open room plus true or dare

Assalamualaikum semua!

Hari ini maCy mahu bercerita mengenai open room kami semalam. Sangat seronok dan kenyangnya! Mulanya plan kami agak terganggu sedikit memandangkan sebahagian daripada kami terpaksa menyertai perlawanan bola baling yang meletakkan maCy sebagai calon utama keeper. uhh~ Menyesal dulu cuba-cuba main jadi keeper.

Tapi apa yang best, tidak satu pun bola yang membolosi gawang kami! Menjadikan seri tanpa mata, masa permainan ditambah. maCy dengan penuh gembiranya bermain di tengah padang setelah berjaya memujuk seorang rakan menggantikan tempat maCy sebagai keeper dan yeay! satu mata untuk hasil jaringan cik puan maCy! Tapi kemudiannya bolos pula di gawang sendiri. haha. Selepas itu barulah maCy kembali menjadi keeper. Tak suka jadi keeper. Harap maklum. Lagi-lagi masa penalti, semuanya bergantung di tangan ini.. ~yang penting, kami menang! See the leg lah ok? ;p

Oh, back to the story. Parti makan kami diadakan di bilik tv. Antara menu yang ada ialah ialah spaghetti, nasi impit dan kuah kacang, sosej, nugget, kentang goreng, kerepek-kerepek, sandwich, buah-buahan, air dan nata de coco dan apa-apa lagi. Sangat meriahlah memandangkan kami masing-masing sponsor ikut suka hati dan ditambah semuanya dimasak secara haram. Maksud maCy, kami tinggal di hostel, bukannya apartment, jadi semestinya tidak boleh memasak sebenarnya. Apapun tidak maCy jangka makanan sebanyak itu.

Kalau transfer kat mangkuk mahal-mahal dah gaya open house betul. huhu

Selesai makan dengan gembiranya, kami bermain True or Dare. Tujuan utama adalah untuk menghabiskan sedikit lagi makanan yang ada. Ramai yang memilih True, dan banyaklah soalan 'hot' yang ditanya dan terbongkarlah segala rahsia-rahsia kerajaan. maCy pula memilih Dare kerana tidak mahu menjawab soalan-soalan yang panas itu. Biarlah segalanya rahsia. hihi. TAPI! Akibat memilih Dare, maCy dikehendaki memakan hasil tangan sahabat-sahabat yang menyediakan 'menu' maCy.
~mayonaise+nasi impit+kerepek+kuah spaghetti. Sedikit dahsyat. Almaklum mayonaise bukanlah jenama Ladies Choice, mahu termuntah jugalah maCy mahu menghabiskannya. huhu

Nampak sedap, macam vanilla ice cream with sweet sauce

Apa pun semuanya berjalan lancar walaupun seharian kami sebenarnya amat penat, siap menerima mesej peringatan sila senyap lagi~ adeh. Seronok, dalam sibuk, perlu juga happy-happy bukan :)


p/s : baru pulang dari jamuan raya Jabatan Sains, makan lagi ;D
n err, esok ada test. doakan maCy!

Comments

Fello Ariza said…
boleh jadi goalkeeper bola sepak x macy? :P
Unknown said…
echah xreti main bola baling...reti main bola tampar aje...tu pun asyik xbetul je pukulan..ohooho
zai said…
wohoo,
open room, meriah.tak jemput sayer pongg!!

menu macy mcm syok ahahah
HafidzaHalim said…
hebatlah jadi keeper!
Anonymous said…
ya rabbiii..mayonis + nasi impit??extreme tuu..hahaha

Review Filem Magika : Filem Muzikal Yang Menghiburkan
terokai seni said…
koi cukup le stakat jadi storekeeper je, tak le kena baling dengan bola lisut tu

sedapppp nampak, tak ngajak jejiran yerh
haha..kebal r macy amek dare... cirit birit x lepas 2? hihii...

gudluck dear~ :)
AngahSayang2314 said…
alamak dah la pose buat angah terliur jer wa..wa...wa...
cikpia said…
ha ha...... me nak try gak recipe mayo + nasi impit tu........ RARE betoi!!!!
aien said…
bola baling best!! and hoki juga.. err.. tetiba rindu nak main sume tu walaupun seksa berada di tgh panas.. hehe


wah!! byknye mkanan.. syok kan after raya. byk jamuan.. mkn free jer kejenyer.. ngeee~
aibaks said…
wa... wat open room tuh.. tp menu byk gak.. nak sikit
CeritaSekupang said…
penjaga gol yang hebat ni...heee
Tringat zaman kt kampus plak bla baca entry Macy ni. Bla meninggalkan kampus macy pasti merindui semua ni. PERCAYALAH,
Anonymous said…
@Fello Ariza

ehee.. buleh2 ;p
Anonymous said…
@echah mashuri
hik3.. ala men bantai je~

@zai
watpe ajak you?? hahaha ;p
Anonymous said…
@Ir.Ladybird
ehee.. mekaseh ;D


@~ ReD ~
sedappppp sangat. haha ;p
Anonymous said…
@cemomoi
ahaha.. guane pulok storekeeper~


@khairul_bariyyah
maseh kuat! haha
Anonymous said…
@AngahSayang2314
gulp. sori! ;p

@.s.o.f.i.a.
utk perut yg tahan lasak sahaja. haha
Anonymous said…
@@ien_R@z
betul2. suka! n makan2, mmg syok ;D

@aibaks
haha.. meh la jemput skali ;D
Anonymous said…
@ceritasekupang
ahaha,, takdelah ;D

@shameel Iskandar
yeke? mungkin masih panjang dan jauh lagi.huhu
M a W a D D a H said…
banyaknye macy makan...

makan xajak..:(

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan