Sunday, June 27, 2010

Budaya Tag dan Award

Assalamualaikum..


Perut kriuk2. Sungguh. Entah bila perut maCy akan dapat kembali mengadaptasikan dirinya dengan suasana lazim di kampus ini. Kelaparan. Itu perkara biasa.. Tapi buat masa ini, perut ini memang perlu diajar berlapar..

Kemarin maCy mendapat beberapa tag dan award dari beberapa rakan blogger. Tetapi disebabkan maCy yang sedikit busy ini, maCy tidak pula ingat kesemua blogger yang telah menghadiahi maCy dengan award. Dan ada diantara tag dan award yang pernah maCy terima sebelum ini.

maCy akui, tag dan award merupakan satu budaya yang tidak asing lagi dalam dunia blog selain ziarah-menziarahi sesama blogger. Tapi, pernahkan anda menerima tag atau award yang anda pernah terima beberapa bulan dahulu? Maksudnya disini, award dan tag itu telah berpusing sekalian kalinya dan anda telah ditag untuk sekalian kalinya juga?

Belum dicampur dengan tag yang memerlukan kita menjawab puluhan soalan. Contohnya, terdapat 10 soalan dalam tag, dan setiap soalan memerlukan anda memberi 5 jawapan. 10x5=50!

Pada awalnya maCy sekadar mengedit entry award atau tag yang telah dibuat dan menambah nama pemberi yang baru dan menyertakan link entry tersebut di ruangan komen si pemberi. Tetapi kini, rasanya maCy tidak berkesempatan lagi untuk berbuat demikian. Sibuk dengan urusan peribadi, sibuk juga untuk menyediakan entry dan membalas kunjungan serta meluangkan masa untuk membaca entry-entry di teratak blog lain.

Hurm, perlukah award kini disertai dengan tarikh luput untuk memberi? huhu. Agar tiada lagi award yang sama dianugerahkan kepada blogger yang sama. Tidak akan pula mahu membuat entry yang lebih kurang sama, hanya kerana mendapat tag dan award itu buat kali kedua atau ketiga. Dan sebenarnya maCy tidak sampai hati lagi untuk berkata "Terima kasih! Tetapi saya sudah pernah menjawab tag/award ini :)".

Sekalipun disertai dengan senyuman, seperti tidak sampai hati pula. Di-tag an diberi award, itu tandanya kamu ingat saya! Sebenarnya di sini juga maCy nak kata sorry pada blogger yang pernah beri maCy tag dan award tapi maCy tidak membuat entrynya. Maaf ya!

Anyway, thanks to them yang sudi bagi maCy award :)
from elina dan dakcomot

Jom sertai Contest Gambar Best by Asada, closing date 1 Julai 2010 ini!

p/s : sudah berkemas, mahu makan nasi bawa dari rumah tadi :D

18 comments:

Fakhrur Razi said...

hohoho tarikh luput btol gop tuh XD
kdg2 susa nk jwb tag nih x.X" (ssh ke malas)

khairul_bariyyah said...

wink2.. betol gak 2 macy.. mase awal2 dulu mcm eksaited jugak an dpt award/tag ni.. tapi,bila dah sampai utang piutan 2 xlarat dah la eden.. wuwuu~~

pe2 pon2,thanks sudi amek award dakcomot.. =)

J. Love said...

logo kucing macam baby phat brand si kimora lee tu. momelll!!

alvin takda rumah harga 8juta said...

gua tak penah jawap tag..adakah itu tandanya gua tak mesra blogger??

A D I A said...

awal2 dulu rajin jawab tag, lama2 makin bz urusan personal so duk terperam je. setuju, perlu ada tarikh luput supaya tak ulang2 tag sama, kan?

iqbalsyarie said...

kes saya serupa mcm alvin...saya tak pernah jawab tag dan tak pernah publish award yg diterima.Tapi itu tak bermaksud saya sombong.kan?heeeee
Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?

aQ said...

yew kew..
award with some hadiah..
so mcm

ardinihumaira said...

setuju! kekadang penat nak jawab dah buat tag ni.. dah buat entry tag dan award ni.. isk3..

nisya said...

tak wat entry untuk award no hal kot

Syahrul Iman said...

betul gak tu macy..awal2 mase dpt award n tag mesti rasa excited n rajin nak buat..tapi bile dah lame2, hutang pown dah keliling pinggang.. rasa macam dah takde smgt nak buat..huhu

Almy said...

dah follow blog ni,,hope follow me back.. if done, thanks so much to you..taataa

¶A.K.I¶ said...

hahaha..
aki if free br la amk or setel kan tag.
but mostly sbb ada mse free..
buat... blm menghampakan lagi. haha

~ ReD ~ said...

tu la pasal.. sumenya rajin mengetag n beri award. smpaikan ada yg miss.. huhu

latest entry Review Filem Knight and Day

✿nenek moden✿ said...

hmm..nek pun sama la mcm macy pk..tu ada lagi award ngn tag yg tak dilangsaikan..

shameel Iskandar said...

huhuhu, adakalanya hutang award mcm hutang kad kredit. heheeh.

p/s= saya setiap kali bagi award akan sertakan dg nkata-kata .. tiada paksaan dlm menjawab, ia skdar utk meluaskan empayar persahabatan dan meluaskan wilayah persaudaraan.

jaya jr said...

takut pulak dgn budaya tag ni :DDDD

rizputra7 said...

bagus gak tag nie bila mana kita tgh kering idea...

miss lolly a.k.a luvfareda said...

xsuke tag :)

award pom same huhuhu!