Monday, May 31, 2010

Ya Allah! Selamatkan Flotilla!

Assalamualaikum,


maCy sebenarnya sedang menyiapkan entry tag. Tiba-tiba menerima ym mesej dari Abang Ammar yang sedang sibuk dengan peperiksaan :

Ammar: salam..
Ammar: maC..
Ammar: minta tolong sebarkan mengenai serangan Israel ke atas flotilla: bantuan kemanusiaan ke gaza..


Ya. maCy terhenti mengetuk keyboard. Terlalu lalai dan leka dengan dunia sehingga alpa dengan nasib saudara seIslam disana sini. Segera maCy mencari-cari di mana, apa terjadi. Ya Allah, bagai katak dibawah tempurung, maCy memang leka sedangkan umat Islam dunia sedang mengutuk keras serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa lebih 10 ribu tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Konvoi tanpa senjata itu terdiri daripada 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah, dan juga aktivis dari Malaysia.

Mana mungkin mereka yang mengikuti konvoi ini dianggap sebagai membawa ancaman kepada keselamatan Israel, sedangkan niat mereka hanyalah untuk menjayakan misi kemanusiaan untuk penduduk-penduduk Gaza yang sudah lama merana di bawah sekatan ekonomi Israel.


Namun, pastinya Israel akan menggunakan alasan keselamatan untuk mempertahankan tindakan zalim tenteranya. Dan pastinya, alasan itu tidak boleh digunapakai sama sekali.


Lagi berita terkini : (dari Sini)

SHAH ALAM - Crisis Management Team (CMT), pasukan yang memantau keadaan sukarelawan Malaysia dalam pelayaran misi kemanusiaan 'Lifeline 4 Gaza' (LL4G) baru saja membuat sidang media di Hotel de Palma di sini sebentar tadi. CMT-LL4G telah mengeluarkan kenyataan medianya seperti berikut:

Gesaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas 'Flotilla' misi bantuan kemanusiaan LL4G ke Gaza

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza:

1. Sebagaimana yang dimaklumi, 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat daripada tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut:

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisme lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisme.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulama, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan daripada kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan dalam kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah subhanahu wataala menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Video boleh dilihat di (Sini)

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik, keselamatan juga kesejahteraan buat mereka semua..


p/s : Mari sama-sama doakan dan mohon sebarkan~

Sunday, May 30, 2010

Saya Maafkan Awak!

Assalamualaikum semua~

Pernah tak merajuk? maCy pernah. Dan baru juga. Tapi kali ini bukan kategori merajuk lagi. Geram! Geram dengan orang yang bergurau tak kena masa.

maCy ini orangnya boleh dibawa bergurau. Tapi, sensitif itu tetap ada, kadangkala merajuk. Tapi merajuk maCy tak lama. Pandai merajuk pandai-pandai lah sejuk. Itulah maCy.

Gambar hiasan

Dan maCy juga orangnya tak suka diganggu dalam masa berkecil hati itu. Usah pujuk. Biar maCy sejuk sendiri. Betul, maCy merajuk tak lama. Bila maCy sudah okay, maCy tak akan sebut-sebut lagi. Bukan apa, kadangkala cara orang memujuk, dia push kita. Makin kita tension adalah. Tapi, bila yang memujuk kena pada caranya, hati ini mudah lembut saja.

Dari semalam maCy tak berapa sihat, dan emo juga. Dan si nakal itu mengusik maCy berterus-terusan. Mulanya dah okay, bila fikir dia pun nak exam esoknya. Tapi lepas tu buat lagi. Geram betul.
Bergurau tak kena masa. Itulah namanya. Nasib parang tak tertanam atas kepala.

Bangun-bangun pagi, maCy memang tak buka apa-apa berkaitan dia. maCy sangat berkecil hati. Sudah dua hari rasa macam ni. Bila campur yang semalam, maCy betul-betul jadi geram.

Sesudah post entry, baru maCy tengok "karangan" dia. Bila maCy baca, maCy tahu "karangan" itu untuk maCy. maCy tutup tab. maCy buka Facebook pula. Oh, ada mesej dari dia lagi.

"mintak maaf sangat. tak berniat nak mempermainkan macy.. hanya nak bergurau. sorry kalau gurau tak bertempat n over kat macy..

sekarang dah rasa tak sedap ati. really sorry.."

Sebahagian dari text. Dan hati mula tersenyum sendiri. maCy emo betul dua tiga hari ni. maCy pun minta maaf ya, moody tak menentu~

Awak, saya maafkan awak! Kita kan kawan dunia akhirat? :)
Tapi jangan buat lagi, sebab awak saya dah buang ping box tahu tak? Senyum-senyum selalu~ ;)

p/s : Masuk tidur, dahi tiba-tiba rasa panas semula~

p/s 2 : maaf, maCy betul-betul tak blogwalk mana hari ni. Dan mungkin besok juga. Sampai kepala ni ringan macam belon, maCy jalan-jalan semula ya :)