Pulau Perhentian I : Sesat

Assalamualaikum..

Salam keberapa ramadhan. Maaf tak diketahui berapa ramadhan kerana entry ini dikarang beruncit-runcit kerana kesibukan yang melanda. Banyak pause dari play!

Sekadar ingin melunaskan hutang pengalaman ketika maCy ke Projek Pedagogi Sains & Eksplorasi Marin, Pulau Perhentian, Besut yang lalu.

cloudy morning at Pulau Perhentian

Perjalanan lebih kurang 12 jam cukup mampu membuatkan maCy sakit pinggang. Ditambah dengan kewujudan agak ramai pensyarah lelaki, ditambah lagi 2 orang driver membuatkan perjalanan semakin menjadi panjang. =berhenti minum tak kurang 5 kali, tak termasuk solat, lunch semua, dan ‘smoking hour’ juga. Isk3

Kami tiba di Besut seawal 7 pagi dan menaiki bot pada jam 9 pagi. Ala-ala latihan untuk ke pedalaman, sahabat maCy selamat basah kuyup setibanya di D’Lagoon. Tetapi semuanya diubati dengan indahnya permandangan di sana. Sungguh. Laut yang biru, pasir yang memutih. Cantik!

Sebelum ke jeti

ambil mood ;p

20 minit menaiki bot ke D'Lagoon

berganding bahu mengangkat barang-barang dari bot

Setibanya di sana, kami memulakan tugasan yang telah awal-awal dibahagikan. Dengan kata lain, projek itu bukan saja-saja. Dan kumpulan maCy dikehendaki untuk membuat kerja amal mengutip sampah sarap, mengkaji pencemaran di sana, menimbang kesemua sampah sarap yang ditemui dan sebagainya. Tapi rasanya saat itu juga kami mengambil peluang untuk mengambil gambar, lebih banyak dari membuat kerja. Hihi

group tugasan

isi perut sebelum mula aktiviti

Aktiviti seterusnya ialah water confident kerana kebanyakan aktiviti melibatkan aktiviti air dan kami semua ini majoritinya bukannya pandai berenang. Ye2, termasuk maCy juga. Huhu. Seterusnya kami menaiki banana boat. Seronok! Dan maCy dicampak ke laut sebanyak dua kali! Kali kedua mengisi ruang tempat duduk bersama pensyarah. Tidak aci ya ramai yang mahu duduk di speed boat sahaja. Game kedua amat meletihkan! Kerana para pensyarah lelaki terutamanya berusaha keras untuk mengelak dari tercampak dari banana boat hinggakan pada cubaan awalnya hanya berjaya menjatuhkan seorang sahaja pensyarah wanita. Akhirnya kami tewas pada cubaan terakhir yang keras.~tapi sebenarnya sudah letih dan lama juga bertarung di situ. Huhu ~Tiada gambar kerana semuanya sibuk di tengah laut.

Belum kering baju di badan, kami dikerah untuk berkumpul dan bermain bola sepak yang entah apa-apa peraturannya. Di sini menjaringkan gol, di sana yang mendapat mata. Hingga bukan sahaja peserta yang pening, tourist juga garu kepala. Sudahlah letih, sengaja pula dibangkitkan pula amarah peserta. Bola pula amatlah ringan dan ‘padang’ yang digunakan pula menurun ke laut. Kedepan ditendang, semua keluar padang. Tapi apa pun, kumpulan maCy mendapat tmpat kedua. Yeah! Err, tapi kategori menang tak aci hasil diadili ‘pengadil FIFA’ yang sangat mencuit hati. ~juga tiada gambar, gambar dari camera lecturer masih belum diambil..

Usai sahaja, kami meminta pula untuk ke Pantai Adam dan Hawa yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 20 minit merentasi hutan untuk melihat sunset. Pantai di situ sedikit berbeza, kurang berpasir dan dipenuhi batu karang yang telah mati. Sunset. Cantik! Tapi maCy terlupa untuk membawa sunglasses, sakitlah mata~

jungle trekking ke Pantai Adam dan Hawa

nampak? tidak berpasir

Aktiviti yang tak dirancang, ditemani dengan ‘aktiviti sampingan’ yang juga tidak dirancang. Kami bergerak pulang sedikit awal meninggalkan para pensyarah di belakang. Ada seorang dari rakan yang sudah biasa dengan tempat itu dan beberapa lagi sudah pergi pada awal siang ketika melaksanakan tugasan masing-masing. Barangkali kerana terlalu yakin, akhirnya kami, kesemua 21 orang peserta telah sesat! Perjalanan mengambil masa terlalu lama dan setelah hampir 20 minit, baru masing-masing tersedar, itu bukanlah jalan yang betul! Kami sudah hampir tiba di atas bukit. Hari sudah mulai gelap. 21 orang, ditemani 1 torchlight dan 2 handphone yang salah satu hampir mati baterinya. Ditambah dengan line yang ada tak ada, kami berhenti dan mengambil kata sepakat untuk cuba berpatah balik. Si pemegang hp pula perlu alert di tapak mana line ada, untuk menghubungi pensyarah.

Sahabat maCy, Aifa, bertindak mengambil risiko mengetuai perjalanan berpatah balik. maCy berada di kedudukan kedua. Tahu-tahu sahaja gelap malam di hutan bagaimana. Semacam sahaja. Ditambah dengan maCy yang tergelincir ketika berlari-lari berlumba dengan cahaya senja di tengah hutan. Alhamdulilah, kami tiba di Pantai Adam Hawa dan berkumpul. Tidak lama kemudian 2 orang pensyarah lelaki datang menjemput kami. maCy dikedudukan terakhir dihadapan pensyarah. Kasihan rakan maCy yang berada di hadapan maCy, terpaksa memimpin maCy yang sudah hencut-hencut tidak begitu boleh bertapak dengan betul.

lihat, cantiknya~

Letih sungguh malam itu kerana perjalanan yang sepatutnya 15 minit telah bertukar kepada 40 minit. Selepas membersihkan diri, maCy mengambil inisiatif untuk membalut kaki sendiri. Sememangnya sudah bersedia, kerana tahu sejak pernah retak kaki ketika Form 3 dahulu, maCy sudah kurang boleh melakukan aktiviti lasak. Letih sungguh. Namun malam itu kami gagahi juga untuk turut serta dalam aktiviti yang dirancang iaitu ‘Speaking Skill’.

slot under Sir Marzuki yang cool

Tamat sahaja, kami pulang ke bilik masing-masing. Alhamdulillah, maCy dan empat orang sahabat yang lain bertuah kerana dapat menginap di chalet yang setaraf dengan chalet pensyarah. Lenalah malam itu pada hari pertama trip kami~


p/s : Panjang sungguh.. ini baru hari pertama~

p/s 2 : Sedang ponteng rehearsal hari merdeka..

Comments

MOFASAD said…
p.perhentian?

arrgghhhh~

bila gua nak pergi situ!!!

plan xjadi pon!

-__-
terokai seni said…
epsss.. orang ertama?

iskh, tengah posa takleh tengok orang makan...

syok tul dapat berendam time posa nih
M a W a D D a H said…
wahh..menariknye aktiviti macy walaupun di hari pertama...

jeles die dah sampai pulau perhentian..impian lum terlaksana lagi nak g sana...huhuhu...
Lan Bingka said…
pernah retak eh, hati2 ye.. kalau terpelecok sakit tu..
dya adriza said…
Yah! Macy.. nanti singgah la ipg ksm.. leh jumpa ^^
Khairunnisa' said…
Orang Malaysia, but tak pernah lagi pergi Pulau Perhentian. Sedih tak?
zai said…
woo macy, panjang entry kali ni. memang betul2 cerita.

zai suka pantai laut, plan nak pegi situ sem ni tapi tak pernah pernah sempat nak pergi pun. tp skrg gov announce pulau perhentian dorang tutup kejap sebab terumbu karang dah terancam kan.uishhh
cikpia said…
memang best layan citer nie..... kecuali bab sesat tu... he he.... how's ur leg???
Unknown said…
Menarik...sbb banyak aktiviti.Much more interesting than my Pangkor trip~

macy,nanti baca la reply comment saya kat entry baru saya tu.Persoalan dah dijawab insyaAllah.any futher question,boleh tanya kat formspring saya.InsyaAllah

Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)
Anonymous said…
lan bingka :
sangat sakit :(

dya :
kmpus mana tu? teruk skt shot2 kmpus ni..hihi
Anonymous said…
khairunnisa' :
sama la kita. tu pn kali ptama :)


zai :
ehee, xleh pndek dah yunk~


sofia :
still na kne bndage selalu, but better la :)
Anonymous said…
to all :
thx 4 d cmment, dont really have time 2 visit u guys back~ sorry!
aien said…
ho3.. akhirnya ada gambr.. hehe

mesti best kan??

gosh! malasnya nak g camping.. huk3
Mr. Asada said…
hoOoo.. cam sangat enjoy je.. nti ru baca.. ni tgh ready nk berbuka. hehe =P
NAZ said…
ehhhh setaraf cikgu tu layanan nya haha pulau ni memang tempat selalu jadi gambar menarikk
Unknown said…
er...rasanya saya dah komen?ilang ke komen sy td?
-anidaothman- said…
bestnya PULAU PERHENTIAN tuh.....gumbira jaa trip nieh....
SELAMAT BERPOSA MECY
Mr. Asada said…
hahaha.. tu la padahnya pandai2 nak balik awal dari lect. tau2 sesat. haha.. boleh bagi ayat best kat sini.. padan muka..

tapi.. kesian lak, sampai terhencut-hencut. hihi.. dah sehat dah kaki tu kan.. =P

*sangat suka jungle tracking.. best!
lumut said…
macy!!!cisss dah taip komen tadi..ilang lakk...hampeh..hehe


oi oi oi...

eh bulan pose pon ade sambung medeka ker?
wah,seronoknyaaaa...bilalah boleh sampai kt situ....
wa..besnye dpt habiskan masa kt pulau.. :)

rasa tertarik dgn Pantai Adam dan Hawa tu..nak pergi jugak........................
Bestnye kalo dpt brcuti kt pulau perhentian. W/pun tak jauh mana dri umah sy kt bachok Kelantan, tapi sy x pernah sampai sana.
yott said…
p.perhentian ni mmg cantik..rindu nak ke sana lagi
Unknown said…
waaa...bestnyer...nak pegi gak!nk pegi!!nk pegi..heee
touya said…
selalu dalam berita 2 atau 3 orang jer sesat , nie sampai 21 orang sesat ...memang epik. Lagi dasyat dalam 21 tu ada 2 handphone jer dan satu tu tunggu masa nak out ... confirm masa tu dah cuak giler
Nekmo said…
nasib baik jumpa jalan keluar...amin....
Hidayati Farhan said…
wahhh, pack nya aktiviti. kite smpai Pulau Tioman je. tu pun utk PL. hehehe
¶A.K.I¶ said…
besnyeee...
sampai sesat2~
macy2...
laen kali hati2 dan sentiasa ikut arahan pensyarah ok~
Pacifist said…
salam ramadhan.
wah seronoknya dia dpt p pulau.yg x seronoknya sesat n sakit kali kan.pepun itu lumrah bagi mereka yg berjalan.sepanjang perjalanan banyak yg ditempuhi pahit manis dsb.begitu juga hidup kita.nak tak nak kena hadapi/lalui.org yg hebat bkn berani mati ttp berani hidup..

-semoga bln ramadhan kita lbh prihatin ttg nasib umat di seluruh dunia

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan