My Name Is Khan And I'm Not A Terrorist

Assalamualaikum..


Siapa di sini peminat filem hindustan? Pernahkah menonton filem seperti tajuk di atas? Kalau Lun kata dia orang terakhir yang menonton filem tersebut, habis, maCy ini mahu dikategorikan sebagai apa? huhu

Sebenarnya review dan pandangan berkenaan dengan filem ini telah pun dikongsikan oleh blogger Lun dan mungkin ramai blogger lain. Tapi, ketika itu maCy sendiri masih belum menontonnya. Mahu baca entry Lun? [Klik Sini]

Berbalik kepada kisah filem ini, kisahnya berkisarkan Khan (Shah Rukh Khan) yang merupakan pesakit Autism yang beragama Islam. Sikap dan ketaatan Khan terhadap ibadah solat yang diwajibkan dalam agama Islam contohnya memang perlu dipuji. Khan ini juga membawa watak yang amat baik dan wajar dijadikan contoh. Diringkaskan, antara mesej utama filem ini adalah untuk membawa mesej keamanan dan menyimpulkan bahawa Islam bukan agama yang menyokong keganasan.

Rata-rata review dan pandangan yang dikongsikan oleh kebanyakan blogger di serata dunia menyokong 100% setiap isi dan intipati filem ini. Lebih-lebih lagi setelah sekian lama terutamanya selepas tragedi serangan 11 September 2001, statement "my name is khan and I'm not a terrorist" oleh India's biggest star itu sungguh bermakna dan telah mebawa impak yang besar ke seluruh dunia. Benar, mesej yang padat itu pasti mampu menyentuh semua hati yang belum mati, tapi sedarkah bahawa ada sedikit isu yang tampak kecil tapi sebenarnya sangat bahaya?
Di mata Barat

Sedikit memeningkan apabila wujud kisah cinta antara Khan yang beragama Islam dan Mandira (Kajol) yang beragama Hindu. Dan kemudiannya anaknya pula tidak pasti beragama apa kerana dibesarkan dan dididik menggunakan kedua-dua agama. Fahaman apa yang ingin disebarkan ke dalam jiwa kita umat Islam terutamanya di sini? Melahirkan free thinker atau apa? Bak kata Lun, "Ya, Islam mengamalkan toleransi, tetapi bukan begini caranya."


“There is only two kind of people in this world . Good people who do good deeds . And bad people who do bad”

kerana itulah wujud syurga dan neraka bukan?

Kesimpulannya di sini, yang terbaik pun mempunyai kekurangan, maka diri kita sendiri yang perlu mencedok isi mana yang diambil dan yang mana perlu ditapis keluar. Tetapi apa pun, filem ini memang wajib ditonton!

Sebelum maCy mengakhiri entry kali ini, pernah menonton filem Slumdog Millionaire? One of the best juga! :D

Akhir kata, my name is maCy, and I'm not a terrorist.

p/s : mahu keluar menamatkan riwayat broadband Celcom yang indah cerita dari kelajuannya~ huhu

Comments

¶A.K.I¶ said…
haha!!
celcom berok ban??
da lme aki potong....

ISLAM agama yg syumur...
Nekmo said…
hehe...nek tak pernah tengok algi cite ni..jap..shah rukh khan tu..agama asal dia apa?
iemaZAIMAH said…
xpnh tgk lg cite tu..msg dye cm still lari je ikut ap yg macy cite tu..ades..

anak dye xde agama la kire eh?hmm..xelok jgk tu..
Mr. Asada said…
dah tengok citer ni.. not bad la.. cuma kurang setuju pasal toleransi melampau dalam cerita tu.

msg sbnr cerita tu sbnrnya membawa keamanan..

my name is asada, i'm hensem. lalala~
my name is macy,and i'm not a terrorist? hehe...kelakar la... owh,anyway dakcomot ni memang peminat cite hndustan no 1.. tapi,x tengok lagi cite ni.. sebab adanya SRK 2.. x minat dekat dia.. huu~~

tapi,sy suka cite slumdog millionaire 2.. jai ho!! =P

nenek moden: kalo tgk biodata mmg die tulis islam.. tapi,isteri dia gowri 2 pon bukan islam.. and penah ade satu cite kate die salahkan tuhan mase emak die sakit..sebab mak die ninggal mase die kuar beli ubat (if i m not mistaken laa)

~ngee,maaf macy...pnjg pulak commentnye.. =)
terokai seni said…
dalam sejarah islam di india telah ada cubaan untuk menyatukan pelbagai agama dari seorang pemerintah islam dan ia dipelopori oleh 'khan' - akhbar khan!(kalau tak silap)
Frodo Baggins said…
my name is Frodo.
Frodo Baggins
tau lebih sedap jika begini
my name is bond
james bond ...


>>___<<


x pnh tgk movie ni.
tp setuju pasal agama tuh. :)


jom layan sivaji de boss sis!! keh3x
Anonymous said…
my name is J. Love, and with a name like that, how can i ever be a terrorist?


:D
Frodo Baggins said…
hahahahahha baru nampak nama HUMAIRA
kat url! keh3x ... hye maira.


>>___<<
rizputra7 said…
best ker cerita nie?..dah lama sangat tak layan cerita hindustan nie
zai said…
macy yaw!!
zai bkn peminat setia hindustan, dah lama tinggal.
paling last tgk, slumdog millionaires tu pun sebab isi dia superb siot, ada adegan chinta gak tp cket2..

my name is khan ni pun best gila..yala s.khan combine kajol mmg sesuai mcm citer kuch kuch hottahayy (opsss ?)
lagu dlm citer tu best time die pegi jumpa org afrika tu,mummy ape ntah..n plg sodehh (tp i tak nangeh ok)..time ank tiri dia mati, then wife dia nangeh n terus pulau dia just bcuz he is Muslims..

overall zai likessss banyak banyak cita neh
nIsYa said…
owh.. Tak tengok lagi cite nih. Tak minat s.r.k. Hee
my name is alvin..
im not a akibon!!
and..
im not a frodog
Farhanah Sabdin said…
best jgk.. tp bila dh smpai agama anat dia tu. hmmm...
tang teng tong said…
yup2 btol tu macy
sokong 100%..hehe
Unknown said…
saya bukan setakat dilem hidustan...semua filem saya tak layan kecuali beberapa jenis jew..haha

Tapi rasanya filem tu bagus juga~

lappy saya dah segat!hehe
tot tot kecik said…
salam..

oo xnah tgk citer ni..
tp citer slumdog tu pernah..

cerita yg bagus jugak..

smile :)
saya dah tengok movie ni dulu. & memang best. terkesan di hati.

my name is Ain n i'm not a terrorist.

tapi saya lebih tertarik dengan perwatakan pesakit Aspager Syndrome tu.
Affan Ruslan said…
kira filem tak bgus ukt ditonton lah ek? Sbb cuba memanipulasikan pemikiran. Ke salah?
Anonymous said…
bukan camtu.. wajar ditonton.. tapi kne faham, yang mana perlu tolak, yang mana boleh terima..huhu
Keyyah said…
keyyah sangat jarang nak tgk hindustan..5 - 6 thn kot xtgk, tp bila baca sinopsis cerita ni mcm best pulak..hehe..nak kena download ni...
syahira ariff said…
slumdog millionaire mmg best


tp kan boleh pulak jalan cerita ni orang islam kawen dgn org hindu?
XD
yott said…
baru tgk mlm td..
tp x tau ending dia aper coz asyik trtido
jaya jr said…
haha,x munasabah klo maCy seorang terrorist..haha
oya said…
x tgk lg..best ke x nih..
sy pun blom nontoin filem ni. sbb sy sbnrnye krg minat hindi.

sy trtarik dgn perkahwinan antara pasangan brlainan agama. sejujurnya, haram mutlak mengahwini org2 bkn islam( maksudnya pasangan bkn islam msti memeleluk islam). realiti sebenar di india byk mcm tu. Lihat sahaj pelakon2 muslimnya mcm salman khan(ibunya hindu).

Tth mengahwini perempuna kristian dan yahudi plak masih ada khilaf. Jumhur ulama mengatakan org kristian dan yahudi hari ini adalah masih lagi ahli kitab meskipun mereka tidak lagi berpegang kpd kitab yg asal( mereka cuma berbeza pndapat ttg ketrunan ahli kitab dan bukannya soal agama yg telah diubah). Ttg hal ini telah diwartakan dlm majlis fatwa kebangsaan.

Nmaun ada juga ulama yg kata mereka bkn lagi ahli kitab setelah mrk berpaling drp kitab yg asal.

Insya-Allah, saya akan tulis entry ttg hal ini. sngaja tak nak tulis sblm ini sbb takut menimbulkna kecelaruan. tapi, yg pasti majlis fatwa kebnagsaan telah lama memutuskan ttg hal ini.
aien said…
tak tengok lagi citer nieh.. tp dh berkurun duk dlm laptop.. wakaka..

nti nk try tgk la.. ngeee~
ciek niena said…
saya da tengok citer ni... boley tahan la. xmacam citer3 shah rukh khan sebelom.. citer ni more to unsur3 keagamaan.. huhu
- elina - said…
tak pernah tengok lg..
jom macy,
belanja elina tngok jom
:)
MatLey said…
my name is MatLey, and I'm not a terrorist..huhu..da download citer ni tp xsempat tngok coz hardisk dh full so delete2 mn yg patot..haha..
btw citer 3 Idiots (2009)citer hindustan terbaek bg MatLey..citer psl education system..best!!! aha ni first time layan hindustan..hihihi
pernah dengar pasal filem ni, tp tak tengok lagik..klu luar cerita, mmg isteri SRK tu bukan Islam..India mcm Indonesia le..tak kisah klu Islam kawen dgn bukan Islam tanpa menukar agama..

cerita slumdog tu memang sgt2 best..cukup semua ade..kelakar, sedih..best!
Syahrul Iman said…
xpernah lg tengok citer nie..tapi citer slumdog millionaire prnh la..

citer nie sedih x macy?..takut nanti meleleh-leleh je air mata nie.. habis aib satu kampung..ekeke
Anonymous said…
i'm a lucifer, not a demigod :P

satu-satunya kisah hindustan yang aku suka selepas slumdog millionaire
Anonymous said…
i'm a lucifer, not a demigod :P

satu-satunya kisah hindustan yang aku suka selepas slumdog millionaire

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya