hati terasa kosong
Assalamualaikum,
Hari ini hati terasa sedikit kosong. Secara luarannya, sememangnya aku gembira. Ramai kawan dari lawan. Banyak suka dari duka. Banyak bahagia tiada sengsara.
Siapa yang tidak mahu sentiasa berasa senang hati dan bahagia? Tapi kadangkala kesenangan dan kebahagiaan itu membuat aku semakin jauh dariNya. Aku tidak mahu dekat padaNya hanya ketika duka. Sedangkan semalam ketika aku dalam kesusahan dikerjakan hati manusia yang punya hasad dengki, ditabur fitnah dan cerita seperti menyebar benih yang subur meninggi, menangis aku dihadapanNya. Seharian aku mendekatkan diri denganNya. Dan akhirnya ketenangan yang Dia hadiahkan kepadaku.
Namun, setelah kembali tenang dan dikurnia bahagia, leka kembali aku. Hari ini, aku punya sahabat dan keluarga yang tiada galang gantinya, hidup sederhana selesa bahagia. Tapi, aku leka.. aku alpa dengan gembira.. Berdosakah aku?
Ya Allah, jauhkanlah aku dari terus leka dan alpa sebegini. Ampunkanlah segala kekhilafan diri ini.. Kerana walau ceria sekian harinya, hati ini terasa sedikit kosong, seperti ada yang tidak sempurna... Kerana hati ini masih lagi mendambakan cintaMu yang Maha hebat itu..

~maafkan penggunaan aku pada entry kali ini.
p/s : doakan maCy..
Comments
stay strong and keep moving :)
tp bgus jugak jd cmni, at least ade la pengajaran yg boleh kite simpan kalau2 dah nak teralpa sekali lg nt..kan?
Tuhan tu maha penyayang...Dia bg byk kesempatan kt kite, tp cara kite menghargai kesempatan yg diberi tu yg mnjadi persoalannye.kan?
be happy n smoga ketengn milik kamu.. amin.. ^_^
sama-sama berusaha mencari cintaNYA.. insyaAllah...
kesilapan yang selalu kita lakukan ialah lalai..:-)
kesilapan yang selalu kita lakukan ialah lalai..:-)
maCy,jgn sedih.....
life is short,jgn terbuai dgn nikmat dunia yg fana ini iye..
kata ahli philosof,..
"hidup ini hanye mem2,senda gurau & khayalan seperti tidu,jadi celakalah dirimu andai terpesona dgn khidupan yg d sini saje yg di pikirkan.."
tak ada masalah.. cuma rindu padaNya..
kenapa rasa sayu baca komen pendek ni? :(
kamen :(
thx.. rasa nak menangis baca. insyaAllah akan jadi peringatan yg kekal dalam kepala~
amin.. thx dieylah. moga sama2 dapat nikmatinya~
aminnn :)
amin.. begitulah hndaknya..
kerana kita manusia bukan?
terima kasih kf!
moga tak lagi lalai~
semoga begitu hndaknya...
terima kasih :)
semoga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya, hamba yg sentiasa diberi hidayah n petunjuk. insyaAllah~
insyaAllah, moga tak lalai lagi~
thx mario :)
amin. moga kita sam2 tak lagi begitu~
insyaAllah.. terima kasih :)
feel loneliness inside..
like something been missing..
Saya cuma nak pesan, jika mungkin ia berguna. Setiap manusia akan diuji, itu pasti. Satu tanda Allah mencintai hamba-Nya itu ialah dengan mengurniakan kesedaran kepada hamba-Nya, bahawa dia sedang diuji.
Syukur, dan bernafaslah seperti biasa. Saya doakan...
sama2 doa kpdNya ya cik Tom~
ok dear.. rindu rumah kot~
isk tanya lagi :)
terima kasih..
takut
:(
-thanks 4 sharing (more 2 reminding me; or should i say us?) :)
Syukur, dan bernafaslah seperti biasa..:)
semoga ALlah sentiasa membantu macy mendekatkan diri kepada-Nya
insyaAllah.. smga mendpt ketenangan
kau tak rugi kalau bersabar..
rwak n roll darling!!
http://nomborsebelas.blogspot.com/
thx fella :)
its us sayang :)
its comforting me, naz, thx :)
terima kasih echah :)
amin :)
syukran cikwanik :)
thx alvin. its cheering me up :)
thx sis :)
thx sebelas :)