kisah seorang maCy dan nasi
Assalamualaikum..
Hai, penyakit malas mengupdate maCy semakin parah. Percaya atau tidak, maCy ada 3 entry separuh jalan yang belum selesai sepenuhnya. Buat sikit, rasa malas, terus berhenti. Tak save pula tu. isk3..
Tak apa, kali ini kita cerita bab makan dan seorang gadis bernama maCy. huhu.. Dari semalam maCy memang lapar sangat, tahap gila budak sekolah kata. Dan semalam juga masa chatting dengan seorang sahabat, maCy mengadu lapar, dan kawan tersebut kata "maCy tiap malam mesti mengadu lapar..". Tiap malam maCy 'baca' dia kata macam tu, sebab tiap malam mesti maCy mengadu lapar punya. haha
Lepas mengadu, mestilah maCy cari makan, kesian bila perut menyanyi sakan, kalau sedap tak apa. Teka maCy cari apa lewat jam 12 malam itu. Tekalah... Biskut? Salah! Mestilah nasi juga. Sungguh. Amalan yang langsung tidak sihat. huhu
mesti nasi putih nasi lain tak berapa nak layan.. huhu
Nak kata tak makan, makan. Sampai maCy tanya mak "mak, ma ni patutnya dah kenyang, tapi rasa nak makan lagi", lalu mak menjawab, "makanlah ma, bukan berdosa makan banyak..". maCy tergelak bila dapat jawapan macam tu, sebab sebenarnya tiap hari juga maCy tanya mak, "nak tambah lagi boleh tak?". Mana tak tanya, kalau dah sampai 3 kali angkat pinggan pergi ke periuk nasi. isk
Entah mood apa maCy sekarang ni sampai kerjanya makan saja. Tapi kecik juga. Kalau ada yang cakap maCy ni kecik sebab tak cukup makan juga tak tahulah nak kata apa. Ha, ada tips nak gemuk tak? Bukan gemuk tak sihat tu, tapi gemuklah. huhu
Sebenarnya malam ni tiba-tiba cerita pasal makan sebab tak puas hati bluetooth lappy tak boleh pakai. Apa kena mengena? Sebab maCy nak bluetooth gambar kek batik maCy buat semalam nak tunjuk kat kawan. haha. Bukan excited(edited) sangat tapi sengaja, kebetulan kawan maCy pun baru buat kek batik juga. Lagipun, jujurlah, maCy ni bukan rajin buat kek, puding, kuih, itu semua, pandai sikit masak lauk sahaja sebab boleh makan dengan nasi. Puding tak boleh kan? hehe
Kek batik maCy buat nampak lebih menggoda, sila percaya.. hehe
Lain dari itu, tak sabar tunggu kakak balik esok sebab nak ajak buat kek cokelat. Mengidam dah lama. Bahan dah ada tapi saja tunggu dia. Dia rajin sikit buat itu semua. Kot-kot dapat goyang kaki makan saja seronok juga ;p
p/s : esok ikut mak abah pergi kL.. kL, bandar besar tapi sebenarnya nama kampung.. kuala lumpur~ haha
Comments
nnti letak resipi plak cni...hehee~
saye gemox.. ;(
aai - university
buat kek?aduyai..nisya pun cerita pasal kek..maCy pun cite pasal kek gak.haha
Latest post: cerita lima ratus
sedap nengok kek batik itu..lame xwat..:)
tp all, thanks, nanti maCy bawak suap sorang2 ea.. ki3
Keyyah penggemar kek batik..sedapnya
jeles dengan macy,badan x naek.. tapi,dinasihatkan jgn makan weight gain ke, appeton ke ape ke.. sb takot nanti bile da kawen,beranak.. mase 2 baru dapat effect.. huhuhu
asal comment kat entri macy je, mesti bjela2.. =P
meh nak rasa kek batik...dah lama tak wat...maCy tlg wat,nnti antar kat umah ek...:))hehe
wah.. nmpk sedap je kek maCy tu.. nape sy buat slalu tak menjadi. huwaa.. nk kena blajar ngn maCy nie.. hehe...
selalu jugak buat..
sedapppp !
:)
gua nak rage le cenggini.
sekiannnn!
kah kah kah!
nakkkkkkkkkkkkkkkkkk!
keje makan je
gyahahaahhahaah~
sok mlm gwa blanje makan kayh
gyahhahahah~
to all, meh2 kite wat kelas makan kek..
j.Lo :
woaa kne rage sal ni?? takot gile! haha ;p
kali ni lambat zai comment
jarang2 on9 sebab berebut dengan kakak..hee
dah buat kek batik tu kot2 la nak bagi kat kitaorang, bagi gambar je.
kek coklet, wauwauu..jupg pun zai nk bt cake, cake ladam kuda wohoo, tu pun bt dgn my sis, saya tak pakar nak buat cake
kasi sy cket.
macy suke mkn kul bpE?
Sy ni suke sgt mkn kul 12 tgh mlm.supper la konon.super nasi sepinggan.
pttla da ramai yg tegor sy berisi ckit skang nih.but who's care kn?ahah
bkn gemok sgt pon
klu sy la, lebih skit makaiii leh jadi kingkong je upenyerr..hehehe
lagi2 lepas kawin ni bdn naik mendadak tul..
nie pun tgh usaha tak kurus kan blik..
tahniah coz berjaya wat cek batik tue..leh la kongsi resepi kan..ke antar la skit kt sy..hehehe
why using word Jakun? i'ts unfair & not good, must respect other race la adik.
sbb kte kn nk mbesar!
sy selalu cam tu..
time nak tu...mst mkn bnyk..fastfood terutamanya
siyes! asal tgh malam je ngadu lapar.. haaha =P