Kuiz Personaliti Buah Pula =)

Assalamualaikum..

Entry ini bertujuan mengubat hati para blogger yang tertipu dengan entry ujian personaliti blogger perasan kacak+romantik, Asada Ryutaro. hahaha~


Sengal betul Asada Ryutaro tu sampai kawan sekolah maCy pun tertipu dengan beliau. Siapa nak kena tipu lagi klik Sini. ;p


Baik, kita terus kepada topik entry ya?

Bayangkan :
Anda sedang mengembara bersama rakan-rakan. Tiba-tiba anda tersesat jauh dari rakan-rakan anda. Sebelum menjelang senja, anda ternampak sebuah rumah yang besar. Di dalam rumah tersebut terdapat sebuah meja besar yang diatasnya terdapat sebakul buah-buahan. Ketika itu anda terlalu kebuluran, buah manakah menjadi pilihan anda?

1. Limau
2. Pisang

3. Epal

4. Tembikai

5. Strawberi

6. Kacang Hazel

7. Kundur

Sudah pilih jawapan anda?
Ini skema jawapannya~

1-Limau

Jenis Limau : buah oren,limau nipis,lemon dan limau bali.
Penggemar buah jenis limau dikatakan cenderung kepada warna-warna cerah dan sukakan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan mereka gemar merujuk sesuatu perkara atau masalah kepada mereka. Ini adalah kerana mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan mereka yakin dengan nasihat dan pandangan mereka.
Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri mereka yang sebenarnya. Mungkin boleh mengenali mereka dengan lebih rapat, namun ianya memakan masa yang agak lama.
Kadangkala mereka hanya memperuntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Mereka gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika. Rakan-rakan mereka akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa bersama mereka. Mereka juga tergolong dalam kumpulan individu yangg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan.

2-Pisang
Jenis Buah-buahan Tropika : pisang, belimbing, betik, jambu dan nanas, dll.
Mereka sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Mereka gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling mereka selalu menghadapi masalah dengan mereka kerana cara hidup mereka yang terlalu aktif.
Mereka tidak sukakan sesuatu yang melibatkan gangguan emosi. Kebiasaannya pasangan mereka terdiri dari individu yang tenang berbanding mereka dan semestinya si dia menerima mereka seadanya.
Mereka gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab. Teman-teman beranggapan diri mereka seorangg yang mudah didekati dan suka berseronok. Hakikatnya mereka ada pendirian yang tersendiri. Mereka tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Penampilan mereka itu melambangkan mereka seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3-Epal
Jenis Buah Ladang :epal,lai , pear. dll.
Perkara utama bagi mereka ialah kekuatan. Mereka bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling mereka. Ini kerana mereka bijak membebaskan diri dari tekanan hidup dan tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mereka.
Mereka juga lebih cenderung untuk berdikari. Mereka tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan mereka adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Merela gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan berdasarkan pengetahuan yang dimiliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi mereka dalam setiap perkara yg kamu dilakukan.

4-Tembikai
Jenis Tembikai : tembikai dan tembikai susu, dll.
Mereka tergolong dalam golongan yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi mereka, wujudnya kepuasan apabila berjaya membantu orang lain.
Mereka berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin di tanam di sekitar tempat tinggal. Mereka memiliki ramai teman rapat,ini kerana mereka memiliki keperibadian yg romantik. Mereka berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Mereka melambangkan diri mereka sebagai individu yang berhati-hati.

5-Strawberi
Jenis Beri : anggur, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, tomato, dll.
Mereka gemarkan 'party' dan keseronokan. Mereka suka menggembirakan orang lain. Mereka juga mudah dapat teman baru kerana merekau adalah peramah. Mereka akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang pelik.
Mereka mempunyai citarasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain.
Personaliti mereka sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri sendiri.Walaubagaimanapun, keseluruhan personaliti mereka itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri.

6-Kacang Hazel
Jenis Kacang : kacang tanah, walnut, gajus, hazel, dll.
Mereka ini jenis “moody”!! Kadangkala mood mereka berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri mereka. Sekiranya kmereka yakin mereka berpihak di pihak yg benar, mereka pasti berdegil dengan pendirian mereka itu. Orang yg berada di sekeliling mereka juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan mereka itu.
Dalam percintaan mereka adalah individu yang setia. Mereka sanggup mengenepikan teman-teman hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati.
Untuk mengenali mereka,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Walaubagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.

7-Kundur
Jenis Labu : Contohnya kundur.
Mereka berpandangan jauh. Bagi diri mereka,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala-galanya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat. Mereka adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling mereka seakan terkejut dengan pengetahuan yang mereka miliki.
Boleh dikatakan setiap persoalan yang mereka mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekelilingnya. Teman-teman mereka akan bergantung pada mereka dan sikap ambil berat mereka itu pasti di hargai.
Tekanan kerja yang dialami akan mendukacitakan mereka,tetapi lama kelamaan semangat mereka akan kembali pulih malah mereka lebih bersedia dlm menangani cabaran-cabaran mendatang. Mereka cenderung pada pelbagai warna. Mereka melambangkan diri diri mereka sebagau seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yg lembut.


Tapi kalo maCy kan, maCy tak pilih mana-mana buah kat rumah tu. cam takut je nak makan.. hahahahha~ ;p



p/s : mahu tidur selepas study :D

Comments

CassiELFia said…
kechik mahu epal!! ^_^
nIsYa said…
sayalah diantara orang2 yang terpedaya dengan asada smalam heheee

salam kenal :)
Anonymous said…
che kechik :
epal ijau nick maCy..lalala~



hanie@nisya :
tu la, jahat kan asada? hahhaha

p/s : asada, men je ;p
Faizul said…
err durian tadak ka?
Mr. Asada said…
hahaha.. sengal giler intro entry nih. hahaha.. ade ke kata asada tipu.. asada gtau kelebihan sikit, pastu terangkan sikit pasal buah tu. hehe :P

asada pilih semua buah kecuali kacang hazel. ade ke nak pilih kacang hazel time tengah lelah. uhh!!

err.. kalau takde tuan rumah, x jadi la nk mintak. hahaha..


hanie@nisya :

ala.. i main je la. gurau2.. hehe :P tQ ea sudi dtg semalam.. lalala~
Lun said…
kacang kazel, sbb menguatkan ingatan
Lun said…
This comment has been removed by the author.
Keyyah said…
ahha sy suka pisang...
Anonymous said…
dude :
durian? personalitinya pelik. tu tafsiran maCy..ulalalala~ ;p


Asada Ryutaro :
hahaha, padan muka. memang patot pn..ki3
pilih smua buah tu maknanya kecelaruan identiti.. hihi


Lun :
waa.. tgh sesat boleh pilih nk kuatkan ingatan.. hhihi ;p


sweetsour :
sini pun suka pisang? hihi
BaBy said…
cute pilih tembikai..hehehhe.. :)
Anonymous said…
owh kena ngan aku
weeee~
nizam said…
nizam nak semua kecuali buah kundur coz x suka....:P
bspotgurl said…
I suka buah apple sebabnya ntahler ape sebabnya.. I will always prefer apple dari Durian yg busuk itu :) ahaaa
Syahrul Iman said…
iman pilih no 4.(buah tembikai)..no 4 lagi..kuiz sebelum nie pown dpt no 4 jgak =)

* pilih buah tembikai sebab takde buah durian..haha
amirah said…
pisang mengenyangkan...so pilihla pisang..hak2

ada betul gak..
Nur -al- Ain said…
gudgud, terubat hati dah. kite pilih strawbery ;0
nich said…
sronok jugak kena tipo ney eh macy? ahahaha lawak la.. hehehe
aien said…
haha... kuang asam asada men tipu2..
so.. ini la jwpanyer yer.. i choose pisang.. tp mang tak same lagsung ngn karekter sy..hahaha..
Anonymous said…
Baby :
tembikai? ramai tmbikai ni..hihi


Jane :
buah apekah itu? huhu


Nizam :
ni sorang lagi personaliti macam2..hihi


bspotgurl :
mcm org overC xleh bau durian..ki3


Syahrul Iman :
ape yg best kat durian ni? hiihi
amek jersey no 4 la iman.. huhu
Anonymous said…
Amirah :
goreng pisang, sedapnye.. huhu


