hati dan akal bicara cinta



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam..

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam..

Akal bertanya sekali lagi
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin..

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku..

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia..

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa.. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia..

Akal : Cintamu padanya, juga cintaMu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama..

Hati : Tapi.. Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia.. Aku mencintainya kerana Allah.. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya..

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang..

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu.. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya.. Begitu yang aku rasa..

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh..

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan..

Hati terdiam lagi..

Hati : Jadi.. Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk..

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannyaa di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala..

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis.. Sepi.. Kesal..

*****

Buat diri sendiri, kau dan dia.
Terima Kasih kepada Miftahul Althafunisa & Asada Ryutaro.
Pencetus idea tanpa sedar.
Warna-warna cinta.
Kalau biru warna cinta, rindu apa warnanya?


p/s : menikmati saat-saat indah terakhir di rumah sebelum cuti berakhir esok~

Comments

NAZ said…
menarik penulisan ini. tetapi ini soal cinta. sesiapa pun bisa tewas tanpa kita sedar :) saya pasti
Mr. Asada said…
Cinta Allah sebelum cinta kepada makhluknya..
cuti dah nak abes ye yang? sabar ea... i ada lg 4 hari,jgn jeles taw.. hihihi

nway,nice entry dear.. :)
Althafunisa said…
mac..pencetus idea tnpa sedar?
mksdnyer..
btw, penulisan yg bgus..
Anonymous said…
naz :
kerana kita antaranya bukan?


Asada :
cis. pendek.
Mr. Asada said…
malas nk bebel panjang lagi.. karang macy yg sebak kena bebel selalu. hahaha..
zai said…
cinta manusia sekejap,
cinta kepadaNya, cinta hakiki

apa lagi, pergi tunjuk skill memasak kamu,gunakan saat2 terakhir dirumah :)
Aretikz said…
Nice entry.. Tekena batang hidung aku sendiri, har3x~
CassiELFia said…
nice one syg..
really nice one..
terus tenang hati kechik..
redha~ =)
Al Biruni said…
The bird that sings of pain is love

The courier who knows the tongue of the Unseen is love

The existence that calls you to non existence is love

And that which redeems you from you is love
tang teng tong said…
macy mmg tidak kering dgn modal2 best..gud!
Cik Tim said…
agak mendalam maksud ni.. ;D
... said…
Allah sdg brbicara
hans said…
cuti aku ada lagi
manusia tu terkadang lalai dan leka.
hingga terlupa pada cintaNya.

terima kasih, entry ni sangat bermakna!
:)
Raji and Yeen said…
menyajat hati betul,
sepatutnya kita kena biarkan hati bercinta dgn iman
huahuahua xD
caliph shuriken said…
best en3 ni..
mcm baca novel, hikk...
kerangRebus said…
cinta yg dirasa terhadap manusia, adalah milik Dia~~=_=
cikpia said…
suka!!!!!!!!!!!!!!!!! TERsentap.... rasa macam ditujukan khas entri nie..... =)
LUMUT said…
rindu itu bagai angin yang dtg menyapa...
dpt dirasa tp tidak dpt dilihat....


kalau cinta berdasarkan hati dan akal...juga beserta keimanan....

perggghhh.....perfect!
JMR said…
KENAPA HATI PERLU MENANGIS????
hamzah ian said…
gua slalu jd mcm ni..
terokai seni said…
malu mengaku cinta keran cuma bibir berkata hati sering berpaling
Crazee Lazzy said…
entry ni cam sedih je.. aku bace pun teringat kisah dulu2.. hahaha... nwy bgus.. cinta akan dtg tanpa dicari.. jodh sume sudah ditentukan..
ILA HonEyBuNNy said…
nice entry ....tq sharing...cintailah seseorg kerana allah....cintailah Allah dahulu...
ya Allah..

tQ a lot macy..

ALLAHUAKHBAR!!!
Anonymous said…
terkdg2 keliru dgn cinta..hakikatnye cinta itu indah kan..

~slm kenalan macy~
maCy said…
salam kenal uchimaru. selamat datang ke teratak macy :)

cinta itu fitrah :)
maCy said…
sama2.. takde ape yg menarik pun.huhu
maCy said…
thanks ye. betul. kemudian akan hadir cinta manusia :)
maCy said…
insyaAllah yg terbaik sudah digariskan utk kita :)
maCy said…
banyak skndal ni.ki3
maCy said…
pergh. cinta kite la cmtu ;D
maCy said…
thanks! nukilan tak seberapa je :)
maCy said…
sama2 peringatkan ;D
maCy said…
moga sampai maksudnya :)
SYAFIQ TENGKU said…
saya suke ayat2 nye..mngharukan

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan