mimpi seperti itu lagi
Assalamualaikum.. Mode, masih busy. Ingin benar maCy blogwalk seperti zaman kegemilangan banyak masa dahulu. Tapi apakan daya, tiada masa, juga broadband maxis maCy enggan bekerjasama. maCy baru pulang dari Kuala Lumpur, mengisi ruang masa dengan bertemu sahabat karib, atul kerana membatalkan niat untuk ke reunion di Seremban memandangkan ramai diantara geng kamceng tidak turut serta. Di sana, maCy berpeluang untuk bertemu dengan sahabat baru, ain . atul : ni la maCy.. ain : kenal-kenal.. blogger tu :D erk. segan rasanya bila dikenali bukan sahaja sebagai rakan atul tetapi juga sebagai blogger. Banyak juga yang ditanya mengenai blog, seperti adakah semua entry adalah buah fikiran sendiri, (bukan copy paste). Kemudian di velo sekali lagi beliau memperkenalkan maCy sebagai seorang blogger kepada seorang lagi sahabat baru. Nama jejaka itu tidak pula maCy ingat tetapi walaupun beliau tidak begitu mengetahui kewujudan maCy, beliau sekurang-kurangnya mengetahui bahawa maCy p...