Wednesday, June 16, 2010

Anonymous, get out from here.

Mode : Berehat bersantai dirumah. Sudah lama tidak membuat entry. Bercadang untuk terus berhenti menulis. Atau sekurang-kurangnya mengambil cuti lama sebelum kembali ke arena perkongsian di alam maya.

Entry dedicated to : Puan Anonymous tersayang.

Siapa kat sini sempurna? Paling penting, siapa kat sini yang cukup suka cari kesalahan orang lain, nak tanya, sempurna ke diri tu? Dedicated ikhlas kepada puan anonymous tersayang. Tak termasuk tuan-puan anonymous yang lain. Terima kasih banyak-banyak kerana membantu meng-up traffic blog maCy ni. Tapi kalau rasa hati tu tak tenteram kat sini, bawa-bawa muhasabah diri sendiri baca ayat suci banyak-banyak sebelum terlalu asyik membelek setiap kesalahan silam orang lain ataupun terlalu asyik memantau tindak-tanduk maCy sekarang atau pada masa hadapan agar jelas kesalahan diri ini dan agar dapat memburukkan diri ini dihadapan orang lain.

Satu hati yang benci sudah, tak perlu nak tarik orang lain yang elok-elok tak ada masalah dengan maCy untuk turut sama bermasalah dengan maCy juga. Apa, seronok ya mencari kesalahan orang lain? Datang ke sini semata-mata untuk membelek tiap inci entry, agar terjumpa sedikit cacat-cela. Apabila sedikit entry berbaur peringatan bersama, disuruh untuk sedar diri pula. Apa? Ingat setiap patah kata disini bertujuan untuk menyindir orang lain? Sama-sama ingat juga. maCy sendiri tulis, maCy sendiri reflect diri sendiri.

Mahu kata orang hipokrit or apa-apa kerana delete komen anda puan anonymous? Tidak, delete komen sendiri ada, jika yang tidak disengajakan tidak pasti pula tapi setakat ini maCy tidak ada mendelete apa-apa komen. Jadi semua blogger boleh menyelak satu-persatu entry maCy dan akan bertemu dengan komen puan anonymous tersayang lalu puan bolehlah bergembira kerana cita-cita puan untuk memburukkan maCy tercapai dengan terbacanya mereka akan komen puan yang berbaur tidak puas hati itu.

Jika benarlah maCy mahu mendelete, apa masalahnya? maCy bukan mendelete komen yang bertentangan dengan idea entry maCy, tetapi mendelete komen puan yang bertujuan menjatuhkan orang itu. Menjaga maruah diri sendiri. Semua tahu, apabila ada yang berhasad dengki, kata-kata disembur sesuka hati, yang sedikit dianyak agar semakin kembang dan nampak menarik. Cerita fitnah yang dibuat-buat ditambah cuka agar cukup ‘perisanya’.

Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi apabila mereka ini mahu semua orang sekepala dengan mereka. Menganggap siapa-siapa yang tidak mempunyai pemikiran sama dengan mereka sebagai jelek agaknya. maCy akui, maCy adalah seorang yang berkata direct, tapi bukanlah dengan kata-kata yang kasar. maCy bukanlah juga jenis yang suka bermuka-muka, dihadapan berkata suka sedangkan di belakang mengata-ngata. Dan maCy akui bermasalah apabila bersikap direct begini dengan kaum perempuan kerana mereka sukar menerima. Dan inilah hasilnya, ditikam belakang oleh insan yang berpura-pura menjadi kawan. maCy bukan jenis yang tidak boleh menerima pandangan. Semuanya benda kecil. 24jam sehari, puan anonymous, sebenarnya anda tersangat dekatlah dengan maCy, tetapi mengapa mahu ditentang secara begini?

maCy tidak bermasalah dengan mana-mana anonymous selagi mereka manjaga tutur kata dan adab sopan selain bukan kemari dengan titik hitam di hati, yang sejak awal lagi singgah bukan untuk bersama berkongsi ilmu tetapi… .

Mulai hari ini, maCy dengan kuasa Veto membuat rule baru, Anonymous, anda tidak ada tempat lagi di sini. Harap maklum.

maaf atas segala cacat-cela, kekurangan dan segalanya. Juga sedikit emosi atau kekasaran salam entry kali ini. Mahu kembali berehat sebentar dari dunia blogging :)

31 comments:

A D I A said...

to anonymous tu, kalau tak suka just get out la, byk lagi blog nak baca yg terhegeg2 nak baca blog yg tak suka tu wat pe?

sorry la tumpang marah sini.

maCy said...

hahahahaha.. adia! thx tolong cnclude, ta suka wtpe dtg blog y deoa ta suka.. ki3

sugar2 kapas strawberry said...

cik anon..klu xpuas hati..sila guna nama sbnr..jgn guna nama anonymous ye.
itu pengecut namany..

how dare u hurt my syg??

✿nenek moden✿ said...

macy...dah2...sabar ok..
nek ada lagi ni ha mencari macy..
cuti ni buat apa?amboi..
org datang umah dia..tengok takde org..balik la nek ni ke umah..bawak kuih2 yg beli tu...^___^
dah macy xde..

BeMiE said...

nasib baik BeMie bukan anon.. wakakak

zai said...

huuu, she so anonymous!!
sabar sabar, manusia selalu je nak cari pasal, salah yg besar kuman pun dia nampak taw kalau dia jeles dkt kita. so just ignore her. banyak lagi org lain nak baca entry kamo macy, positive positive dear!!

mAnjuNg said...

macam2 ..

bukan penggoda said...

pehh. anon2 sudah menggegar dunia. ahahaha.

*tp, aku bkn anon. aku cume mls nk login. bhahahahaha.

lumut said...

nanti saya cubitkan anonymous utk awk boleh?hee

biasalah tuh macy..
kalau tak de pendengki dalam dunia ni...tak delah pulak orang dapat dosa pahala...

ni sume ujian..
yang terbaik je akan terlepas dr ujian Allah...=)

@ien_R@z said...

huhu.. biasa la tu..
suka cr salah org la tuh.. huhu..
mseti dia jeles dgn maCy.. abaikan jer org mcm tu.. menyemak jer.. kih3

jgn rosakkan mood anda dgn org2 mcm tu okeh! nmpk sgt pengecut sb guna name anonymous.. biarkan jer..

hadapi dgn senyuman! ^__^

ASaDa RyutaRo said...

hahahahaha.. mungkin dia sakit perut..

hellioz said...

yeah!

retarded anon sucks!
gyahaahahah~

♥ shiMawar ♥ said...

uiks..sian macy ek..takpe2..sabo jek le..susah nk puaskan ati semua org kan..?biase le, akan ade org tak suka dgn kita wlupun kita buat benda baik..

penyelesaian utk masalah ni..?
juz abaikan org gile tu n teruskan jadi diri anda.. :)

ieQa sWetLuv said...

Kita takkan dapat memuaskan hati semua pihak jadi jika yang bertentangan dengan macy, juz abaikan je k..yang penting apa yang macy rasa adalah betul =)

sueraya said...

sy bkn puan anonymous tersebut!
:))

gades ain said...

ain pon bengang kot dengan org anonymous aka annoying mouse nie! da laa xde name. aiyooo!. kasi bomm!!~

saba eyy xD

iqbalsyarie said...

hahahaha...pelik jugak..nape blog saya tak de pulak kena serang dgn makhluk tak bernama tu..alhamdulillah~heheehe

Ok maCy..Thanks sbb jd silent reader..at least sy taw maCy still faham kan entry terbaru saya pasal kawan tu kan?My latest post:Kwn baik semua orgSo...kita kawan la..kan?hehehehe

ok..take care lah..

cemomoi said...

heee sebagai manusia normal, besa le rasa sakit ati tu ada, tapi kalu brani sahut cabaran ati 'sesekali dengo orang ngumpat kita ada baiknya juga sebab mungkin yang dia sebut tu kesalahan yang kita lakukan tanpa sedo'

tapi secara keseluruhan ignore je sebab 'manusia takan berenti bercakap hatta dalam tido pon masih nak bercakap... mati je yang boleh menghentikan dorang daripada terus bercakap... tapi nak tunggu dorang mati, maunya kita dulu mati sebab dek percakapan mereka...'

khairul_bariyyah said...

adeh..sorg lagi mangsa anon.. x paham betol kan diorg nih? ntah hape2.. x brani nak face ngan realiti la..

orang macam 2 xpayah nak layan macy.. mak bapak bagi nama penat2,sedap2, ada maksud.. nak jugak jadi anonymous..

uih,teremo pulak kat sini..ape2 pon, just be urself n be strong k macy syg? =)

tot tot kecik said...

salam..

dengan mata tecik2 ni baca kisah maCy..

hurmm itulah nama nye manusia..sentiasa ada perkara yg ingin diluahkan atau ketidakpuasan hati nk luahkan bkaitan orang..sedangkan diri sendiri sudah cukup sempurna ke..?jika sudah, buktikan yg mereka itu mulia dipandang orang..setakat mampu tersenyum manis, mampukah senyuman itu menyembunyi sifat mereka..??tidak begitu di mata tot..walaupun tot xnmpk..

haa kpd yg terlibat, jgn cari masalah..selesaikan diri sendiri dulu bru leh dtg cari masalah..hoho maCy tot berkata2 ats ape yg tot nah alami..mereka sgguh..ish ish..

pape pn kuatkn atimu..haih pnt taip pnjg2 lebr..hik hik..msti pnt bca..
tata maCy..harp2 bkn tot sbb tot xnah dtg tnpa login..kui kui..

¶A.K.I¶ said...

yg pasti anon itu adalah seorang perempuan yang sudah berkahwin..

hurmmmm...
lek la macy...
xyah nk ttp2 belog ke ap..
wat x taw sje..
if u honest in writing...
people will know it..


teguran yang membina amk iktibar...
teguran yang berunsur hasad dengki mmg menyakitkan hati but abaikan saja la...
manusia mmg sentiasa nak membunuh manusia..
remember my entry??

so jus chill, relax n come back in writing.. if this is ur real passion... keep it up.. no quit.

hak kamo untuk benar @ tidak membenarkan anon masuk @ x dlm belog kmo..
tapi kalu kamo btl2 xnk...
setting komen 2 padam anon dengan name/url 2..

so sng.. pasti xde anon anymore...
hahaha
sbb nk komen kne pkai id blogger dl...

nisya said...

memang banyak dugaan dalam dunia blog nie. kita kena banyak besabar... :)

mahira oya said...

emo nya die..sabar bebanyak k..
cheers!!

Anonymous said...

like this! very2 like. mmmmuaahh!!!
haha!

Anonymous said...

kami tetap nk komen jugak w'pown dh dihalang drp komen at ur blog...lagipown bnyk skit komen awk 6t...hihi

Anonymous said...

lau u rs pe yg u tlis 2 btoi...keep on blogging!
tujuan anonymous ni memberitahu perkara yang orang lain tak mo bagi tau secara jujur.Well, aku cuma nak cakap....kalau dah terasa, makan je lah. Haha!

Yatre Hayati said...

wah macy sabar yer....jgn marah2..heee

Anonymous said...

hi!i'm ANONYMOUS!
glad 2 be ANONYMOUS here
lantak r NO ENTRY ke ape...
ADE AKU KESAH????????

cik feeda said...

salam
dah tahu nak bce blog org....tapi gile pada mencari kesalahan org lain plak.kalu nak menegur atau yang seangkatan dengan nye, mereka perlu bijak menegur dan perlu juga sikap profesional dalam diri...macy sabo woh! nak lepas geram juga...huhu

miss nana said...

ada org buli macy yer. isk! nak kena btol. kang tembak laju laju. isk3.sesuka hati je. sabar ye macy :D

MATAHARI said...

hehe. bagi aku anonymous itu ada macam2 kategori.
1. tikus yang annoying
2. penasihat baling batu sembunyi tangan
3. ada akaun tapi mahu menjadi orang lain dalam komen
dan 4. orang yang tiada akaun.

tapi anonymous ini bagi aku truly penakut. berani cakap tak berani depan2.