Sunday, August 1, 2010

mimpi seperti itu lagi

Assalamualaikum..

Mode, masih busy. Ingin benar maCy blogwalk seperti zaman kegemilangan banyak masa dahulu. Tapi apakan daya, tiada masa, juga broadband maxis maCy enggan bekerjasama. maCy baru pulang dari Kuala Lumpur, mengisi ruang masa dengan bertemu sahabat karib, atul kerana membatalkan niat untuk ke reunion di Seremban memandangkan ramai diantara geng kamceng tidak turut serta. Di sana, maCy berpeluang untuk bertemu dengan sahabat baru, ain.

atul : ni la maCy..
ain : kenal-kenal.. blogger tu :D

erk. segan rasanya bila dikenali bukan sahaja sebagai rakan atul tetapi juga sebagai blogger. Banyak juga yang ditanya mengenai blog, seperti adakah semua entry adalah buah fikiran sendiri, (bukan copy paste). Kemudian di velo sekali lagi beliau memperkenalkan maCy sebagai seorang blogger kepada seorang lagi sahabat baru. Nama jejaka itu tidak pula maCy ingat tetapi walaupun beliau tidak begitu mengetahui kewujudan maCy, beliau sekurang-kurangnya mengetahui bahawa maCy pemilik blog 'Aku, Kau dan Mereka'. Terima kasih ain, kerana kamu semangat maCy untuk berkongsi di alam ini berkobar sama. :)

Tetapi kisah diatas ini bukanlah kisah sebenarnya yang ingin maCy kongsikan. Seperti tajuk di atas, pernah, maCy berkongsi perihal mimpi di blog ini. Berlaku lagi, lagi.. Lama sepi dan kini berlaku kembali. maCy baru sahaja menelefon mak dan abah ;

maCy : assalamulaikum..
mak : wsalam.. ma buat apa?
maCy : ma baru lepas mengaji..
mak : baguslah, mak pun baru tutup Quran.
maCy : mak...
mak : kenapa? ada benda nak cerita?
~diam..
maCy : ma mimpi pelik-pelik..
mak : mimpi apa?
maCy : adalah.. ~pura-pura ketawa..
~senyap..
mak : mimpi yang takutkan ma?
maCy : takut.. takut sangat..
~air mata mula mengalir. Mudah benar air mata ini menitis sejak akhir-akhir ini, dan sebenarnya, takut sungguh.
mak : ma mimpi macam mana?
maCy : banyak.. ma pernah mimpi ma mati.. ma pernah mimpi apa lagi, dan bila bangun ma rasa sakit sangat..
mak : mimpi tu mainan syaitan. apa yang keji semua dari syaitan. ingat Allah, baca al-falaq, an-nas, ayat kursi semua. semua tu kan pelindung dari gangguan syaitan. kalau terjaga ambil wudhuk. ingat, Allah tu ada, syaitan tak boleh buat apa-apa..

Panjang pesanan mak, selain memujuk hati ini yang akhirnya mengadu sungguh-sungguh. Sudah hampir setengah tahun mungkin, tapi sengaja tidak mahu bercerita.

Nada dering 'one love' by Arashi memenuhi ruang udara. Abah membuat panggilan. Setelah itu, di sini, maCy kembali mengetuk keyboard.

Abah : Assalamualaikum..
maCy : wsalam..
Abah : mak kata ma mimpi mati?
maCy : aah..
~maCy pun bercerita dengan lebih detail kisah mimpi itu. dan sekali lagi hati ini disejukkan dengan kata-kata serta pesanan abah, disambung dengan abah juga bercerita tentang mimpinya berkenaan mati juga..

"biasa mimpi kita nampak diri sendiri. tapi tak apa, Allah bagi peluang ma tengok, rasa sendiri macam mana rasa selepas mati, macam mana orang yang dah mati nampak orang lain uruskan kita.. yang penting, mimpi tu dapat dekatkan kita dengan-Nya.."

Panjang juga pesanan abah, disamping gelak ketawa kecil abah melayan anak bongsunya di corong telefon. Bergurau kecil, tidak mahu maCy terlalu risau dan takut barangkali.. Abah, dalam tegas, masih ada lembutnya, mengapalah sebelum ini maCy berat hati mahu berkongsi..

Tapi sebenarnya, itu hanya satu dari semua mimpi.. Tapi itu adalah yang paling dirasakan ketara seakan benar belaka, kerana apabila terjaga, diri ini sendiri tidak pasti sama ada benar-benar masih bernyawa, atau sebaliknya..

Ada apa-apa, cadangan dan sebagainya, untuk menjauhi diri ini dari mimpi gangguan yang tidak diundang dan sungguh tidak menyelesakan ini?

~entry dikarang beberapa saat setelah panggilan dimatikan. Sebagai peringatan dalam bentuk bertulis, kerana tidak mahu lupa. Blog sebagai medium perkongsian, juga menjadi catatan penting hari-hari yang berlalu..


p/s : kembali menyambung kerja. kembali menulis entry tanpa blogwalk sekali lagi~ maaf ya~

32 comments:

Izan Ishak said...

salam maCy...

macam2 perasaan masa kak izan baca n3 maCy kali ni. sebab kak izan juga biasa mimpi yg sedih2...

bukan diri sendiri, tapi bila mak kak izan mati dalam mimpi tu. ada beberapa kali, cuma tak pernah cerita kat mak. sampaikan nangis2 sbb sedih sgt. bila bangun airmata mengalir lagi~~

**kak izan kagum dgn blogger2 muda cam maCy, seronok bila baaca n3 bermanfaat tiap kali masuk blog ni~~

cik elina said...

wahh,
maCy femes.
:)

maCy bertuah sbb dpt mmpi mcm 2.
boleh dbuat sbgai peringatan.
:)

::cdot the dot:: said...

astaghfirullah......


sama2 kita ingatkan..

echah mashuri said...

ya ALLAH..takutnye bile mmpi bukan2 cmtu...
tp echah pnh mimpi arwah abah,,,
mmg sedih sgt...
mase 2 mgkin rndu kot...
maCy..keep it up..blog neh bnyk manfaat..:D

ad said...

samam2 macy...=)..ain

alvin takda umah harga 8juta said...

macy..
bila mau jumpa gua??

sugar2 kapas strawberry said...

macy jgn pk sgt taw..myb itu mimpi ciptaan kita sbb kita asyik dok pikir.ia x dtg secara natural..:)

sbb kita asek dok pikir tu yg masuk dlm mimpi tuh..

iqbalsyarie said...

Wahhh...baguslah maCy suka berkongsi cerita dgn mama dan papanya~hehe..tak macam saya,rasanya 'dunia saya' ni terlalu sulit utk dikongsikan dgn family sendiri...mgkin kerana ego,mungkin juga kerana perasaan mahu berdikari,saya sendiri keliru...tapi mmg,tak banyak dunia saya yg saya kongsikan dalam blog,atau dalam realiti sendiri pun sy jarang berborak sesuatu yg terlalu peribadi~

Pasal mimpi tu...benda yg biasa la mimpi mcm tu.Saya selalu kena,hinggakan tdo siang pun selalu kena!haru betul,nasib bek tak pernah kantoi..nangis dlm tdo~hahahah

sory panjang~demam2 pun boleh tulis pnjang2~hehehe
Latest post:Inikah pujian?

ASaDa RyutaRo said...

hoOo.. mimpi mati. semacam betul2 dah mati kan. bangun2 siap ragu2 lagi.. eh, dah mati ke belum ea? err..

apa2 pun, kekadang mimpi ni jadi peringatan utk diri sendiri. kdg2 rasa syok sendiri. keke =P

**eh.. dah jumpa kwn baru? hurmm.. bizi2 pun dpt jumpa kwn baru, cendol dgn adah entah bila dapatnya.. =P

ASaDa RyutaRo said...

**nampaknya nama adah sudah memintas. uhh.. kena bagi komen lebih ni. hehe =)

@ien_R@z said...

mimpi itu mainan syaitan..

tapi apa yg baik jadikan panduan keh.. mungkin sbgai peringatan..

thanks for sharing.. leh jadikan peringatan buat semua.. T__T

best kan bila dapat luahkan pada parents.. walaupun just dgr diorg nasihat cikit2.. its will make us more better kan?

zai said...

napa teruk sangat mimpi, buat org fikir negative neh, takut actually.

dzai penah mimpi, org kebumikan sendiri my parents !! mimpi macam ni sangat2 la scary.

khairul_bariyyah said...

selalu mimpi pasal arwah ayah.. mimpi pulak mesti pasal dakcomot main ngan ayah masa kecik2 dulu... huhuhu~

betol cakap mak macy tu... baca 4qul, ayat kursi and selawat banyak before tido.. insyaAllah,tido kita pon dilindungi dari gangguan syaitan...

jgn sedey2 ea macy...

lumut said...

=)...

mimpi kalau mainan tidur tak pe..

kalau kalau mimpi yang mainkan perasaan?susah tuh...

thanks berkongsi

~ ReD ~ said...

bagus lah mmpi type cmtu yg beri peringatan...

Entri Hari Ini : Why Vampires Suck? dan Makan & Menang RM 5,000! Hanya Di McDonalds

.s.o.f.i.a. said...

sama2 kita beringat.... insyaallah.....

Hamzah Ian said...

gua rase mimpi tu mainan je semua.. gua penah mimpi pasal nik aziz.. wa~~`

hellioz said...

gwa mimpi pasal lu macy
cmne neyh?

gyahahahhahaah~

NichKhun said...

macy.. huhuhuhu... saya pom kenal macy.. kenal nama saje.. heheehe

macy.. takutkan kalau mimpi mati.. pastu nanges dalam tidur.. saya pernah nanges dalam tidur.. takut.. =(

ASaDa RyutaRo said...

pernah mimpi pasal ex selalu.. errr..

ASaDa RyutaRo said...

aduh! tak boleh jadi ni.. kena berjuang dengan lebih. kekeke =P

**jangan biar orang lain memintas!

maCy said...

asada ni sengal la. care kotor! haha



to all :
thx 4 d cmments :)

✿nenek moden✿ said...

mimpi basah tak macy?hehe..gurau je..

kadang2..ada sesetengah mimpi tu membawa maksud..dan ada yg mainan syaitan....^__^

Dakwat Basah! said...

famous macy ni.ptutlh kt highway melaka ada signboard 'aku,kau & mereka'..hehe..

cemomoi said...

sekurang-kurangnya kita sentiasa ingatkan Allah

Fared Isa said...

wow..u famous..
cool..! ;D

naz said...

u famous so tak hairan :)

Qu azniza ;) said...

i pon penah mimp sedeh macy//tapi da xingat da

Qu azniza ;) said...

i pon penah mimp sedeh macy//tapi da xingat da

M a W a D D a H said...

hahahaha..first nak ckp, asada memang sengal...wekk...nak memintas orang...ngeee...


macy..macy...cendol...kikikiki...

M a W a D D a H said...

mimpi erk...maybe mainan tdo atau peringatan buat macy...

senyum2 sll...

adah pun sll gak berkongsi cerita ngan ayah...:)

MATAHARI said...

aku selalu mimpi aku di ambang maut.
tangan ku menahan tebing bangunan tinggi daripada terjatuh.