Big Apple & J.CO Donuts Haram?

Assalamualaikum..

Big Apple
maCy blogwalk dan dikejutkan dengan entry -Asy- yang membongkarkan mengenai status halal premis makanan yang menjadi kegemaran ramai, Big Apple dan J.CO Donuts.

Bagi maCy, agak berat kerana premis ini sememangnya hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh negara. Tambahan pula, maCy sendiri akui, Big Apple contohnya, memang sedap dan menjadi kegemaran ramai pula.

Setelah membaca entry tersebut (Klik Sini), maCy mohon untuk copy entrynya tapi belum mendapat respon dari tuan tanah. Maka maCy search sendiri dan maCy temui satu soalan kepada Jakim berkenaan dengan status halal Kenny Rogers, Big Apple & J.CO Donuts. Dan jawapannya adalah seperti berikut :
"Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih"

Soalan kepada Jakim

Belum mempunyai sijil halal. Kenapa agaknya premis makanan segera sebesar itu belum cuba mendapatkan sijil halal? Benar, tidak pula dikatakan "makanan di sana adalah haram". Tapi, sekalipun mereka masih dalam proses untuk mendapatkan sijil halal atau sebagainya, makanan tersebut tetap dianggap syubhah, yakni, tidak diyakini.
Jika kita mahu berfikiran positif, meyakinkan diri bahawa makanan di sana adalah halal kerana kita mahu memakannya, adalah salah kerana kita menghalalkan atas rasa kehendak nafsu, bukan atas nikmat iman.

Sesungguhnya berfikiran baik itu adalah baik tetapi menjauhi yang haram itu adalah wajib! Dan mencari yang halal itu sememangnya wajib. Tidak boleh tidak!
"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di muka bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." Al-Baqarah : 168

Mafhum ayat ini boleh didapati (
Di Sini).

Perhatian :
(copy dari blog -Asy-, setelah mendapat izin. okay? huhu)
  1. Ini bukan bermaksud semua produknya yang dijual itu tidak halal untuk diminum.Namun disini sebagai seorang pengguna yang bijak memilih sudah tentulah mereka akan memilih premis atau kedai yang mempunyai sijil Halal daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk memastikan bahawa makanan dan minuman yang dimakan itu dijamin suci,bersih dan halal.
  2. Sijil halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

Niat maCy bukanlah untuk meletakkan judgement sendiri atau menyukarkan hidup seorang peminat setia Big Apple mahupun J.CO Donuts. Diharapkan tiada lagi kedengaran, "Kenapa kau beritahu aku?", semata-mata untuk lari dari mengetahui realiti dan berselindung di sebalik alasan, "Aku tidak tahu." Halal itu perlu dicari, kerana ia akan menjadi darah daging yang mengalir selamanya~

Sebarang pendapat, info dan sebagainya dialu-alukan dan segala perubahan atau maklumat baru akan dimaklumkan insyaAllah. Bersama-sama kita mencari redha-Nya.
Lagi penerangan dan info boleh didapati blog -Asy- dan di Portal halal JAKIM.

*edited 24/2/11
Big Apple sudah mendapat sijil halal berkemungkinan sejak 2009 kerana mengikut laman web JAKIM sijil halal pertamanya sah sehingga 2011 tapi telah extend 2 taun hingga 2013..sijil halal diberi selama 2 taun shj mengikut amalan kebiasaan JAKIM. selepas 2 taun akan renew mengikut kepatuhan & selepas disahkn pemeriksa sekali lagi.

maklumat sijil halal boleh di check di link ini..

http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=A&hits=OK
~credit : mr. m syamsul reza,



p/s : semalam sedikit moody, maaf kepada yang terkena. maCy minta maaf ya? :(





Comments

Unknown said…
hah???haram??
alahay....sy addicted sgt ngn big apple....
kak..leyh sy copy entry akk niey???
Syafrizal said…
Yang haram itu jelas, yang halal itu jelas, yang tengah-tengah itu meragukan. Barang siapa menjaga diri dari benda yang meragukan maka dia menjaga maruah dan agamanya.
Anonymous said…
misz syiela :
sila lah sayang. ambil sebarkan. tengok sekali blog asy tu. lebih jelas..

syafrizal :
terima kasih. takut sebenarnya nk buat entry sal ni. sbb cm lbtkan rmi sgt..
terima kasih sebab kongsi benda2 yg penting mcm nih...
Afnie Roslan said…
ada bc gak blog asy tu....tu la kan...bab makan2 skng ni kn jg...ni main sumbat je...tu yang perangai manusia makin teruk tu
terokai seni said…
orang islam kena ingat makanan tu akan menjadi darah daging yaang dengan makanan itu le kita nak bekerja.. kendian menjadi darah daging pulak pada keturunan.. sebab tu masalah sosial tak pernah abis kerana yang syubhah dan haram mendarah daging dalam ketunanan kita kelak
Nazz@Purple said…
bru nak try..batalkan aje hasrat itu..
jaya jr said…
klo berjalan kt KL slau jugak beli..tapi aritu da lawat portal JAKIM tu..
memang betol laa die x dapat sijil halal..
stakat lepas tu x mkn lagi..huhu..ramai je yg x tau rasenye..
::thexieza:: said…
ini maklumat yg penting pada sy..
tq coz memberitahu tntg hal ni..
zai said…
tak dapat sijil halal!!!
auch, nasib baik la sekrang dah kurang makan donut2 tu ahhha dah naik muak sebab sama resepi dia ahha
waaaaaaaaa....xhalal ke????

adusssss..da la suke mkn big apple.sdp donut dia..
nk tampal kt fb sy ye.. ;)
Nekmo said…
xleh jadi 1st..huhu..coz x on9..
adeh!!seyez??da la sedap oo..huhu..
lagi2?apa yg xhalal..adoila..gawat cegini..hehe..tapi,da tak dpt kelulusan halal..kenapa banyak je kedai di buka?satu g..yg kopitiam tu..curious..
Unknown said…
hoooooooo:)

ku kira semua pengeluar produk makanan untuk orang awam terutama produk untuk semua pengguna tak kira agama perlu mendapatkan sijil halal sebelum dikoemrsialkan. errrrkkkk, sekiranya belum halal, pihak JAKIM perlu menghebohkan hal ini kepada semua. kot!
Anonymous said…
mohamadfbi :
perlu. tapi bak kata asy, bukan mudah nak buka mulut untuk lawan company besar2 macam tu.. tapi still perlu kan? berani kerana benar~

nenekmoden :
ni yg kat bloa asy

OLD TOWN WHITE COFEE - HARAM
KENNY ROGERS - HALAL
BIG APPLE - HARAM
STARBUCK - HALAL
KFC - HALAL
J.CO Donuts - HARAM
AYAMAS - HALAL

terima kasih atas komen dan pendapat semua :)
Asyraf Hamasaki said…
Kita akan bongkar lagi :-)
Jom kita terjah hahah buat team ngeh2
Althafunisa said…
alamak..atul baru jer jatuh cinto dgn big apple kot,,,
Keyyah said…
info yg berguna...
Mknn ini akan jd darah daging kita..so mmg kena btol2 jaga..
naseb baik x pernah terasa nak mkn kat big apple ngan old town 2.. huu~~
dunkin donuts cmne lak? halal kot eh? huhuhu
nanad said…
old town pon ke??
uishh...timekaseh ntok info nih.
Lun said…
nak tau tak kenapa diaorang tak cari pengesahan halal..

kerana rakyat Malaysia tak ambil kisah pun, nafsu kata yes! jalan jer
Red Linda said…
banyak sgt dh makanan HARAM @ ragu2 HALAL kat Msia ni..haihhh

neway, thanx 4 diz info ya;)
Senang criter, kalau jelas takde lesen halal maka elakkan. Selain tu, byk juga hotel2 terkemuka di Malaysia yg tidak ade lesen halal utk dapurnya.

Tapi, satu lagi kita kena hati2 a/p sebarkan benda yg x jelas. Sbb ia boleh merosakkan imej islam( dianggap suka menfitnah)dan menjejaskan rezeki org lain( trmasuk rezeki sesama islam). Contohnya dulu, roti gardenia dikatakan haram melalui maklumat yg diperolehi dari internet, lalau disebarkan. Ini perbuatan jahat sbb ternyata ia x betul. kita telah membunuh rezeki pekerja di syarikat tu sbb ribuan umat islam bekerja dgn gardenia.
Begitu juga isu ubat gigi colgate, pun dihebohkan sebagai haram. Itu perangai jahat org kita.

Yang jelas haram ( trmasuk tade sijil halal)kita sebarkan. Tapi kalau samar2, jangan sebarkan.
aien said…
tak halal ke??
erm... nsb bek tak suka sgt big apple.. ngeee~

pepon thanks for the info ^_^
Mr. Asada said…
kecewa~~

hope pihak big apple akan mohon untuk dapatkan sijil halal.. jangan pulak dah dapat sijil halal, dalam peti sejuk ada perasa bab*..
Kim said…
*murung* Big Apple is my fav. huu.
aieOreo said…
J.Co eh..penah makan sekali..
sedap mmg sedap tapi manis sangat sampai rasa macam kalo makan sekali lagi boleh kena kencing manis terus..hehe

anyway good info :)
oreo like this!
Unknown said…
Sesetengah syarikat Fast Food memang tak minta Pengesahan Halal dari Jakim . Sama seperti restaurant , bukan semua ada logo halal walaupun ia adalah restaurant melayu .

Mungkin kerana KITA selalu ambil remeh temeh hal nie , jadi pihak syrikat Fast Food tak minta sijil Halal .

Namun bagi sebuah perniagaan yang besar seperti dua nie . Takda logo halal susah arrr
Azaziah Hani said…
terima kasih coz berkongsi info nie..
memang perlu ingat mengingati
~fisha~ said…
boleh saya nak sebar2kan di fb?
fitrijohari said…
mcm payah pulak nak jumpa makanan halal kat malaysia kebelakangan ni..huhu
Aidi-Safuan said…
macy, tuh bulan 4 2009 la. lame dah tuh. entah2 bulan 5 2009 dah ada sijil halal. harap dapat check yang latest nyer. sebab awal tahun dulu aidi-safuan and the gang ada gak "serbu" portal jakim nih. tapi diorang lambat update la. pernah sound gak. tapi xde reply pon. saba jerla...
Unknown said…
tibe2 rasa mcm duduk dlm gua sbb langsung tak taw apa benda big apple ngn jco donuts tu...aduyai..malu~malu~huhu
anayilz said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Selain jenama Dunkin Donuts yang diketahui telah lama bertapak di Malaysia,J co donuts dan Big Apple tidak pernah memohon sijil halal Jakim kerana bahan gelatin atau lemak haiwan yang diperlukan utk melembutkan donut tidak diketahui sumbernya.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya