Jenis Hati Ada Tiga (Hati dan perihalnya)

Assalamualaikum..



Pagi ni macam biasa bagi warga IPG Kampus Perempuan Melayu, kena menghadiri tazkirah pagi jumaat seawal 7.20 pagi. Tajuk tazkirah hari ini bagi maCy agak menarik. Jadi maCy nak kongsikan bersama..

Jenis hati
1. Qalbun Sahih (Hati Suci)
2. Qalbun Mayyit (Hati Mati)
3. Qalbun Maridh (Hati Sakit)

Qalbun Sahih

Hati jenis ini adalah yang terbaik. Tapi sukarlah bagi kita golongan sederhana ini untuk memiliki hati jenis ini. Tapi, tidak salah pula untuk kita berusaha untuk memperbaiki diri dan mengejar yang terbaik.
Bagi hati yang suci dan hidup maka ia akan membawa tuannya ke jalan selamat di mana kemurniaan ubudiyahnya meletakkan seluruh aktiviti kehidupan hanya untuk Allah SWT.

Qalbun Mayyit

Hati jenis ini adalah yang paling bahaya. Seakan-akan Allah SWT telah menutup pintu hatinya untuk menerima hidayah. Belum apa-apa, sudah menolak untuk berbuat kebaikan dan terus-terusan menjerumuskannya ke dalam tuntutan nafsu syahwat yang penuh kejahilan sehingga lupa menyembah Allah SWT selaku khaliqnya.

Qalbun Maridh

Di antara kedua-dua jenis hati ini, hati yang sakit adalah hati yang masih lagi memiliki nur keimanan tetapi berada dalam keadaan yang samar kerana tidak berupaya berhadapan dengan desakan hawa nafsu.







Perosak Hati
1. Bergaul dengan banyak orang
2. Angan-angan kosong
3.
Banyak bergantung selain daripada Allah SWT
4. Makanan atau kekenyangan

5. Banyak tidur

Bergaul dengan banyak orang
Tidak salah bergaul. Tetapi pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk akan menghitamkan hati, melemahkan rasa nurani, juga melalaikan.
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).
Angan-angan kosong
Angan-angan kosong adalah tipu daya belaka. Angan-angan adalah tidak sama dengan cita-cita. Orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal soleh yang mendekatkan dirinya kepada Allah.


Banyak bergantung selain kepada Allah SWTJika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah, Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya.

"Janganlah kamu adakan tuhan selain Allah, agar kamu tidak tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra' : 22)
Makanan atau kekenyanganAda dua jenis makanan penyebab. Pertama, kerana zat/materinya. Sama ada yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, dan anjing, dan yang diharamkan kerana hak hamba. Seperti barang curian, atau rampasan. Kekenyangan pula merujuk kepada makan berlebihan dari keperluan.
"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

Banyak tidur
Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, melalaikan dan membuat lupa serta malas.

Ubat Hati

1. Membaca Al-Quran
2. Solat malam
3. Berkumpul dengan orang soleh
4. Banyak berpuasa
5. Berzikir di malam hari

Ubat hati ini, maCy yakin semua sudah faham tentang ini :)

Justeru, mari kita check semula hati kita. Renew, renovate dan format semula mana yang patut. InsyaAllah..





p/s : syukran Sarah. perkongsian yang baik..

Comments

terokai seni said…
tengok hati
sakit hati
makan hati
berhati-hati

so jaga le hati
Anonymous said…
jadi, hati-hatilah dalam menjaga hati;)
Anonymous said…
hati ini.
hancur dan luluh keranamu..
hehe..feel je menulis..
tapi cuak juga bile berbicara ttg hati..
tingkat mana hati kita..
hanya kita dan Allah shj yg thu...
syukran fr the writing..
nasikputeh said…
yang penting..

HATI-HATI..

ekeke..
tertarik ngn bab mknn tu ..hihihihi
even mknn tu secara dasarny halal..tp bila cara kita memperolehiny secara x halal pon akn merosakkn hti kita jgk kn cik macy??
sbb bnda yg kita mkn tu akn jd darah daging kita nti..btl x?? btl x?? ;)
Anonymous said…
capital S hana : sesame street..saling egtkn :D

cemomoi : hati wt pekasam.. humm

reD : insyaAllah.. uhuhu

akuinsanlemah : smpt nyanyi plak.. hehe.. afwan :D

nasik puteh : apakah? huhu

cik linn kapas sugar2 strawberi : pandai! betul tu.. setiap pa yg kita mkn, akn jd darah dgg.. mka pntg utk kte tahu bhn dan sumbernya.. msti kduanya halal belaka.. :)
Anonymous said…
nyanyi?heh..test suare je tuh.. manela pndai nyanyi pun..
klu pandai mesti da jd penyanyi
heh..
:)
Fyra Ruslan said…
syukran. moga djauhkan dr Qalbun Mayyit. InsyaAllah.
^.^
Akmad Toshiro said…
sy memiliki hati separuh mati...
qamarguyz said…
salam ziarah..
bukan senang nak menjaga hati..
try belah dada & pegang hati kamu..hati zahir masih merah, sihat nampaknya..namun hati hakiki telah hitam, sedang sakit & bisa mati!

'ingatlah wahai anak Adam, dalam tubuh kamu ada segumpal darah..jika elok ia, maka eloklah seluruhnya..itulah HATI (hati hakiki)'
nyway syukran atas peringatan =)
sitinorafatien said…
time dgr ceramah ni pling xbley blah...sy tdo je....heheheheh..tdo lewat...pas 2 ase ngntuk a..tmbh2 dgr ceramah agama...setan kn ad tepi...duk hasut...
Mr. Asada said…
wallaweh! bagus.. bagus..

mantap punya entry.. :)

tQ bg peringatan bersama.. semoga kita dapat menjaga hati kita daripada perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.. =)
Anonymous said…
xde nilai keinsafan pn.. ;p

sesama ingatkan ye asada :)

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya