apa tandanya mimpi ini?

indahkah mimpi?

maCy tanya kamu. indahkah mimpi? maaf bertanya. cuma ingin tahu. maCy jarang sekali bermimpi. tidur sering gelap sahaja. dan bangunnya sudah pagi. bukan selalunya, tapi boleh kata memang sentiasa begitu.

pernah. maCy minta pada-Nya. hadirkan mimpi dalam tidurku. doa budak-budak. macam tak ada benda lain yang boleh diminta. setelah beberapa tahun. barangkali doa itu makbul.

setiap hari maCy bermimpi. dan mimpinya diulang dan berterusan sehingga pagi. tidak indah langsung! maCy nampak kau dan kamu mati! hari pertama. kau berdua mati bersama. tidak mengapa. cukup sekali saja. ini tidak apa-apa.

hari kedua. difitnah dan ditindas sahabat sendiri. maCy terjaga. hati, sakitnya terasa. jam baru pukul tiga. maCy cuba kembali menutup mata.

hari ketiga. dia pula. berhenti! bagai realiti. maCy menangis sepuas hati di dalam mimpi. dan apabila terjaga maCy menangis lagi.

hari keempat. kamu pula, pergi juga. sabar maCy. ambil wuduk dua tiga kali ya selepas ini.

hari kelima. maCy nampak dia yang sama dalam mimpi pada hari ketiga, sakit disambar api. bersama yang lain yang maCy tak pasti. ya Allah. maCy tidak kuat lagi. mainan tidur. mainan syaitan. jauhkan dari segala itu. apa makna semua ini?

~bertemu dengan insan dalam mimpi pada hari pertama. senyum sahaja.

“maCy mimpi awak, sara. mimpi apa semua rahsia.”

~mimpi hari kedua menjadi nyata. baru lagi maCy dipersalahkan dalam sesuatu perkara oleh orang-orang yang sama dengan watak mimpi. kesemuanya sama. rasanya sama. benar-benar sama.

~ketiga, keempat dan kelima? maCy tidak tahu. jauhkan dari yang keenam. kerana semalam tidurku sudah kosong. moga terus kosong dan kosong sahaja.

apa tandanya mimpi ini? jika ini ‘indahnya’ mimpi, sanggup maCy tidur kosong, gelap sahaja~

p/s : ini bukan sengaja direka...

Comments

zAiD~ said…
slm..aceli aed pn xtau nk dscribe mimpi ne satu mnde yg ptt kte take siyes or not..sy pn pna jgk kne mimpi2 cm2 n it came true..pape pn,da best way,slalu2 la macy doa mntk jao dr sume2 2..org kate mimpi 2 mainan syaitan,tp KADANG2 mimpi 2 leh jd satu petanda..macy mntk la ptunjuk dr Allah moge diperjelaskan mimpi2 yg hadir 2..insyaAllah kite dibantu..
Hami Asraff said…
Salam ziarah.

Mimpi ada maksudnya tersendiri. Kekadang sekadar permainan tidur sahaja. Mungkin kamu boleh bertanya kepada yang lebih arif mengenai perihal mimpi ini :)
Unknown said…
dik, remember, make small things BIG, make BIG things small...which is which? guna akal bertindak dn berfikir, didahulukan dgn bismillah..

i dont want to see u down, nymore.
senyum.
daezz said…
hm..mimpi??sukar utk ditafsirkan..tapi kadang2 jd nyata..byk2kn istigfar..insyaAllah..suma tu cuma mainan tidur..syaitan ajak main ketika kita sedg mati sementara..tp..xde pape la..insyaAllah..hepi2 slalu~~
Anonymous said…
Abdullah zaid : thz aed.. maCy jz agk risau.. ble sllu.. hope sgt fine n xde pape.. thx aed :)

hami asraff : syukran Abg.. insyaAllah if happen ag maC akn cr solusi..

Syami-satu penjuru : im making thing small.. jz wana know, askin for opinion. im not down, it worried me but it dnt really affect me til i cant carry on wif m life as usual..

yup.. love u sis~

greenrose : harap2 mcm tu lah.. syaitan je nakal2 skt.. amin..
hmm macy buat la solat hajar mintx djauhkn dr bnda2 buruk..huhu

tp mimpi tu mainan tdo...
B L O G D E T said…
dejavu ke macy?
kalo mendatangkan kebaikan, ambil sebagai pengajaran.
yg penting jgn terlalu taksub dan fobia-sebab mimpi bukan penentu hidup kita
kita sendiri yg merancang hidup dan Dia yg menetukan.
mimpi pelengkap tidur..semuanya dari-Nya.
Mohon dari-Nya,kerna Dia Maha Berkuasa-jangan takot macy-be fab!cool ;D
SiHijau said…
mimpi..
sekadar mainan @ kenyataan..
Anonymous said…
sugar2 cik lin : tu lah.. thx cik linn :)

dexfab : wuu.. jgn takot?? susa tu..huhu

sijijau : waalahua'lam..
Anonymous said…
hmm..terfikir fikir~
Anonymous said…
Salam MaCy,

Apabila kita terjaga dari mimpi yang buruk bacalah "Lahulawala kuwataillah billah hilazim", basuh muka dan bila sambut balik tidur, berzikirlah sehingga terlena semula.

Bacaan ini bukan untuk selepas mimpi buruk sahaja tetapi juga ketika kita terjaga biasa diwaktu malam.

Terima kasih macy sudi singgah blog saya.
Anonymous said…
aku asik mimpi dibunuh. kenapa ye?



sigh.
hanya Dia tahu.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya