cinta pertama
Assalamualaikum. Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa. Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa. Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur ja...