seorang lagi blogger pergi meninggalkan kita

Assalamualaikum,

Hari ini maCy dikejutkan dengan pemergian seorang lagi blogger yang agak terkenal. Siapa yang tidak kenal TTT (Toh Tuan Tanah). Blogger yang terkenal dengan trademark menutup matanya. Juga contestnya juga pernah menjadi bualan di kalangan blogger.

Dahulunya selalu juga maCy membuat lawatan rasmi dan tidak rasmi ke blognya. Seorang blogger yang cukup baik dan peramah. Juga rapat dengan kebanyakan blogger lain yang aktif.


Difahamkan arwah pergi pada malam 17 September 2010 di Jepun. Kerana apa ke Jepun semuanya maCy tidak pasti. maCy pun sudah lama tidak ke blognya. Tapi berita ini memang benar-benar mengejutkan.

Difahamkan juga arwah pergi kerana mengidap kanser serviks. Berita lanjut boleh dapatkan di blog elis. Mari kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang soleh dan solehah.

Sumber dari blog elis (Klik Sini)


p/s : ajal boleh tiba bila-bila masa, tak kira usia..

Comments

uruchimaru@kf said…
sllu muhasabah diri..hidup ini tak kekal,begitu jga sbgi blogger..kan cik macy..

kata org2 philosf..."hidup ini katanye hanye meminta kePUASAN..."

salam takziah buat bloger TTT..
aiena_912 said…
boleh tak aina nak share skali kat blog pasal new ni?
bbhussain said…
betul ke macy..Bb pun dah lama tak jenguk TTT..ada juga teringat dia baru2 ni..Innalillah...
iza82 said…
Innalillah.....
Al-Fatihah....
mashimaro89 said…
mm rindu ttt sangat2:(
terkejut dengar berita ni dari roy~~:(
alfatihah untuk ttt
maCy said…
amat setuju.. jadi peringatan bersama..
maCy said…
sama2 mngkhabarkan..
maCy said…
al fatihah. macy pun terkejut. bukan baru kenal..
Eyszuan said…
salam takzuah. tq kerana mengkhabarkannya!
maCy said…
maCy tgk kat blog elis.. boleh tgk blk sumber asal..
maCy said…
boleh sayang. blogger kan kawan2 kliling kita sama..
yg pnting doakan yg terbaik utknya..
alfatihah to TTT...tak sangka dan terkejut dgr berita ni maCy..
dulu2 mmg selalu singgah belog dia~~
Al-Fatihah buat beliau.. td pun baru bce kt blog elis.. kenal TTT bese2 je dlu.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
Hidayati Farhan said…
al fatihah

semoga rohnya dicucuri rahmat
RerameUngu said…
terkejut tau berita ni.
al fatihah..
penah pegi melawat masa TTT ni buat contest...
mati itu pasti,hidup insyaAllah...
muga2 rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmat...
-alfatihah untuk TTT dan semua muslimin & muslimat kat dunia ni-
kalau gwa meninggal sape nk kabo meyh?
maCy said…
sama lah. cuma sekarang dia jarang bloging~
maCy said…
helly kasitau la macy dulu..
cikpia said…
me dapat tau dari kila, dia hantar msg tadi...... sedey sangat coz TTT was very friendly..... dia tak abes2 kenen2 kan aku jadik bini number 2 abang dia... he he...... dah pening nanges...... she was a very good friend.... sayang dia sangat2..... alfatihah.....
maCy said…
betul. memang friendly, langsung tak sombong.. tak apalah, kita doakan je semoga arwah dicucuri rahmatnya.. alfatihah~
Anonymous said…
ajal...

datang tanpa diundang.
menjemput tanpa dipinta.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya