buat abang

Assalamualaikum,

Hari ini ulangtahun kelahiran abang long maCy. Bukan 'abang'. Ini abang betul. Abang long tu cuma gelaran di FB sahaja. Kadang-kadang kami adik-beradik bahasakannya kekanda.

Sudah 3 bulan berlalu. Seakan baru semalam maCy menulis entri nasihat dari seorang abang. Sudah 20 tahun berlalu, seakan baru semalam merasai saat didukungnya.

maCy tak ingat banyak kenangan dengan dia. Mungkin kerana jarak usia yang terlalu jauh. Tetapi ketahuilah sejak kecil abang jie adalah hero di dalam hati, maCy menyimpan hasrat mahu menjadi peguam sejak kecil lagi, sehinggalah akhir Tingkatan 4. Semata-mata kerana abang jie ialah seorang peguam, dan maCy mahu mengikut jejak langkahnya. See, sejak kecil, dialah inspirasi.

Di Tingkatan 4 dan 5, maCy bersekolah di sekolah asrama 20 minit dari rumah. Abang jie juga bekerja di sana. Tetapi, setiap kali pulang di hujung minggu, abang jie kebiasaannya telah bergerak kembali ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Selalu maCy berkata dalam nada bergurau, "Sampai ati. Asal owang balik mesti abang jie tak ada.". Tapi hakikatnya maCy benar-benar maksudkannya. Nampak luaran memang seakan maCy tidak peduli. Tapi, hakikatnya, biarlah dapat bersalam sahaja pun, itu sudah mencukupi.

Ayat lazim abang jie ;
"sedapnyelah kalau ada orang buat air nescafe.." ~alahai, mula lah ayat sedih tu..
"pegi buat air kalo tak abg jie taknak jadi wali." ~cis, main ugut-ugut pulak. haha
"ma ni duduk seminggu segelas air pun tak buat lagi!" ~kalau dah bergelas-gelas pun itulah ayat yang digunanya juga. haha

Sayang tak semestinya diungkap dengan kata-kata, sayang tak semua mampu tonjolkan begitu sahaja, sayang itu satu rasa.. ~Ah, abang jie, jangan mintak hadiah owg budak tak bergaji. huhu

Abang jie, owg mintak maaf sebab zaman sekolah dulu pernah curi rokok, buang, konon nak kurangkanlah tu. Haha. Owg tahu niat tak menghalalkan cara.. Tapi, kalau tak sayang owg biarkan sahaja~


p/s : autopost ini~ maaf kurang masa sudah utk jengah semula blog semua~ habis busy maCy balas kunjungan semula ya..

Comments

Anonymous said…
slmt lahir buat kekanda maCy ..

ni yg ke bape? mungkin sebaya kf kot?
Unknown said…
selamat juga utknya.. :)
Fello Ariza said…
selamat hari lahir buat abg macy :)
najihah said…
Oh,,rasanya Macy pernah cerita dekat TK pasal abg u jadi lawyer tu.

Selamat ulang tahun kelahiran ku dedikasikan padanya. Moga diberkati Ilahi.

Kalau Macy ada masa,berkunjunglah ke teratak TK, ada cerita pasal bakal suami TK.

:)
Izan Ishak said…
happy birthday utk kekanda maCy~~

sayang adik beradik mmg takde galang gantinya kan~~
Mr. Asada said…
Selamat Panjang Umur juga untuk kekanda maCy.. hihi =)

siap tak nak jadi wali klu tak bancuh air.. hebat tu. hahaha
MOFASAD said…
abang ok tak?


boleh wat abang ipar satu kepala tak?
ciK LyndaWawa said…
manje nye dengan abg..
ardinihumaira said…
selamat ulagtahun kelahiran buat beliau. semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, dan kejayaan di dunia wal akhirat..
amin


;)
khai said…
sayang macy kat abg ek. huhu
cikpia said…
happy bday kekanda.....macy. =)

moga panjang umur, murah rezeki dan melimpah ruah dengan kasih sayang......
platipus said…
napa tak da gmbr abg..nk tengok juga
sanah helwah abg macy~ :)
TheBentPencil said…
wah, citer psl abang tu teringat pulak anime "living for the day after tomorrow.". kasih seorang adik kecil dekat abang die. ohohohoh

p.s. xpe, i paham, you busy...*majuk*
emieysandra said…
Selamat Hari Lahir untuk abang Jie mAcy..:)
kamu sangat baik kan macy.
ade abang ada kakak, siyes sonok.
jeles jeles!
CIK TOM said…
selamat hari lahir kekanda jie..smoga pnjg umur+murah rezeki ;)
bukan.
kamu sangat rapat dgn adik beradik siap buat inspire lagi.
siyes ada jeles disitu ~.~
Si gadis bunga said…
owh. kite tidak punyai abang.
jadi tak pernah disuruh bancuh air.
hehe.

apa-apa pun,
selamat ulang tahun yg ke (insert) sendiri buat abang maCy,
may Allah bless him, you and your family.

maCy busy final exam ke?
agree!
kadang2 sayang tu tak semestinya kena tunjuk kan?
:D
Unknown said…
hepy bestday to him..:)
sonok r ade abg sumber inspirasi kan..hik9
hye abg long

slmt hari jadi

jgn xnk jadi wali..

nanti kami susah...


ops...kantoi
Padin said…
Cool.. he he he.. hepi besday utk abang maCy
bestnyer ada abg..
wena teringin nak ada abg jugak..
:)
aien said…
happy birthday buat abg macy.. May Allah bless him always.. amiin...
Anonymous said…
aku teringin punya abang. tapi tak pa. kazen aku dah bertindak sebagai abang aku.

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan