cek pertama dari nuffnang!
Assalamualaikum,
Sebelum melangkah lebih jauh, mahu ditanya, kalau kita sebut "salam satu Malaysia" contohnya, diterima tak salam tu?
Baik-baik, kembali ke pangkal jalan. maCy baru sahaja selesai makan nasi dari rumah. Ya, mak datang pusing-pusing Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sana jumpa anak-anak mereka sebelum menjelang ramadhan ini. Kenyang sudah makan durian, dibawa pula bekalan milo, cereal, biskut, kurma semua. Siap termos pun ada! Takut anaknya ini malas bangun sahur agaknya.. huhu
Melangkah sahaja maCy masuk ke gate kampus, nada dering One Love by Arashi itu menjerit-jerit pula. Oh, mak rupanya. Kenapa? Ada surat katanya terlupa mahu diberi.
HSBC? Sah. Cek pertama dari Nuffnang sudah tiba. Yahoo! Menjerit dalam hati. Tapi sebelum itu, banyak sungguh soalan dari mak. "Dari mana?", "ma buat apa?", "Sumbernya dari mana?". Dijawab satu-persatu soalan yang diaju. Soalan terakhir dari abah, "nak masuk dalam akaun ma?". eheee~
Nilainya? Err, nilai minimum yang boleh dikeluarkan. hee~ Iye, hasil tuaian sedikit sahaja. Tak apa, syukur saja, berpadanan lah dengan maCy yang kurang aktif kala ini. huhu..
Akhir kata, baru sahaja check emel dari HSBC ;
"SAVE PAPER - THINK BEFORE YOU PRINT!" ;D
p/s : mari teman maCy buat refleksi.. ada enam rasanya. aduhh~
Comments
bestnye... ^__^
duit nuffnang paling sesuai utk dibuat sedekah...bulan puasa pun dah dekat kan? =)
Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)
kie-yu baru cashout mggu lepas
tak saba nk tggu 1st cek ni
hee ~
cendol...ngeee..hahahaha
slmt berpuasa..jgn malas2 bangun sahur ye macy...mak macy cam tau2 je anak die yg manja sorang ni..lalala
belanja makan jom.
bfore puasa.
ehehe :)
u are rich now...hee....
selamat menyambut Ramadhan...
skang dah malas sgt nak BW,traffic dah turun.. nak dapat first cheque dpd nuffnang? tahun depan pon belum tentu.. hee~
kagum!!
tahniah macy~
me da dapat cek tuh last month tapi tatau cemane nak bank in sampai skang ke bank maybank.
sengal tak elmo ? HAHA
latest entry : Awek Selambakodok Tido dalam Tren
bukan taknak melawat kamo lah, aii pegi dgn orang, if pegi sendiri nak je jumpa face2face .
asal zai xdpt check lg neh. haha duit raya nuff kasi la tu
refleksi.. huh~ paling tak suke.. hihihi