luasnya neraka


Dipetik dari perkongsian di Facebook..

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman : iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Diambil dari Facebook kakak. Sungguh, bulu roma meremang pabila membacaNya~

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran." (Al-'Asr, 103)


p/s : baru selesai hari pertama PBS di sekolah.. amatlah singkat masa, seronok pun ya juga ;D

Comments

dayna said…
Allahuakbar...Ya Allah jauhilah aku dari neraka Mu..
Unknown said…
kalau ckp pasal ni naik seriau bulu roma!xnak2..nauzubillah..mntk dijauhkan...

ku xlayak ke syurgaMU..
tp xpula aku sanggup ke nerakaMU...:(
terokai seni said…
ya Allah selamatkanlah kami daripada kemurkaan-Mu dan jauhi kami daripada azab api neraka-Mu ya Allah
Keyyah said…
insaf seketika...
zai said…
macy, yang ni ke yg u comment kat status i tuh ?

tapi, kenapa kita just takut kejap je.. then buat balik benda yg kita takut2kan tu..manusia manusia, ok saya tergolong dalam kelompok tu juga
Anonymous said…
dayna : aminn~


eshah :
kite hanye mampu bdoa dan brusaha~
Anonymous said…
cemomoi :
amiinn ~


keyyah :
moga sama2 bterusan~
Anonymous said…
zai :
isk.. bukan yg ni la. kat blog asada.. huhu
- elina - said…
takut la.
mnta dijauhkan.
aien said…
Allahuakhbar...

semoga kita semua terpelihara dari api Neraka.. amiin..
~fisha~ said…
macy..rase nak nanges.. takut nye..:(

ya Allah..
takotnye~~~ mintak kite semua dijauhkan dari azab dan siksaan di akhirat kelak..

thanks for sharing dear~ =)
Hidayati Farhan said…
Ya Allah. memang kita manusia yg lalai dan alpa. Nauzubillah. jauhkan lah api neraka
M a W a D D a H said…
luasnya neraka...seram...
Fared Isa said…
salam..

speechless...

nice entry..an eyes opener..
thanks for the reminder! ;)
Anonymous said…
cik elina :
amin~


aien :
aminn jugak~
Anonymous said…
fisha :
takut tu wajar :)


dakcomot :
sama2 doa..amin~
Anonymous said…
poyaty :
minta jauh..amin~



jack :
diam2 kerna sayang.. hewah~
Anonymous said…
mawaddah :
memang luas~



fared isa :
most welcome :)
Nur Qistina said…
ya Allah, jauhkan kami dari azab api neraka..amin~
Fontonk said…
Selalu baca doa yg kat top tu lepas bagi salam dalam solat kanan dan kiri.
moga kita terlindung dari azab api neraka. Semoga kita dijauhi dari bisikan shaitan yang suka menghasut anak anak adam.
anayilz said…
bukan susah nak masuk neraka.& bukan susah nak masuk syurga.
jom kita pilih.=)

thanks sharing.
Anonymous said…
a'ah la..hampir sama, tapi takpew..saya tak copy entry ni, sbb baru harini je jumpa.hihi
Anonymous said…
bila membayangkan diri penduduk neraka ke tujuh.
terketar2 lutut.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya