Entry ini kosong

Assalamualaikum..

Lama sudah maCy menyepi bukan? Maaf dipinta, bukan sengaja. maCy benar-benar amat sibuk dengan banyak kerja. Tetapi alhamdulillah, masih mampu menghidupkan hari-hari yang sibuk itu. Apa yang penting, pandai lah 'cover' masa dan kerja dan fahami keperluan orang lain juga.

Gambar hiasan. maCy suka pantai

Baru-baru ini maC ke Seremban bersama-sama dua orang kakak senior, untuk melawat sahabat yang sakit. Tidak begitu rapat tetapi hendak kata tidak langsung pun tidak juga. Maka, terdetiklah di hati untuk sama-sama menziarahi si sakit apabila mampu, semoga bila sampai waktu kita, tidak susah seorang diri.

Dan baru-baru ini juga, ibu kepada seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah. Sedih rasanya bila yang disayangi pergi. Namun, semestinya perlu diingat, yang pergi tak akan kembali, yang hidup pasti juga akan mati. Al-fatihah...

Berbalik kepada cerita, setelah ke Seremban, kami bergerak ke Kuala Lumpur dan berjalan-jalan sebentar mengikut suka hati kerana tidak merancang diikuti dengan penambahan seorang lagi kakak senior. Menjadikan perjalanan empat orang dengan dua buah kereta. huhu. Seriosly, sangat happy bila dapat luang masa ditengah kesibukan belajar.

Di kesempatan yang tidak dirancang itu juga, kami bertemu sebentar dengan seorang sahabat lama. Sahabat maCy sebenarnya. Tetapi salah seorang akak senior yang seperti kakak maCy sendiri yang 'tolong' mengajaknya untuk minum bersama. Yalah, alang-alang, kami jarang ke sana, dan dia juga mahu bertemu kawannya.

Tebal rasanya muka ini. Entah kenapa, maCy selalu terdiam seribu bahasa apabila adanya dia. Segala kata seakan dilafaz sebelum berfikir juga. Tapi yang pasti, segala kelakuan pelik itu tiada yang sedar. Cuma yang maCy tahu, setelah dia pergi, maCy banyak sungguh bercakap dan bergelak ketawa. Sehinggakan sahabat senior yang ada bersama pun berkata "cerianya adik-adik Ha ni, patut la senyum je kerjanya..". Sungguh, cuma setelah dia pergi. Kenapa begitu?

Orangnya insensitive. Bercakap dengannya perlu sentiasa direct. Sedikit kurang memahami. Orangnya sibuk dengan urusan sendiri. Dari dulu lagi, hati ini tidak terjaga, kerana dia sibuk orangnya. Bukan sibuk dengan kerja, tetapi jadual penuh dengan aktiviti. Tidaklah romantis, tidaklah juga putera idaman. Tidak juga pandai mengambil hati, langsung juga bukan pendengar setia. Tetapi dalam 3 tahun ini, dialah yang ada di ceruk hati. Disangka sudah dibuang, tetapi pertemuan yang tidak dijangka ini, kembali membuat jantung rasa tak senang.


Apa yang penting, maCy bahagia untuknya. Seorang puteri yang sekarang sedang menyambung pelajaran di luar negara, moga kamu bahagia berdua:)

~Kalaulah sekali dia berkata 'jangan' petang itu..

****

Mengapa entry kali ini emosi sedikit? Kerana terbaca kata-kata di blog Aien. Sis! Apa sis buat kat maCy dengan your latest entry tu?? huhu

Errr, dan kenapa tajuk entry seakan tidak sama dengan isinya? Kerana cerita ini hanya untuk kita-kita :D


Forget the times he walked by,
Forget the times he made you cry,

Forget the times he spoke your name,
Remember now you're not the same,
Forget the sweet things if you can,

Forget the times and don't pretend,
Remember now he's just your friend.
*dari blog Aien*


p/s : ini cerita hanya direka. percaya?

Comments

nIsYa said…
kadang2 org yg kita syg, hanya sesuai djadikan kawan je.
nasikputeh said…
erm....

saya konfius...
M a W a D D a H said…
adah rasa ni bukan entry kosong tapi penuh makna...ermmm....

macy..jgn sedey2 ye...
Hanisah Safian said…
saya pun suka pantai! :D
paham ape yg macy rase.. huhuhu.. jgn sdey2.. kite kuat kan macy.. =)
Mr. Asada said…
dah la g seremban senyap2.. isk2..
Mr. Asada said…
tak caya!! hahaha.. *ni jwpn utk tulisan merah kecik tu*

best kata-kata dari blog aien..

hurm.. semoga hati kamOo tetap senyum dengan bahagianya dia bersama insan laen.

yeah! macy~~ semoga ketemu jodoh yang terbaek utk kamOo yang kamOo pun tak sangka dia sangat baek camtu. err..
Anonymous said…
nisya : hum.. maCy pun ase cm2.. wt mse ni, maCy aggp die cm abg.. die pn tau :)


nasikputeh : apakah y konpius? huhu
Unknown said…
yeke reka?xcayelah...uhuhu
nmpk keikhlasn dsitu:)
bile ckp feeling2..huu
Anonymous said…
mawaddah :
tak cukup kosong ea sis? entry dtg dr hati.. huhu

iktiraf :
sama la kita ea? huhu
Anonymous said…
khairul_bariyyah :
dakcomot, thx lot.. ade gk y paham..huhu


Asada ryutaro :
first.. shhhhh! haha
second.. mau gelak sakan asada ckp cm2.. haha.. baeklah. moga maCy jmpe dia yg baik utk maCy y smpi maC pun pelik sebab die baek gile.. eceh.. haha
Anonymous said…
kite blh tipu org dgn entry kite tp hakikat org tak tahu apa yg tersiratnye

kan?

cheeerrrs dear;)
Anonymous said…
echah mashuri :
yeke? kdg2 terjujur n terketuk keyboard sepnoh rase kot..ki3


jane :
tbe2 ase sday plak.. haha
Unknown said…
weeeeeeeeeeee....jiwangnya maCy~heheheheeh
Latest post:Masalah wanita dan Facebook
syg...paham perasaan macy.
sush ng get rid org yg pnh kita suke dan syg.mkn masa...kn?

but nti i'allah dpt
Anonymous said…
iqbalsyrie :
err..... segan mau ckp pape ngn iqbal..huhu


sugar2 kapas :
thx dear.. honest sgt kot ngn die dlu.. took 6 month mle2.. tp skg, maCy knpius y maCy btl2 da lpe ke x.. insyaAllah dpt..amin
terokai seni said…
kalaulah dia mengerti....
Fello Ariza said…
kalaulah dia akan faham sume itu...
aien said…
mcm kenal je ayat atas tu.. hehe.. sorie dear klo entry sis menggangu prasaan kamo.. ngee..

nak melupakan bukan senang kn.. but i got some advice from someone.. he said.. tak perlu melupakan.. just find your new target and keep working to get it.. ^__^

tapi ckap tak susah.. nak buat tu yg susah... hehe..

opss.. terpanjang plak.. sowie..

la Tahzan.. ^__^
Chybee said…
maCy ok ke? for everything that happen, there must be a reason. hope u'll find the reason :)
¶A.K.I¶ said…
agree dgn komen jane...
kte boley tipu sume...
tapi berbalik pada keadaan diri..
kte x mampu tipu diri sendri...
dan.... doakan kebahagian mereka supaya anda mampu menemui kebahagiaan anda sndri~ =)
R.A said…
macy...ni dtg singgah lik...takde chatbox nk jerit..hehe
kyuubi said…
mcm sedih je bunyinya. Biarpun aku tak dapat terima benda ni, tapi orang kata, you love somebody doesn't meant you mesti memiliki dia. Melihat dia bahagia dengan kehidupannya sudah cukup.

Mungkin ada benarnya...
Pacifist said…
salam ziarah adikku yg diingati selalu.
lamaa menyepi?abg tau mesti dik macy sibuk dgn bermcm2 urusan.pepun kesihatan mesti dijaga barulah boleh jaga hati org lain..he he he

-rindu itu anugerah,jadilah seorang perindu,cuma jgn sampai kerinduan kita merosakkan
- elina - said…
tetiba sedih baca entry maCy ni.
:(
Anonymous said…
errrmmm... setuju dengan Kyuubi

latest entry : Review Filem The Back-up Plan
faizalnizam said…
bersabarlah.. perasaan selalu buat kita gusar..tp kalau kita kekang ia dengan iman, tiada apa yang kita perlu risau.

salam ziarah, pertama kali sampai di sini.
Shaizul Sapar said…
apesal tajuk x serupa sinopsis ni sedihnya gua. gua rasa nak gigit klakulator casio atas meja ni.
chaie safri said…
faham macy.. saya jugak camtu.
ciek niena said…
hai maCy, saya da tukar link blog.. sila la singah yea..

http://bilasayamenjerit.blogspot.com/
tenkiu yea.. wif lurve, ciek niena :)
tot tot kecik said…
salam..

semoga semuanye dpt dilalui oleh maCy dgn ketabahan.. :)
rizputra7 said…
itu bukan rekaan semata2
Althafunisa said…
huhu...sya tak caya ni rekaan..haha...

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan