Posts

Showing posts from 2020

Kata-kata yang Baik

Image
Assalamualaikum. Hari ini, sering sahaja kita melihat tulisan-tulisan yang ditulis yang tidak cantik di mata. Sekalipun, cantik itu subjektif, tapi pastinya jelas kata-kata yang baik dan sebaliknya. Misalnya, seseorang berkongsi cara menyimpan pakaian solat dengan betul. Lalu hadir pengkritik hebat dengan pelbagai kata-kata seperti ; "Mana dalilnya?" "Rumitkan buat apa, Islam kan mudah." "Dia je bagus." "Tak sah ke kalau tak simpan macam tu." Kemudian seorang wanita berkongsi menu hariannya. "Ini antara menu harian saya, saya tak amalkan makanan bergoreng terutamanya untuk anak kecil." Lalu ditikam pula bertubi-tubi ; "Dia je jaga anak bagus." "Kita bagi makan bergoreng tak sayang anak agaknya." Dan pelbagai kata-kata lain. Jika dibaca dengan santai dan hati terbuka, sebenarnya tiada isu menidakkan atau menghentam cara orang lain. Sebaliknya, komen yang tidak baik itu menunjukkan bahawa kita 'terasa' meskipun

PKP Satu Pengalaman Baharu

Image
Assalamualaikum. Setelah sekian lama menyepikan diri. Sekali sekala kita menulis kembali. Musim PKP ini banyak mengajar kita pelbagai pengalaman baharu. kredit : imej Google Belajar untuk bersabar dan menyelesaikan masalah semampunya. Pastinya masing-masing punya masalah tersendiri.  Malah, ramai juga yang berjaya mengisi masa dengan pelbagai perkara baharu yang belum pernah dicuba. Mencuba menu masakan baharu, barangkali membeli secara online buat kali pertama, mendekorasi rumah masing-masing, atau mungkin mempelajari skil baharu seperti menjahit dan bertukang. Kita juga berjaya mendisiplinkan diri bagi mengikuti norma baharu demi kepentingan kita bersama. Mengetepikan sikap mementingkan diri kerana barangkali kecuaian kita mampu memberi impak yang besar kepada kenaikan kes-kes positif Covid-19. Jasa dan pengorbanan petugas di barisan hadapan semakin dihargai. Pelbagai pihak turut memberi sumbangan bukan sahaja dari aspek kewangan dan material, tetapi juga tenaga dan idea.