school based experience over~

Assalamualaikum semua!

Wah. Sudah seminggu maCy tak update mahupun blogwalk. Maaf, sangat sibuk bukan sahaja dengan assignment, tapi juga dengan SBE (school based experience). maCy ke sekolah rendah lama untuk menjalani SBE bersama dengan seorang lagi sahabat yang maCy langsung tidak perasan yang kami pernah sekelas selama 3 tahun! Fakry, sungguh, seronok ber'SBE bersama kamu. huhu

Pengalaman yang sangat menarik, menyeronokkan dan meninggalkan kenangan yang amat manis. Walaupun sebenarnya penilaian kami bagi satu aspek berkenaan dengan keterampilan menjadi guru hanya mendapat sederhana dan bukanlah baik. Kali pertama dahulu sudah mendapat baik. Tapi maCy faham mengapa, kembali ke sekolah lama dan bertemu dengan guru-guru lama. Adakalanya tidak sentiasa menjadi guru tetapi kembali menjadi anak murid yang kadangkala menjadi anak kecil. ~Kebetulan maCy memang tidak lost contact dengan beberapa orang guru sejak dari tamat sekolah rendah lagi..

Banyak pengalaman baru yang maCy dapati, walaupun sehingga kini belum berpeluang untuk relief kelas kerana sekolah sibuk dengan bulan patriotisme. Mahu sambung buat report practical, maka maCy kongsikan sahaja beberapa gambar ya :)


my niece in the middle.. with her pra classmates~


my SBE partner aka my ex-classmate bersama our math teacher


Dua orang guru yang amat maCy sanjungi dan takkan dapat dilupakan


Hari ini baru berakhir SBE but I already miss them so much! Perjalanan masih jauh, doakan maCy ya? :)







p/s : esok pulang. yeay! ;D

Comments

dah sampai rumah tadi.. yeay!!

gambar yg second tu tunjuk 1 malaysia.. =)
zai said…
comel budak-budak tu pakai baju ket gituu.

sekrang nak raya dah, buat program open house kat sekolah la pulak
terokai seni said…
waaa cuti panjang kena buat kuih raya le yea
Shaizul Sapar said…
hati2 balik kg cikgu.selamat hari raya.
Anonymous said…
sume ngh busy!
adeyh!
ღsapphireღ said…
wow, nampak mcm meriah je sambutan kat sekolah tu...
& the kids sgt2 comel~
(^_^)
M a W a D D a H said…
selamat pulang ke kampung..

dan selamat hari raya macy...:)
Mr. Asada said…
wollah.. macam sangat enjoy je. tadi tengok gak pic dari sape ntah yg tag macy kat fb.. hehe =P

kira ok lagi penilai tu letak sederhana.. jangan sampai jadi budak terus lak bila mengajar. =P

selamat balik ke kampung n selamat hari raya aidilfitri =)
Unknown said…
learn a lot and teach a lot..kebaikan buatmu sahabat~

TERBARU: Aku bukan Yusuf!
Hazwan said…
best jgk jd cikgu ni..hehe :)
najihah sahami said…
geram jerk tgk budak2 tu maCy...

huhu
comel betul. ko dlu comel ke comot, maCy?
Macy,saya pula paling tak dapat lupakan saat jadi guru praktikal tau. Paling x dapat sy lupakan ialah bila student form 5 bagi surat cinta. Lagipun jarak antara saya dgn pelajar tak jauh sangat. Lebih kurang 5 tahun jer tym tu. Mengeletar lutut saya. Itu kisah lama tapi manis bila dikenang.

p/s= moga Macy dapat menjadi guru yg baik.
aien said…
selamat bercuti cikgu!!

^___^
emieysandra said…
dah habis pbs..yeay!
SELAMAT BERHARI RAYA LAK..

~_^
Nur Qistina said…
wah3..comelnya adik2 itu..
selamat pulang berhari raya maCy..^^,

berhati-hati di jalan raya, ingatlah org yang tersayang..
teringat zaman2 sekolah dulu. shiok ahhhh.

salam aidilfitri =)
hamzah ian said…
oh cikgu.. sedeh gua bace
iemaZAIMAH said…
dak bju kurung pink tu err bpe ye umur dye??

nk minang boleh??

hik hik hik :P
Ieqa Swetluv said…
wahh cumelnye budak2 tu huhu.. =)

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya