Happy Birthday!

Assalamualaikum semua!

maCy lama sudah tidak berceloteh membebel serta berkata-kata di ruang maya. maCy seriously amat sibuk. Tak lama lagi maCy dan ahli unit (kelas) maCy akan ke Pulau Perhentian untuk Eksplorasi Marin. Makin sibuklah kami apabila terlalu ramailah pensyarah yang mahu menyertai kami. Dan bertambah-tambah sibuk lah apabila Timbalan Pengarah IPG maCy juga mahu turut serta. Lalu maCy yang ditugaskan sebagai bendahari sibuklah berlari-lari mengejar kesibukan kuliah sendiri dan jadual pensyarah untuk mengutip hutang bagaikan along bertauliah. ~sirius maCy termimpikan Timbalan Pengarah semalam. Bertapa stress kerana susahnya mahu berjumpa dengan orang besar-besar ini! huh

Tapi bila teringatkan petang khamis lepas kami sekelas bersepah-sepah di bandar Melaka mendapatkan dana bagi meringankan perbelanjaan kami nanti, sungguh kelakar rasanya. Tapi sukarnya menjalankan program sendiri, Tuhan sahajalah yang tahu. Memandangkan kami juga terikat dengan beberapa program wajib sebagai syarat untuk lulus semester ini.

Oh, panjang sungguh intro maCy kali ini. Iyalah, sudah lama tidak membebel rasanya. Tujuan entry kali ini adalah kerana 'jeles' dengan entry sahabat baik maCy, Atul berkenaan dengan birthday seorang lagi sahabat baik kami, Adhar.

Pernah sekali...
Adhar : Jom pegi kacau cikgu Roziah!
Jering : Jom!
Izzat : On adhar on!
Adhar : woi izzat ko nak cari pasal dengan aku ke??

maCy tergelak besar bila mendengar cerita ini. Kenapa? kerana Izzat tidak sengaja berkata begitu, nama Adhar, Muhammad Adhar Bin Onn~

Gambar tahun lalu rasanya :)

Sejarahnya maCy boleh berbaik dengan Adhar ini maCy pun tidak tahu. Kami tidak sekelas dan Atul sendiri pelik bagaimana maCy dan Adhar sangat kamceng berdua. Mula kononnya mengajar kimia tetapi akhirnya maCy terpaksa mendengar kisah kucing-kucing yang menjadi kesayangan di rumahnya. Itu sahaja permulaan. Sifatnya yang gila-gila tidak tahu malu (hihihi) dan ceria sangat melucukan. Sehinggakan sifatnya yang sengaja suka menyakitkan hati orang juga tidak mampu membuat maCy marah padanya.

Tetapi tidak hairanlah, dia memang baik dengan semua, cuma baik dengan maCy sahaja yang peliknya. Dan ha, Atul, antara maCy dengan Atul, maCy lebih kamceng dengan Adhar kan? ~ayat sengaja cari pasal ;p

Sungguh, dialah sahabat yang paling sengal, amat gemar bergurau, suka tersenyum dan tidak pernah membuat maCy marah. Jika ada pun, tidak pernah lama apatah lagi kerana dia tidak ego untuk meluahkan kata maaf.

Happy birthday to you. Seperti wish-wish tahun lepas yang tidak pernah makbul, semoga pertambahan umur menjadikan kamu cepat matang ya Adhar! ;p

Adhar, we love you, i love you. We're bestfriend, now and always :)

p/s : betul kata atul, beza antara bestfriend dan boyfriend, bestfriend tak akan tinggalkan kita untuk perempuan lain :)

Comments

Unknown said…
btol2...suka ayt last..kwn xkn tingglkan kite utk pompun len...huhu
ishiko said…
*lame xjenguk macy...
aishh...mcm en3 luahan haty jep..
Anonymous said…
echah :
kan2 suke kan? :D

sugar2 kapas :
happy mekaseh :D

ishiko :
haishhh.. mane ade plak.. isk2..huhu
- elina - said…
aik maCy,
nk lamar adhar ka ?
ehehe.
tlg wish happy birthday untuk adhar.
:)
Anonymous said…
bahaye btl.. mane ade! besfrn la.. isk2

tade mkne nak kat adhar tu.. gila! haha

ok yunk :)
M a W a D D a H said…
hepi besday tu bestfren macy..

nati besday adah, adah nak hadiah besar..hehehe

(xde kaitan)... :p
Anonymous said…
adah :
errr... susah ni.. da mmg dekat da kte.. tp bday adah ble ea.. huhu
Lama benar May beruzlah. Hepy besday utk kawan Macy. Macy ni bakal guru ape yer?
Anonymous said…
encik shameel :
maCy cekgu sains insyaAllah :)
jaya jr said…
haha,nk highlite pepatah atul je kt sini..kui3
caliph shuriken said…
p/s last tu mmg touching ar :p
Amir Syahir said…
cikgu...cikgu sambut besday juga ye...ehehe
terokai seni said…
wuih trip yg menarik... tak moh ajok kome skali ke?
Anonymous said…
jj :
jaaaaat~ haha


caliph :
kan2? :D
Anonymous said…
hiro :
tak smbt, amek adiah je.keke



cemomoi :
moh la ekot. tp cas tge kali gnde la..hehe
selamat hari tua utk kawan kamu.. :)

ye, sy pun suka kata2 terakhir di entri ini..sangat2 menusuk hati..sob2..
Anonymous said…
hepi bufday!
aien said…
wah.. buzynyer cik adik nieh.. hehe.. pasni kalo nak sponser, maCy tolong carikan leh? hihihi...


btw, eppy birthday to ur frenz..


love ur words :

beza antara bestfriend dan boyfriend, bestfriend tak akan tinggalkan kita untuk perempuan lain :)
Unknown said…
Hai bakal cikgu sains!hehe...sains pun cabang ilmu Allah juga...erm,selamat hari lahir kpd boyfren macy..er.kawan macy...hehehe
hepi besday boifren macy..

opssss...
CassiELFia said…
setuju dgn statement last..
but then..
kechik sndri akan pergi klo bes fren kechik suda pny awek..
lebih baik camtu..
perhaps~ =)
happy birthday adhar!! jangan ngorat macy okeh.. macy ni i dah cup!! hahha ;p
Anonymous said…
jeles woo tgok lesung batu kat pipi dia..hahahah

Latest Entry : Miliki Kereta Mengikut Umur Anda. Tengok Mana Yang Sempat Laaa...
azuan said…
susah kan buat program sendiri..huhuu
hamzah ian said…
pergh.. bestfren kalo betol2 mmg sanggup buat ape saje.. hoho
tot tot kecik said…
salam..

oo semoga kwn macy bertmbh umur seiring dgn amalannye..

haa..boyfren tu kwn lelaki kn..?boyfren tot xnah tgglkn tot..smpi skang dr awl prkenalan..

gelaran utk org yg slalu tgglkn kte..??haha dunno..

smile always.. :)
Umie Nadhirah said…
HAPPY BIRTHDAY GAK KAT DIA ;)
jfook said…
Happy birthday!
fiD said…
betul ni? macam tipooo je, huuu
Ken Wooi said…
happy belated birthday! =)
Althafunisa said…
hahhahahah...sengal lar mac...ta ya lar ckp yg mac lagi rapat dgn adhar..yg tu mmg ta ley sgkal..yg pntg, atul agi rapat dgn roy...wink8...
btw, ta sgka, ramai yg suka kata2 atul tuh...bespren takan tgglkan kita demi pempuan lain...

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan