Tuesday, April 26, 2011

Walkathon 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Okay, a boring update. Cerita kampus. Last few days my campus buat event entah apa-apa Walkathon 1 Malaysia apa entah. We had to walk about 3 km kot with national cos
tumes. Agak meriah dengan banyak juga kumpulan yang kreatif dan rajin. My class simple sahaja, busy katakan. Dan ditambah kami sebenarnya memang malas mahu pakai selain baju kurung, all those chinese costumes ke apa, malas nak cari. Sangat penat. Melaka sangat panas. Tapi apa pun gembira dapat lambai-lambai pada tourist berambut cokelat berwajah chinese. erk. :p

Inilah kami! maCy tak ada kot dalam ni. Mungkin la..


maCy tak ada gambar. Maka maCy cilok satu sahaja. hik2. By the way, baru habis satu paper. After this maCy akan sangat sibuk dengan final. Sem yang tough. The upper batch banyak spoil waktu sem maCy sekarang ni. Sangat risau. So please pray for the very best.

~Im trying very hard to update like a normal girl, with such a happy-happy mood. But life is so hectic. I
do really-really need to focus on the final too but not everything is going right and i'm kinda tired of it.

Pergi dulu. Jangan rindu-rindu ;)


p/s : celcom buat masalah. alah ada hp pun sama je. apa ada hal? ~act, my cikai hp asyik mati-mati i guess dah nak kena depends pada public phone dah. lol




Monday, April 25, 2011

lukisan penulisan

Assalamualaikum.


Melukis suatu penulisan bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana semuanya memerlukan subjek untuk dilukiskan. Tidak kira sama ada subjek itu ditemui secara kebetulan mahupun di luar kebetulan. Tidak kira lukisan penulisan itu adalah hasil pengalaman lalu mahu pun idea kecil yang terlintas setelah melihat lukisan yang lain.

Mengapa maCy bahasakan lukisan? Kerana bagi maCy ada dua jenis penulisan. Satu, yang mudah dihadam makna enak dimakan begitu sahaja. Dan dua, penulisan yang memerlukan imaginasi minda melukis semula gambaran tulisan lebih enak rasanya tetapi liatnya tak terkata.

Sekadar ingin berkongsi sebahagian tanah-tanah lukisan bacaan minda maCy, yang adakalanya memerlukan maCy menghentikan mainan lagu mp3 hanya kerana mahu mencernakan zat-zat yang terkandung di dalamnya..

_
Naz
__Hellioz

___khrlhsym
____Dark Half
_____Fared Isa
______Ghost Writer
_______Frodo Baggins
________Penulis sahaja
_________Dakwat Basah
__________syairsiparapara
___________inspirationalefeks

Kebanyakannya memang sudah gemilang di alam maya. Banyak lagi sebenarnya, tapi inilah diantaranya yang mampu ditemui tapak mereka. Tidak dilupakan AJ Nismihan yang tersangat maCy kagumi tetapi hilang blognya entah kemana harapnya sementara sahaja.

Entah bila maCy mampu duduk sebaris mereka berdiri lama-lama penat pula jadinya. Entah bila jari ini upaya mengetuk keyboard membentuk ayat secantik mereka, oh tekan biasa sudah ketuk-ketuk jahanam segera lappy maCy akhirnya.

Makan guna garpu, maCy mula merapu. Pergi dulu, jangan rindu-rindu ;)


p/s : semua manusia mahu difahami, tetapi tidak semua yg mampu berkata-kata untuk difahami dirinya.

Saturday, April 23, 2011

azfar dan najmi

Assalamualaikum.


"Umi umi! Tengok tu, banyaknya bintang!" teriak Najmi, anak kecil berkulit putih berpipi bagai donat. Jelas terpancar keriangan di wajahnya. Si ibu tersenyum melihat telatah anaknya itu yang sudah mencapai umur darjah satu. Dibiarkan sahaja dia berceloteh tak henti-henti. Makin tersenyum melihat si abang rajin sahaja melayan adiknya yang pelat dan banyak cakap itu.

"Azfar, Najmi.. Tahu tak kenapa ayah dan umi bawa Azfar dan Najmi ke pantai malam-malam ni?", tanya si ibu, lembut.

"Tak tahu, umi..", jawab mereka hampir serentak. Si ibu tersenyum, memandang ke wajah si ayah sekilas meminta dia pula berbicara. Namun si ayah menggeleng pula. Si ayah memang pendiam orangnya, memanjakan dan mendidik anak-anak dengan caranya sendiri.

"Sayang umi, lihat atas sana. Bintangnya banyak, tapi dalam banyak cuma satu yang menyerlah sekali. Luarannya terang, indah warnanya. Menyejukkan mata yang memandang, membuat hati jadi senang.. Sayang umi, lihat sana pula, ada bulan. Cantik bercahaya. Tapi sebenarnya itu bukan cahayanya. Matahari tiada di malam hari kan? Tapi cantiknya bulan kerana cahaya si matahari yang meminjamkan cahaya teriknya untuk mewarnai bulan. Jadi , umi mahu Azfar dan Najmi jadi seperti bintang dan matahari ya..", cerita si ibu penuh semangat siap dengan gerak tangan sekali. Tetapi risau pula kemudiannya melihat anak lelakinya yang terlopong keduanya. Si ayah mula tertawa.

"Bahasa awak tu tinggi sangat agaknya, mana budak-budak ni nak faham"
, kata si ayah mengusik. Si ibu mencebik kemudian senyum semula. Ada benar juga kata si ayah itu.

"Anak ayah, dengar sini. Allah sudah ciptakan alam kita ni indah sangat. Cuma kita yang kena bersyukur, kena buka mata. Dan, Najmi itu maknanya bintang. Jadi ayah dan umi mahu Azfar dan Najmi menjadi seperti bintang. Cantik luarnya, cantik dalamnya. Semua orang suka. Tapi mahu disukai bukan hanya boleh luaran semata-mata, perlu dihias dengan akhlak mulia. Azfar pula maknanya matahari. Jadi ayah dan umi mahu Azfar dan Najmi jadi seperti matahari juga. Walau hanya kelihatan di siang hari, tapi tetap berjasa walau di malam hari. Tidak kisah membantu, itu perlu. Faham tak ni?", sambung si ayah. Puas juga mahu menjelaskan dengan bahasa yang mudah. Bimbang jika dia pula ditertawakan isterinya.

"Faham ayah. Kira macam kena bersyukur lah kan. Dan kena jadi orang baik-baik dan berguna. Tak mahu nama Azfar dengan Najmi sekadar nama, kan", kata Azfar penuh yakin.

"Ooh. Paham-paham", jawab si Najmi tidak mahu ketinggalan. Si ayah dan ibu tersenyum keduanya.

"Pandai pun. Sudah, makin malam ni. Mari pulang.."
, ajak si ibu.

Mereka akhirnya meninggalkan daerah rumput pasir. Memulangkan kesunyian malam sambil berjalan menuju ke kereta berpegangan tangan keempat-empatnya.

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti." (Surah An-Nahl Ayat Ke-12)


p/s : Masih lost lagi dalam penulisan. what the fishcake. 2 jam buat entri ni, tapi ini bukan hasil yang diharapkan T__T

Thursday, April 21, 2011

nombor kosong

Assalamualaikum.


"Jika mahu jadi kosong, jadilah kosong di sebelah kanan."


p/s : dalam mode exam, doakan kejayaan maCy ya :)

Wednesday, April 13, 2011

kapal terbang kertas

Assalamualaikum.



semalam
aku temui satu kapal terbang kertas
renyuk kelihatannya
kubuka renyukan perlahan
ada tulisan yang hampir padam
kubaca sepatah kata
ah, kisah semalam
kurenyukkan semula

kuhampar sekeping kertas baru
putih warnanya
ku ukir tulisan dengan pena mata biru
kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru
pantas aku berlari ke tingkat tinggi
membiarkan lelah
dan aku berdiri
lalu melancarkan kapal terbang kertas itu
dengan satu harapan kabur
tapi aku pasti, itu yang aku mahu
dan pasti, itu yang terbaik buatku


p/s : putih warna pilihan, biru sebagai peneman.

Friday, April 8, 2011

cikgu, ajarlah kami..

Assalamualaikum.

