan mahu lari dari kongkongan mungkin. Tapi kerana mak, ma ubah permohonan ke negeri-negeri yang dekat sahaja. Dan abah juga mahu ma memohon dekat-dekat sahaja, risau katanya. Usia 12 tahun dikatakan kecil, 15 tahun masih kecil, 17 tahun masih juga dikatakan kecil. "Abah memang tak faham ma." .Hati ma berbisik keras..
Sedangkan ma tidak tahu sebenarnya abah pernah berkata kepada adik-beradik yang lain ;
"Jangan marah ma kalau dia minta belajar jauh-jauh.. ma tu jenis berdikari..", kata abah. Jelas, sebenarnya abah memahami, cuma abah ada sebab dan cara sendiri, tapi, sampai saat itu ma masih tidak memahami. Kenapa mesti begitu? ma bukan lagi anak kecil yang perlu dirisaukan sehingga sebegitu rupa..
Akhir Tingkatan 5
ma membuat permohonan kursus perguruan lepasan SPM. Kedua-dua option, ma meletakkan course tesl, kerana itu sahaja minat ma dan cita-cita ma. Tapi, tidak sekali-kali mahu menjadi guru subjek lain selain Bahasa Inggeris, itu syarat ma. Pada awalnya, abah berkata ya, tapi akhirnya, sehari sebelum ke PLKN, abah mengubah keputusan kerana tidak mahu membenarkan ma fly ke luar negara. Disuruh ma mengubah permohonan serta-merta. ma masih ingat, kita di dalam kereta, air mata meluncur laju. ma terus memandang ke luar tingkap dan dengan tenang berkata, "baiklah abah..". ma memang taat dengan kehendak abah, tapi redhakah ma dengan keputusan abah ketika itu? Terimakah alasan risau abah ketika itu?
Saat itu, ma merasakan abah tidak memahami. Hati ma terasa sedih amat. Kerana itu lah sahaja cita-cita dan impian yang tinggal. ma tanam minat dalam bidang pendidikan kerana ma tahu itulah bidang yang abah mahu ma masuki selain bidang perubatan. Masa depan, dan ma amat sirius dengannya. Disuruh memohon untuk menjadi guru Sains atau Matematik. Tapi mana ma mahu meneruskan pengajian dalam bidang yang tidak ma gemari dan ma rasakan luar kemampuan ma? Apa yang penting, ma merasakan tidak mengapa jika gagal interview dan sebagainya, tetapi ma kesal kerana gagal mendapatkan cita-cita ma sebelum sempat ma sempat berusaha. Abah benar-benar tidak memahami, atau sebenarnya ma yang tidak cuba memahami abah?
Abah,
Kenapa tidak abah benarkan ma mengikuti trip sekolah? Kenapa abah mahu ma berpindah dari sekolah yang jauh dari rumah tapi yang menjadi kesayangan ma ke sekolah yang berdekatan sahaja? dan kenapa abah tidak mengizinkan ma memohon tesl yang mengandungi syarat perlu keluar negara hanya selama 2 tahun, sedangkan abah tahu itu cita-cita dan masa depan ma? Kenapa?
Kenapa dan mengapa? Sebabnya cuma satu sahaja.. Kata abah, "ma kena ingat, umur abah dah berapa.. Kalau ma jauh, kalau abah mati tiba-tiba, abah takut, abah risau ma tak sempat nak tengok wajah abah buat kali terakhir..". Abah! Air mata ma mengalir deras tanpa hentinya. Sebenarnya bukan abah yang tidak memahami, tetapi ma yang membutakan hati.. Maafkan ma, abah..
Garang abah sangat berharga, tegas abah tiada penggantinya. Jika tidak, masakan ma menjadi manusia..
Selamat Hari Lahir buat seorang bapa. 21/10/46
***
Kian dewasa, maCy semakin taat dengan mereka. Kerana benar kata kakak dan abang suatu ketika dahulu, kelak nanti maCy akan bersyukur dan faham sendiri dengan cara abah. Biar apa orang kata, abah kolot, berfikiran kampung, tidak open-minded, terlalu garang dan tidak memahami kehendak anak-anak. Tetapi hari ini tidak ada siapa yang boleh berkata tidak jika ada yang berkata, anak abah kesemua sepuluh memijak bumi universiti, kesemua sepuluh taat ibu bapa, kesemua sepuluh menjadi manusia..
Ini kisah sedih maCy, anak bongsunya, ini pula kisah hebat abah dari anak kedua bongsunya, sYaMi. [Klik Sini] :)
p/s : tidak sekali menyesal kerana mengikuti kehendak abah, kerana tidak sekali pernah keputusan abah salah.
Comments
btw,dari dlu sampai skg, atul kagum dgn mac..ank yg sgt baik+taat...
ayah ibu lebih memahami kita lebih dari diri kita sendri..
macy mmg anak yang baik..
smoga kita terus dpt berbakti pada mak n ayah..amin..
macy, abah dan semuanya sihat sejahtera selalu :)
slm kenal dr deena..
TQ atas perkongsian, maCy
sekarang memang rasa "isk! kenapa abah ni..." nti kalau dah tiada, itulah yang di rindu..
jangan sedih-sedih noOo..
Selamat Hari Lahir untuk abah maCy.. semoga sentiasa dalam berkah Allah SWT. =)
rindu ayah.. :(
silap tyme aa bace blog ni. ='s...smlm baru nngis omsick lg..tp abah mak sibuk dgn rayyan...
kitorang sume syg dek ma. psal hoki pasal everything. wut i only thought was, kalaula awk betul2 main hoki dulu, might u lost all ur hand? manela tahu tumor pecah dulu..suddenly the cell malignan?
or else, if main jugak, u wud be more hurted seeing u must stop playing padahal da jd star beberpa tahun, hanya sbb 1 pembedahan kecil.
abah mak tahu yg terbaik buat kita..keputusan mereka mungkin buat kita memberontak, tp kesannya, keberkatannya, Allah redha lebih...kan itu yang Allah janjikan buat anak yang mendengar kata orang tuanya?
::k.sya love dek ma::
terima kasih atul. tak jemu atul cakap macam tu dari zaman sekolah lagi..
betul. semuanya terbukti :)
moga2 vegitulah hndaknya :)
salam kenal deena. terima kasih :)
betul. dah besar ni baru maCy faham :)
baikkah? amin..
doakan arwah tenang di sana ya echah..
terima kasih juga krn sudi membacanya :)
amin.. terima kasih asada.
rindu juga..
amin.. sama2 ya :)
saye pun konfius sape lagi bongsu sebab awak lagi manja :)
um, sal hoki.. mungkin betul ada hikmah..
love u too kak sya..
mereka sentiasa berfikir dan bertindak untuk kepentingan anak2nya..
cume pemikiran kite yang masih tidak mampu menjangkau fikiran mereka.. kalau kite dah mempunyai anak, pasti kite jua begitu.. :)
hukkkk, ja'aaat
our parents know best for us, insyaAllah.
ala, biaselah tu. untuk kite yg mude-mudi ni, mestilah rase nak memberontak je kan. mak kate kuning kite nak hijau, ayah kate merah kite nak biru.
nanti satu hari nanti kite mesti hargai semua yg kite rase tak betol.
eh,ape merepek pulak ni?
oh : macy, thanks ziarah blog kite yg tak seberape tu.
;)
our parents know best for us, insyaAllah.
ala, biaselah tu. untuk kite yg mude-mudi ni, mestilah rase nak memberontak je kan. mak kate kuning kite nak hijau, ayah kate merah kite nak biru.
nanti satu hari nanti kite mesti hargai semua yg kite rase tak betol.
eh,ape merepek pulak ni?
oh : macy, thanks ziarah blog kite yg tak seberape tu.
;)
sama la cm situasi ko..ko taw ayah ko syg ko n die wat cmtu, tp ko xfaham knp die syg syg smpai tergamak nk wat cmtu..
betul. amat setuju :)
amat setuju :)
Agak sedih juga lihat segelintir anak2 gadis hari ni. Umur 14 tahun tapi sanggup lari tinggalkan org tua demi teman lelaki.
sala ke? ngehehe
betul. melayan darah muda mungkin :)
pkataan tgamak tu cm kejam je.. huhu
thx kamen. maCy stuju :)
apa pon ayah yg kte ada nie yg paling baik...dan yg mereka lakukan sememangnya utk kebaikkn...tp mungkin kita je yg x nmpk n merasakan seperti dikongkong..
terima kasih encik shameel.
maCy lagilah menangis sepanjang menaip entry ni..huhu
terima kasih :)
thx kak yun.. benarlah begitu :)
juz kite je kene sabar hadapinya
nevermind. I still can fulfill hiw wish when I am in dgree. :DD
terima kasih lokman. nasihat bermakna :)
sure dear, tak sekarang, akan datang :)
huhu~
ayah kita buat sesuatu mesti yang terbaik untuk kita kan
;)
yesh, rite. our ayah know better than us
happy bithday untuk ayah kawan baik bloger zai :)
sedih? mesti baca smpai habis ni. huhu.terima kasih.
betul :)
hati batu kelas apekes? haha
muah2 sayang u la zai t i sampaikan salam ok ;D
xsangke hmzah pndai sdih. ok. terima kasih
ape yang disimpulkan..
sayangilah abah kita..
walaupun tindakan dia berlainan dgn kita..
ini mst ada sebabnya :)
setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya...
barangkali kerana semuanya hadir dari hati :)
setuju. mereka lebih memahami sebenarnya :)
terima kasih kak. harap2 begitulah :)