Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL (Part 2)
Assalamualaikum. Lama sungguh nak dapat masa update second part ni. Hihi. Ok, last time maCy share jalan kat Galeri Kuala Lumpur kan. Then kami jalan lagi area berdekatan iaitu Dataran Underground. Memang dekat. Depan aje. Hihi. Untuk yang belum tahu, Dataran Underground tu betul-betul terletak di bawah Dataran Merdeka. Kebanyakan khiosk dan kedai masih tutup masa ni. Tapi ada satu lagi tarikan masa kami datang iaitu Galeri Mural Cheritera. Pada mulanya cuma nak ambil gambar je, tapi then ada anak muda yang cuba mempromosi galeri mural ini. Suami tak mahu masuk, tapi maCy kata jom lah cuba, boleh tulis blog. Haha. Jadi selaku suami yang penyayang, dilayankan sahaja isterinya ini.. Entrance fee RM5 untuk seorang. AqidSoleh free of course. Overall tempat tu masih dalam penambahbaikan. Ada ruangan yang belum siap sepenuhnya, digantikan dengan pameran hasil karya pel...