Bulan lepas seperti sem-sem sebelumnya maCy ke sekolah untuk menjalani SBE (School Based Experience). Kali ini maCy ke sekolah seorang diri gara-gara mahu ke sekolah yang betul-betul dekat dengan rumah. Sekolah yang paling dekat dengan rumah sudah maCy spare untuk SBE akan datang. hihi

Walaupun seorang, segalanya masih lancar, guru-guru yang baik dan pentadbiran sekolah yang licin. maCy sangat suka ke sekolah. Lebih suka apabila diminta menggantikan guru yang tidak dapat hadir. Memandangkan hujan sepanjang minggu, maka kelas Pendidikan Jasmani digantikan dengan Pendidikan Kesihatan.

Hari pertama maCy tidak mengajar, sekadar mengajak murid-murid bermain di dalam kelas. Kerana silibus Pend. Kesihatan tahun 4 dan 5 berkenaan seksualiti. maCy kurang arif sama ada maCy harus 'direct' atau bagaimana dalam menerangkan mengenai perubahan fizikal am lelaki dan perempuan setelah mencapai umur baligh. Tambahan pula sebenarnya maCy memang belum punya lesen mengajar. huhu

Kisahnya yang ingin diceritakan di sini, maCy ada memasuki kedua-dua kelas pertama 5A dan terakhir 5E. Kelas pertama seperti biasa eager untuk belajar. Beria-ia meminta maCy mengadakan kuiz Sains. Bersemangat untuk belajar, sentiasa berebut-rebut untuk membantu guru walau hanya untuk memadam papan tulis tetapi ada yang sedikit ego dengan kepandaian mereka.

Kelas terakhir? Hm.. Nakal. Banyak mulut. Ceria. Tapi yang perempuannya tersangatlah pasif. Diajak bermain 'teka apa', menyanyi dan bercerita. Akhirnya bergaduh kerana kalah dalam permainan. Maka merasalah mereka dimarahi cikgu maCy ini. Semua duduk di tempat masing-masing tanpa sepatah kata, hanya bebelan maCy yang kedengaran.
Kelas mulai sepi. Kemudian, buka mulut sedikit sahaja, mereka sudah mula tersenyum semula. Sudah lupa yang mereka baru sahaja dimarahi terutamanya si nakal yang menghentak-hentak meja dan menolak rakan itu tadi. Sudah meminta maCy bercerita semula :)


Sebelum keluar kelas, maCy sampaikan pesanan terakhir, menyuruh mereka belajar rajin-rajin dan sebagainya. Memberi ingatan sekali lagi kepada yang dimarahi tadi. Cuma satu yang terbekas sehingga hari ini. Sebelum keluar, salah seorang daripada mereka berkata, "Cikgu, tolonglah ajar kami. Kami ni bukan pandai pun..". maCy terdiam, lebih-lebih lagi melihat mata ikhlas dia yang berkata-kata.


Ya, maCy tidak pernah duduk di kelas terakhir, maCy bukan seorang murid yang terlalu lambat belajar. maCy bukan murid yang selalu memakan rotan dan penampar. maCy tahu, mereka di kelas terakhir bukan jahat, cuma malas belajar sahaja. Digilap sedikit, pasti berjaya.. Tapi pernah juga maCy melihat murid-murid yang lambat belajar ini dilempar bukunya ke luar dari tingkat dua..

Dan hari ini, maCy sangat berharap, maCy dapat menamatkan pengajian maCy di IPG ini, dan keluar menjadi guru yang mampu mendidik semua anak-anak muridnya sehingga berjaya..


p/s : tahun depan sudah mula praktikum. fuhh =="

Thursday, April 7, 2011

teman blogger

Assalamualaikum.


Pertumbuhan blogger baru bagai semut menghurung saat gula terjatuh ke lantai. Banyaknya tak terkata. Dan begitu juga kehilangan seorang demi seorang blogger yang entah ke mana. Tak kurang juga yang updatenya sudah mula perlahan, bagai nenek tua yang sukar mahu berjalan.

Hilang. Termasuk maCy pernah suatu hari dahulu. Hampir 2 bulan lamanya, membuatkan ramai yang bergelar sahabat asyik bertanya. Tak kurang yang meninggalkan jejak di petak komen bertanya ke mana hilangnya tuan teratak merah hitam putih ini. Berehat, itu sahaja yang mampu dikata.

Kata mereka, blogger tegar bukan mudahlah mahu meninggalkan arena ini. Keseronokan membaca dan tulisannya dibaca, juga keseronokan membina jaringan persahabatan sesama blogger yang tidak ternilai kuat ikatannya. Tidak percaya? Tanya sahaja pada mana-mana blogger tegar yang merasakan menulis itu satu passion yang tidak terucap, tanya mereka siapa pendengar dan penasihat terbaik saat luka kembali berdarah, atau saat si gagah yang tiba-tiba saja tersungkur ke tanah.

Bukanlah mengatakan bahawa sahabat di luar tidak sebaik sahabat di dalam ini, cuma, blogger atau penulis kebiasaannya mempunyai satu sifat memahami dan menerima yang tidak tertanding. Di saat mereka di luar memandang jelek pada sesetengah antara kita, saat itu masih ada di antara kita yang masih sudi menerima dan masih sudi memberi kata keramat yang membolehkan si tempang kembali berlari. Bukanlah semua, barangkali maCy bernasib baik kerana dikurniakan sahabat blogger yang merangkap sahabat dunia akhirat kini. Bukan sekadar penambah bilangan komentar pada ruangan komen tapi juga penambah ceria hari-hari yang malap adakalanya.

Kata Pena Marhaen di suatu hari, "Aku kagum tengok kau semua, kenal di blog, di FB saja tapi rapat macam dah kenal lama.". Tersenyum saat maCy membaca tulisannya itu di ruangan chat FB. Tatkala itu beliau memperkatakan mengenai maCy dan rincatherine terutamanya yang ada saja cerita untuk dijadikan bahan ketawa. Dan pabila salah seorangnya berduka, ada sahaja cara yang diusahakan untuk mengukir senyuman semula. Bagaimana boleh begitu? Mudah, hanya dengan memahami dan menerima..

Itulah namanya sahabat, bukan hanya teman kala suka, tapi juga tongkat kala duka. Buat sahabat yang maCy kenali di teratak Aku, Kau dan Mereka ini, di semesta mana-mana blogosphere, mahupun di mana-mana rumah di alam maya, dengan rendah dirinya maCy ucapkan 150 juta terima kasih.


p/s : masih mode sibuk. belum sempat menjengah ke rumah-rumah maya:)

Tuesday, April 5, 2011

dilema

Assalamualaikum.


Just a day before yesterday I decided to keep on blogging here. But today somebody just warned me, "Jangan galak sangat blog, ingat study tu!".

Lol. Ayat rekaan sebenarnya tapi itulah makna yang dihadam. Antara berhenti, atau memperlahankan gear di bawah gear 1. "Nak berhenti lagi? What people says?", kata Encik Psychopath pula.

I admitted that I spend so much time on blogs. Tanpa menulis pun maCy akan membaca. Dan menulis itu satu passion sebenarnya. Dan untuk menulis satu entri yang konon-kononnya berkualiti ini memerlukan setengah jam sekurang-kurangnya. Dan paling lama pun sejam mungkin. Bergantung pada isi dan jenis penulisan yang dibawa.

Kata mereka semua ini pembaziran masa. Kata mereka semua ini mengganggu studi sahaja. Kata maCy? Siapa maCy untuk berkata-kata? Kata maCy blog ini satu pengisian yang benar mengambil masa tapi tidak mengganggu belajar. Assignment masih siap. Pointer? Pointer? Tidak hebat, tidak teruk. Sederhana sahaja. Pernah hampir gagal, tetapi di blog juga maCy mendapatkan terapi jiwa.

Tapi, untuk sekalian kalinya menerima ingatan sebegitu, yakni untuk kurangkan, atau berhenti terus di arena blog ini, maCy mula mahu cuba memikirkan apa sebenarnya yang sebaik-baiknya. Dan di sini, keputusannya maCy akan terus menulis. Cuma, tidak kerap seperti dahulu. Akan pasti melawat juga sesekali. Itulah keputusannya. Adil, untuk yang memberi ingatan, juga untuk yang diperingatkan.

Lebih baik kurang dari tidak langsung, bukan? :)

Salam sayang. maCy~


p/s : terima kasih atas ingatan, terima kasih untuk pembaca juga :)

Monday, April 4, 2011

kata-kata

Assalamualaikum.


Dalam mata karbon diatur geraknya oleh tulang dan sendi jemari yang memegang erat sebatang pensel bertulis 2B di tepi, minda berlari-lari memusing ceritera kisah lampau, ada yang menggeletek menghilai tawa dan ada pula yang mencucuk-cucuk sehingga perit rasanya. Ada juga yang sekadar angin lalu yang tiada memberi kesan baik di luar mahupun di dalam.

Aliran darah dalam kepala semakin deras rasanya saat larian tiba pada memori yang mencucuk-cucuk itu tadi. Sakit, perit malah membuatkan jantung berdetak laju luar dari pada biasa. Kemudian dihela nafas dalam-dalam, ditahan dan dihembus perlahan. Dihela lagi dalam-dalam, ditahan lagi dan dihembus perlahan sehinggalah detakan jantung kembali menjejak normal dewasa.

Luka. Pastinya menyakitkan. Tapi sebenarnya luka itu bukan terbatas pada peninggalan pengalaman yang menitiskan air mata. Tapi luka itu juga boleh jadi dek kerana dihiris ayat kata penuh makna.

Makanya jika tidak mahu terluka luarnya usah berani bermain dengan pisau. Dan maka jika tidak mahu berdarah dalamnya usah pula berani bermain dengan kata-kata.

Lidah itu tajam seperti pedang, ukiran huruf hasil mata pena pun mampu meninggalkan kesan mendalam.

Menulislah, bagi yang berani. Membacalah, bagi yang cekal hati.


p/s : masih lost. rasa seperti baru dilahirkan semula. dan terima kasih atas segala sokongan dan kata rindu semua :)

kepulangan

Assalamualaikum.

Pintu bilik diketuk berkali-kali. Perlahan gadis berbaju kurung cotton putih berbunga merah kecil membuka pintu. Sedikit sahaja, cukup-cukup untuk melihat mata dan mendengar suara.

"Putih, bila lagi mahu keluar? Lama sudah terperuk di sini..", kata Merah Jambu memulakan bicara.

"Putih masih belum bersedia kakak..", jawab Putih, ringkas.

"Sampai bila? Sampai matahari terbit di ufuk barat? Sampai Robin Hood menghantar lamaran ke rumah?", tanyanya lagi sambil mengenyit mata.

"Kakak ni! Sengaja kan mahu mengusik Putih lagi.. Ada-ada saja..", Putih mula membiarkan pintu luas terbuka dan melangkah perlahan lalu duduk di penjuru katil.

Cepat-cepat sahaja Merah Jambu duduk di sebelah Putih. Macamlah pintu itu akan tertutup tiba-tiba. Dipandang wajah si Merah Jambu. Merah Jambu itu adalah sahabatnya yang sudah seperti kakaknya sendiri. Malah dianggap seperti kekasih juga. Senyap sebarang sehari dua mulalah akan gusar hati memikirkan mana hilangnya.

"Putih, semua mula merindui Putih. Putih yang dulu. Putih dengan emosi ceria, bukan Putih yang nama saja Putih tapi emosinya hitam. Ditambah pula disiram cahaya matahari, semakinlah hitam legam.", kata Merah Jambu diekori ketawa kecil.

Putih mengetap bibir. Geram sungguh dengan si Merah Jambu yang gemar mengusik. Mengusik dia yang meminati cerita Robin Hood sejak kecil, dan menjadi peminat setia objek langit terutamanya matahari. Malah sering sahaja perasan dialah bintang kecil yang paling terang cahayanya!

"Putih, keluarlah. Jadilah Putih yang dulu. Putih yang sensitif pada manusia, sensitif pada objek tak bernyawa, sensitif pada semua. Juga putih yang sedang belajar menjadi pemikir yang bijaksana. Turut belajar mengawal emosi yang menguasai diri dua per tiga. Keluarlah Putih, keluarlah. Keluarlah dalam bentuk kata di teratak Aku, Kau dan Mereka ini sekali lagi. Kembalikan Putih yang dulu. Dan kuasai semula diri yang mula beranjak ke arah yang satu lagi!", Merah Jambu menyambung bicara. Dihadiahkan Putih dengan hadiah senyuman penuh pengharapan sebelum berlalu pergi.

Suasana kembali sepi seperti asalnya.

"Dan kuasai semula diri yang mula menganjak ke arah yang satu lagi!"

Kali ini kata akhirnya benar-benar mencucuk jiwa. Benarkah, aku mula berubah? Benarkah, sebenarnya menulis itu sejak awal menjadi terapi jiwa tanpa aku sedari? Benarkah, tulisan ini menjadi hiburan bagi segelintir, biarpun tidak semua sudi membacanya... Benarkah?


p/s : Kekok. Bagai cubaan pertama.