Hidup panjang atau hidup sebentar mati muda?


Jika diberi pilihan.. 

Hidup panjang atau hidup sebentar mati muda?

Kata orang, mati muda, tak sempat melihat dunia. tak sempat berkahwin, tak sempat nak merasa jadi mama, jadi papa.. Sekaligus, mati muda, hilanglah peluang untuk dibekalkan doa anak soleh sebagai bekalan ketika di sana, dan hilang juga peluang untuk menjadi anak soleh untuk memberi bekalan kepada ibu dan bapa nanti.. betul bukan?

Tapi mati muda, kuranglah untaian dosa..Benar juga.. berkurang jangka hayat, berkurang lah dosa yang dibuat.. tapi cukupkah pula ilmu di dada ketika usia muda ini?

Tapi pastikah juga jika kita diberi usia yang panjang, kelak di masa hadapan kita akan berusaha untuk mendapat seluruh berkat hidup dari-Nya? Pastikah hati kita akan terbuka ketika usia sudah menjengah 60-an nanti? atau ketika itu kita masih hanyut dengan dunia yang tidak kekal ini? Mungkinkah segalanya bertukar begini--panjang jangka hayat, panjanglah untaian dosa, beratlah bahu kiri, teballah buku 555 malaikat Atid nanti.. nauzubillah..

ya Allah, Kau maha mengetahui apa yang terbaik buatku. Andai umur panjang itu yang terbaik buatku, Kau kekalkanlah hatiku di jalan-Mu, jangan kau izinkan hati ku mati bersama ditelan usia..

Andai Kau mahu mengambil nyawaku ini ketika aku masih lagi kuat bertenaga, moga Kau izinkan aku mencium bau syurgaMu.. Sungguh, aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi sungguh, aku tidak mampu untuk menanggung azab nerakaMu..

Hidup mati memang di luar kuasa kita.. kita hanya mampu bersiap sedia..

tiktok..

semalam maCy chatting sebentar dengan sahabat lama, Abdullah Zaid.. (lawat-lawat lah beliau.. support blogger baru J)

Alkisah, zaid cakap “first time maCy pergi dan kembali.”

Hanya kerana maCy selalu hilang untuk menyelesaikan tugasan lain. Tapi jauh pula yang maCy fikirkan dengan beberapa patah kata itu.. Andai benar maCy pergi dan tak kembali, tetapi kembali kembali ke alam sana?

Dari situlah tercoretnya entry ini..

p/s : ingatkan maCy mana yang terlupa, kerana kita semua sama manusia..

Comments

Anonymous said…
salam...blog zaid xbleh bkak pn..uhuu...
hmm bila pk sal mati actually mmg takot..kn kn kn?
tp dpt pahala..
tp btl la ckp macy tu..mati muda mmg kurg dosa tp ckup ke amalan kita nk bw..huhu
amirah said…
lambat atau cepat kita kena bersedia
qamarguyz said…
salam ziarah..
bukankah syurga & neraka telah ditetapkan untukmu sejak azali?
begitu juga dengan umurmu!
lantas apa gunanya amalan andai tetap dihidupkan sebagai penghuni neraka?

jangan disoal kenapa kamu perlu berusaha & beramal..
tapi soallah kenapa kamu tidak pantas berusaha & beramal..
kerana kamu tidak pernah tahu apa kesudahan yG ditetapkan oleh-Nya!
Hafiz Yusof said…
segalanya tuhan tentukan
... said…
ni lah nmny ujian hidup.. ada yg bjy kita harungi..ada yg x..
Mr. Asada said…
sangat suka entry ini...

"sesungguhnya mati itu pasti!"
Pacifist said…
salam dik macy.
artikel yg menarik.
kebanyakkan manusia sebenarnya tidak tahu memilih.kerana keduanya ada keuntungan dan kerugian.mengikut,apakah tujuan hidup mereka.maka,beruntunglah mereka yg mengetahui rahsia penciptaan mereka.
-yang pasti mati itu pasti.kita diberi pilihan utk mengikut jalan ahli syurga @ jalan ahli neraka.
hidup bkn sekadar makan dan minum,demi memuaskan nafsu yg tidak pernah puas.ttp sbg pentadbir utk diri,keluarga,masyarakat,negara dan dunia.hilangkan sifat keAKUan dlm diri,supaya kita tidak asyik melihat kekurangan/keuntungan kpd diri sendiri semata-mata..ttp lihatlah dunia yg perlukan perhatian kita.

"org yang paling baik diantara kamu ialah org yg mengambil berat masalah kerabatnya (keluarga,rakan2,masyarakat)"
zai said…
yer, ingat mengingati org lain dan kamo jugaa.hee

kalau zai, nak mati muda sebab yerla kurang la sikit beban dosa, tapi mmgla xdapat nak kendong banyak amalan nakpergi dunia satu lagi tu,
sekamrrindu said…
tulah..hakikat kehidupan...yg perlu dihadapi..
B L O G D E T said…
nice entry macy-keep it up! ;D
ardinihumaira said…
ye betul tu.. hakikat kehidupan
Alhamdulillah
zikrulmaut 2 mmg baek...
mmbuatkan kta dkt gn Allah..

ttpi jika asik ngat wt ssuatu bnda krn phala..
x k mne pon...
wt r ssuatu amln jriah 2 krn Allah..
insyaAllah anda akn dbls dgn stimpalnya..

mti dlm usia tua tau muda tdk mnjaminkn ssorg 2 dosa bnyk tau ckit..
y pntg stahap mne ikhlasnya mnjlnkn amnah Allah..
hologramisfera said…
tulah.kita tak tahu hari terakhir kita,dan apa hal terakhir yang kita dapat lakukan.

semoga yang terakhir baik2 saja kan
utt said…
jgn berat buku sijjin cukup la
Anonymous said…
aku dulu sangat impikan mati muda..
aku tak nak dapat dosa banyak2.
dan aku dulu tak sayang nyawa.,..

sekarang masih di impian yang sama.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya