nasihat dari seorang abang
Assalamualaikum dari Kuala Lumpur..
maCy saat ini berada di rumah abang di Kuala Lumpur. Lewat petang semalam dijemput oleh abah dan abang untuk ke hospital bagi melawat seorang lagi abang yang dimasukkan ke hospital pagi semalam.
Jam 9 malam semalam, kakak ipar meminta kebenaran doktor untuk membawa masuk adik bongsu melawat abang sulungnya. Dan kaki ini segera melangkah, menukar selipar yang disediakan, dan akhirnya berjalan perlahan menuju ke katil yang menempatkan tubuh abang. Belum pun tiba ke bucu katil, air mata mula mengalir, melihatkannya yang terbaring dengan wayar-wayar di atas tubuh.
Bibir ini terkatup tak berkata apa. Biar mata sahaja berbicara. Jari jemari ini menggenggam erat tangan abang. Lalu si abang berkata, "ma, tengok, ape pun adik-beradik kita ada...". Kata-kata biasa didengar. Ingatan agar kami adik-beradik terus akrab begitu. Dia kemudian menyambung lagi, "ma, mati ni boleh bila-bila je. ingat tu..". Dan air mata ini terus-terusan laju..
Bertemu boleh sebentar sahaja. Setelah keluar, maCy kembali ke bilik menunggu yang penuh dengan kami sekeluarga. Dari dalam bilik itu lagi, kakak abang sudah ketawa kecil melihat maCy yang menangis. Yalah, sudahlah sengaja tidak diberitahu awal, lewat pula tiba dan yang terakhir melawatnya. Abang kakak kahwin menangis, bila sakit apatah lagi menangis. Lalu kakak kedua merangkap anak ketiga menarik tangan lalu semakinlah maCy melutut menangis di ribaannya.
Abang dimasukkan ke hospital setelah mengadu pitam dan sakit dada. Semalam dia menjalani Angiogram. Sejenis x-ray yang menggunakan dye khas dan kamera (fluoroscopy) untuk mengambil gambar peredaran darah dalam arteri (seperti aorta) dan vein.
Ya Allah, rapatkan dan kekalkanlah ikatan kami adik beradik, permudahkanlah urusannya dan Kau sembuhkanlah dia segera. Kerana kasih ini tidak ternilai harganya..
p/s : doakan abang maCy segera sembuh ya..
Comments
sedey lak bace entry macy..sob3x..
hmm..abg sakit apa mac?
i'allah xde pape..
semoga semua orang sabar dan terus berdoa menghadapi segala dugaan. hadapi dengan senyuman =)
same2 la kita doakan :)
muga2 abg macy cepat sembuh.. amin.. dan muga2 dijauhi segala penyakit.. amin..
ahli keluarga memang tiada galang gantinya.. ^__^
jgn sedih2 lagi ya!
Ni cerita pasal kak saya~
banyak kan berdoa..
take care macy..
=)
insyaAllah...
b strong meyh~
setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya..
macy sendiri kena jaga kesihatan betul2 ye..
kechik doakan macy,abg macy dan keluarga macy tabah dan kuat hadapi dugaanNya ni..
moga2 abg kamo ok...IA (remember IA stand for whut?), cepat keluar hospital and sehat..but after ni mesti limited sikit, esp if ada bad news, takleh terus inform dia..
harap2 abg maCy cepat sembuh.
insyaAllah.
sabar maCy.
dugaan Allah.
seronoknya ada abang..hurmm~
alhamdulillah abg macy dah sembuh..
mudah2an pasni dia tak mintak lg makan murtabak mengkasar hehehehe