Nur Al-Ain :
Strawberi? so sweet la pmpn plh straw beri..huhu


Nichkun :
tak kena ke? sgt bgus~ huhu


aien_Raz :
hahaha.. tu la asada mmg sengal.. ki2
xsame? pilih durian la cm2.. haha
aien said…
haha.. durian ada ke??
xmau r.. xsuke durian.. betik ada??
wahh.. mcm kt gerai buah lak.. hak3
B L O G D E T said…
tak kan lah umah sebegitu besar tak berkunci?
lagipun nak buah pic,prun n durian(demand ni)-ape la..umah je besar..tapi takder plak buah2 yang best2.hahak ;D
Anonymous said…
aien_Raz :
hamboi, japg la maCy niage buah potong kt dpn umah.. haha



Dexfab :
logik sungguh dex >.<"
anayilz said…
salam.

nak pisang,pastue strawbery,pastue epal.
nak tembikai jugak,tp xde dinyatakan ada pisau d tmpt kejadian,so,xdpt nk potong tmbikai.
buah kundur?erk.
limau masam tak?ngee.
kacang hazel bukan buah.aha

(apesal tamak sgt smpai sume nk nie fatin?ahaha)

btw,nice entry, igt bakal ditipu jgk td.ngee.thanks 4 da info sharing.^_^
NurSya said…
hahak..aisya suke sume...!!! pisang, strawberry, epal, tembikai,..bla, bla, bla...hehe.. :) nice entry... :D
zai said…
zai punya answer pisang !!! entahlah nape suka pisang..tapi suka juga epal..tapi bnyk2 pisang juga akn ku pilih sbb lembutt makan sgt santai..


dah miss bnyk entry macy even baru 3 hari xon9 nehh.nmpk sgt kamo update bnyk entry
sy bc yg strawberry je..ahahaha
tp sy xsuke party ok..hik3 ;)
Anonymous said…
anayilz :
bdn kecik perut besa.. hahahaha
sesame :D


Nuraisyyah :
ni sorang ag.. kecik ke besa ni? ki3 ;p


zaizax :
pisang sedap mkn ngn eskrem.. yum2
kamu kena baca semua.. hahaha ;p


sugar2 kapas strawberry :
adoyai.. cik linn knpem plh strawberi.. hihi
Aidi-Safuan said…
aidi suka buah kelapa. so how? :P
Anonymous said…
pemilih buah kelapa mpunyai kepala yg besar.. hihiii
Unknown said…
suka pisang..tapi, best lagi epal...erm.. buah salak takde ke?
ParkAir said…
nyam2 tembikai sedap nyaaa....
Unknown said…
dik, buah naga? hohoho..sy buah nageeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Anonymous said…
cemomoi :
hamboih.. smpi situ.ki3


si jaritelunjuk :
salak? maCy dah msk umah tu dlu senanye, da mkn.ki3


ParkAir :
ek eh.. sedap? jum maC banje..hihi


syami :
kite amek nage blakang umah j la kak sya.. huhu
violetless said…
honeydew takde ke?alaaaa....
anayilz said…
salam.

jap3.baca balik.adakah kawan sekolah yg anda maksudkan itu adalah saya?(ayat skema)ahaha. >.<
¶A.K.I¶ said…
hye macy!!
hehehe..
asada mmg hampesh..
dan sgt poyoz jgk!
ahhaa

aki plh strwbri!!
Mr. Asada said…
Aki :

waaahhh.. dengan selambanya. hahaha..
siap dengan poyoz n hampesh sekali..
Anonymous said…
violetless :
honeydew abeh maCy mkn dlu..hihi


anayilz :
ya benar.anda lah orgnya! hihi


A.K.I :
hahahaha, aCy bahgie mndgrnye! ki3


Asada Ryutaro :
pbndngan tepat pe.lalala~ ;p
Nad said…
tembikai itu saye. haha. nice entry! :D
pearl apple said…
sy suka epal jugak..my febret fruit!! i like~~ =)
pearl apple said…
sy suka epal jugak..my febret fruit!! i like~~ =)

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya