Tuesday, August 10, 2010

terkenang zaman gemilang berblogging~

Assalamualaikum,

Selamat petang semua! Hari ini maCy sekali lagi tidak blogwalk tapi mengambil peluang untuk menulis entry. Yalah, petang-petang begini tak sesuai untuk study bukan? ~memujuk hati. Cumanya, maCy baru sahaja menyinggah ke beberapa buah blog yang agak naik seperti blog hans dan kakimotong. Tidak dilupa, bermula dari blog Pondok Cinta yang pertama, kerana maCy nampak ada update entry di Facebooknya, tapi rupa-rupanya link entry semalam. isk2.. ;p

Kerana menyinggah di blog merekalah, tiba-tiba terkenang saat gemilang di alam maya.. ~ohh, overkah ayat ini? huhu

Jika dulu, maCy mampu membuat satu entry baru setiap hari, dan kadang-kala dua entry sehari. Meskipun bilangan komen masih kecil berbanding blog-blog ternama yang lain, angka 30++ itu sudah cukup untuk membuat jari-jemari maCy hampir kejang untuk membalas semua kunjungan tidak termasuk yang meninggalkan link pada shoutbox. Saat itu, masih teringat maCy dan Asada Ryutaro terutamanya, seakan-akan berlumba-lumba siapa yang akan membuat post baru, dan kala itu beza follower kami jurangnya hanya seratus, bersamaan dengan jarak sebulan usia blognya dengan usia maCy aktif di alam maya.

Jika dulu, traffic tidak kurang dari 200 sehari, dan bila slow down sedikit pun, ditulis satu entry, traffic mampu dijana kembali. Tapi kini? Masa benar-benar mencemburui, sehinggakan pernah dirasa mahu berhenti terus berblogging, memandangkan semakin kerap blog bersawang melebihi 72 jam. Tapi dipujuk hati 'utamakan yang lebih utama..', blog ini hanya sampingan sahaja. Semakin sedih rasanya bila kurang masa untuk menghidangkan entry yang lebih berkualiti, berbentuk ilmiah juga entry yang menggunakan label 'sains dan kesihatan' misalnya. Semuanya kerana kurangnya masa untuk buat research untuk dibuat entry, kerana menjalankan tugas selaku seorang pelajar.

see, traffic jatuh still boleh up lagi.. tapi itu dulu~

Tambah membuatkan jarang menulis, apabila sahabat-sahabat blogger yang mula bertapak bersama-sama, turut sahaja semakin lama mendiamkan diri. Lihat sahaja di bloglist, berminggu-minggu mereka bertapa..

Zaizax, nenek moden, dakcomot, Dex, Shahrul Iman, Sue, Che Kechik, tot2kecik, Nurraisyah dan beberapa blogger lain yang telah maCy remove dari bloglist kerana sebulan tanpa update (untuk meringankan berat blog), juga Asada Ryutaro pemilik blog yang telah jauh meninggalkan maCy dengan seribu follower yang semakin malas mengupdate, tidak mahukah kamu semua aktif kembali menjamu kami dengan entry-entry yang enak dibaca seperti satu masa dahulu? Sekaligus menarik maCy sekali untuk sama-sama memeriahkan alam maya ini seperti dulu? Sungguh, dunia blog terasa sangat sunyi tanpa kamu..

Berblogging ini sangat seronok. Ditambah dengan cara pemikiran blogger yang sebenarnya sedikit berbeza dari yang biasa. Dari kamu maCy banyak belajar. Dari kamu maCy menjadi musuh tak sekata sehala dalam bersuara. Dari kamu juga maCy mendapat ceria..

Akhir kata, salam ramadhan buat semua. Moga dilimpahi dengan rahmat Allah yang tiada putusnya.. :)


p/s : tiba-tiba rasa nak jejak kasih semua blogger yang dulu rajin singgah~

30 comments:

iqbalsyarie said...

Selamat berpuasa juga ;)

Amir Izzat said...

salam...hurm..amir masih baru..hehe..walau bagaimanapun,kdg2..masa membataskan kita nak ngadap laptop..kan? kerja byk2..hehe

ohya..selamat menyambut bulan ramadhan!! ;)

cik elina said...

selamat berpuasa.
:)

naz said...

dunia berputar macy :) selamat berpuasa

iemaZAIMAH said...

selamat berpuasa macy! :))

shameel Iskandar said...

ramadhan kareem macy.

Macy mcm sedih jer ni. sabar yer. Sbrnya dlm dunia blog ni( trmasuk dlm apa lapangan) semuanya bergantung kpd niat. Ada org berblog sekadar ingin berkongsi pandangan. Ada yg ingin berdakwah. Dan ada juga krn inginkan habuan nuff semata2.

Jujur, saya ingin melebarkan wilayah persahabatan dan empayar persaudaraan dgn cara berblog.

Azuan said...

hihi yea jugak yea...aku pun dah jarang update yg aku taip..bnayak copy paste..letak link hahaa..

anayilz said...

masing2 da busy agaknya.^_^

@ien_R@z said...

selamat berpuasa and bertarawih...


yup! susah nk blogwalk skrg.. banyak keje.. sob3.. T__T


kdg2 dh rase malas nk update.. huhu.. bila terluah someting.. kang ada plak yg terasa.. pastu nak kecoh2 lam FB plak... hilang mood nk berblogging...

tp sbb masih ada yg menyokong.. just go on je la... hehe


opsss!! terpanjang plak.. hihihi


senyum sokmo!! ^__^

Fared Isa said...

dont give up..
lets be a discipline blogger..
hee..

salam ramadhan...

alvin takda umah harga 8juta said...

semua yg komen kat blog kau ni tak penah masuk blog aku pun..


hehehehehehe...
kira kau o.k la lagi tu..


selamat berpuasa...

M a W a D D a H said...

salam ramadhan macy...

masing2 da sibuk macy smpai xsempat nak jenguk blog...xmo sedey2 k...

Lan Bingka said...

semoga ramadhan kali ini lebih baik dpd tahun yg lalu..

hellioz said...

macy...
lu puasa x arini?

gyahahahaahaha~

baincardin said...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

ASaDa RyutaRo said...

hehe.. nasib la asada masih ada kat list my24hoursfavblog.. hehe..

tgh berbizi lagi.. lepas esok baru mulai kurang bizi..

tQ macy~~ senyum selalu ea..

salam ramadhan =)

¶A.K.I¶ said...

merindukan zaman kegemilangan blog jgk~

hurmmm... mana kah mereka...

zai said...

selamat puasa macy..

macy!! hye dear sorry la.masa sekarang dah tak mcm dulu kot. nak menghadap laptop 24hours (serius zai penah buat sebab blog punya pasal,tapi time awl2 gila blogging dok la).

alaaa, zai rindu nak aktif macam dulu gak, rindu gilakkkk esp ciik macy, yg tak habeh2 dok promote blog zai kan. tapi sekrang dah remove wooo. takpe takpe

ad said...

macy still di hati..<3

tiafazunia said...

waaaaa!
mesti terkenang2 kann ?
hehehe :)

baincardin said...

Blogging ni memang best dan boleh menenangkan fikiran. :) Insyallah, moga² kita semua dilimpahi rahmat yg tak terkira besarnya dari Allah s.w.t., amin...:)

s h e e said...

huhuh...zaman kegemilangan...sy x penah ade...tp zaman aktif da berlalu...kekangan masa menghalang keinginan berblog...sobs2...

selamat berpuasa buat macy yg comei...

cemomoi said...

teruskan walaupun dalam diammm

salam ramadhan

faizz said...

saya tulis blog suka-suki jer...n3 pun bukan best..kalau kerja banyak buka lappy buat kerja ajer..tak kisah asal kita puas hati..

macy..selamat menyambut ramadhan..

tot tot kecik said...

salam..


mule2 nk ckp salam ramadhan..
maaf macy tot jarang update skang ni..nk blogwalking pn xde masa..
really busy rite now..

tmbh2 test, kuiz, assigment, presentation..huhu mcm2..

nk update, tp bile nk taip je ttba sumting dtg mengejut..terpksa tgglkn byk draft..huhu..

tke cre macy.. :)

khairul_bariyyah said...

mahu update blog tiap2 ari.. tapi minggu ni sangat bizi.. kelas yg pack sampai malam,quiz dan sebagainya..

tu belom lagi masalah bb i yg mengada2 tu.. huuu..sedih!

brenn said...

sebut pasal gemilang, teringat lagu jeklin vikter..hehe...blogwalking isn't my call anymore...

i'm kind of hate dropping link and just get out like many had done to me..

fndrocka said...

traffik kira tahap memuaskan jugaklah tu.aku kalau tak update..takdenya org nak mai.
kira itai jugaklah macy.hwhhw

MATAHARI said...

aku pun seronok.membaca perspektif kehidupan yang berbeza,

ASaDa RyutaRo said...

asada datang tengok entry ni. tak komen lagi rupanya. mungkin entry ni keluar masa asada lama tak update. hahaha..