Posts

Showing posts from 2011

Oh Yusry KRU!

Image
Assalamualaikum. Semua pun tahu kisah Lisa Surihani dan Yusry KRU kan. Selamat berbahagia keduanya. sroooot~ I was a big fan of KRU. Err, I am, still. Cuma sekarang KRU sibuk dengan produksi mereka jadi kurang lagu hot hot seperti dahulu kala.  When I was about 4 to 5 years old, few of my cousins and siblings buat macam dancing competition saja saja dalam rumah. My sister and cousins buat lagu irama Malaysia, lagu Siti Nurhaliza dan apa tah lagi. The older cousin pasang kaset pada radio, dan uruskan penyampaian hadiah which was we all guna piala-piala abang kakak dalam sukan. Like real. huhu I could still remember one of my cousin terjatuh waktu menari then dia buat-buat macam sengaja bagi terjatuh, like it was one of her dancing part. haha. And me? I chose untuk menari lagu rap KRU and I managed to make one step which got a big clap from the 'audience' aka my cousins and siblings tu. See, I am their big fan since I was a kid. And surely my bigg

renungan

Image
Assalamualaikum Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram. Renung-renungkanlah dah selamat menuntut ilmu serta mengamalkannya! :) -->

Perlukah subjek Pend. Islam diwujudkan di universiti?

Image
Assalamualaikum. Subjek Pendidikan Islam. Bunyinya seperti sering didengar, kelihatannya seperti tidak penting sahaja, bukan? Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan telah membelakangkan aspek rohani. Sehinggakan seringkali disebut singkatan JERIS berbanding IRESJ iaitu keutamaan pada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berbanding membawa aspek rohani ke hadapan.  Benar, masing-masing sudah mulai meningkat dewasa maka santapan rohani boleh diusahakan oleh individu itu sendiri berlandaskan kesedaran kendiri. Namun, selantang mana kita membuah bicara, masih tidak dapat menafikan tegarnya gejala keruntuhan akhlak yang kita hadapi era ini. Jika di universiti boleh diwujudkan subjek untuk membekalkan kemahiran komunikasi kepada para siswazah demi menghadapi temuduga juga alam pekerjaan, mengapa tidak boleh diwujudkan satu waktu untuk Pendidikan Islam bagi membekalkan peringatan buat bekalan sepanj

triffles + Novel Noor Suraya

Image
Assalamualaikum. Tadi Intan Maisarah call. A good blogger friend, my twin my sweetheart my darling. Remind me on Asada Ryutaro, Rin Catherine, Lucifer, Iqbal Syarie, etc etc yang dahulu sama rajin update sama rapat dan kini masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.  People changed, so do I. Um, tadi maCy pergi kedai buku tau. Terjumpa buku 'Oh, Mudahnya Menjahit Baju Kurung' tapi finally hampir-hampir bayar maCy tukar dengan Majalah Solusi.. Sebab.... Boleh ke belajar benda praktikal macam tu melalui pembacaan sahaja? Geram pula tak beli tadi. Oh, see apa yang maCy buat semalam. Triffles! Tapi rupa tak cun. Apa yang penting, rasanya memang yummeyh! Haha. Plan mahu buat apam polkadot hari ini sebenarnya. Tapi mak bising suruh habiskan dulu apa yang ada. Huu~ Few friends keep asking me to write novel. Tapi kan... I hardly read one, so how can I write one? Even cerpen pun ya Allah malasnya nak baca. The only novel maCy habis baca seumur hidup ad

the only puding this year

Image
Assalamualaikum. Here I come. Sebulan without updates. My eldest brother ke Mekah jadi sibuk jaga anak-anaknya 6 orang. Tambah-tambah selalu kakak balik bawa anak-anak saudara lain, jadi penuhlah rumah. Cuti panjang tahun ni sebenarnya maCy berangan nak belajar menjahit dengan mak. Tapi tak berkesempatan. Main masak-masak pun tak sempat. Baru semalam mula. Tapi bahan pula serba tak ada. Jadi dapat buat benda simple dengan apa yang available sahajalah. Puding karamel yang sangat lah simple bahan memang surely available dalam almari dapur. Dikurangkan manis agar boleh dimakan oleh abah yang tak berapa nak boleh makan manis tu. Tapi dibantai durian banyak-banyak aci pulak. ==" Aiskrim laici. Ala-ala main masak-masak dengan adik-adik je buat ni. Haha. Tapi my nephew and niece tersangat lah suka. Nama pun aiskrim kan.. How I wish my sister, Kak Sya ada dengan maCy. Boleh buat sama-sama. I love pudding while she loves to bak

cinta pertama

Image
Assalamualaikum. Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa. Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus  nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa. Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur janji

i heart you

Image
Assalamualaikum. I'm appreciating someone who always make me a priority and never ever make me an option. It's him.   ;p mr. defender alan no.3, ily~

legging with tudung

Image
Assalamualaikum. Legging with tudung. What's that? It is not trendy at all. You doesn't look pretty at all. You won't be called fashionista (by me). You look terrible of course.  Dear sister, what's the purpose of wearing tudung in the first place? Think! Isu ni dah lama, I couldn't stand anymore.

Good Time

Image
Assalamualaikum. A week before final exam. This semester going just great. Seriously.  Having great circle of friends during School Based Experience Our Science Fair been praised by everyone :) Dapat makan almost everything I craved to eat. Pizza Hut, US Pizza, Secret Recipe, Seoul Garden.  This semester I really put all my stress onto food. Then now my pocket is empty. Huu Having good friends. She is one of them. We commonly have same taste esp in foods and movies. That's why its fun to bring her along :) And ah, one the thing I love most is to be able to capture memories even without a DSLR. hihik Trip to FRIM and Zoo Negara was light and fun. Short trip we ever had. Just to let us carry out our practical task.  Trip to Tg Piai was fun. It wasn't the trip organized by us, so thanks to da senior :D    Taman Rama-Rama, Melaka. Menumpang task BIG cikgu-cikgu senior. Thanks to Pn. Rohaya, my lecturer sebab ajak me a

dear ex : quote

Image
Assalamualaikum. Dear ex, just because I'm nice to you, doesn't mean I want you back. Sincerely, I'm just a nice person. Just quote. Nothing to do with personal life. I once, create a signature. A combination of two names. But it was in the past, currently I'm too busy falling in love with my summer <3

Pandang Pertama

Image
Assalamualaikum. Pandangan pertama. Perempuan mudah jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar, sedangkan lelaki mudah jatuh hati pada apa yang mereka lihat. Tapi itu sebenarnya bukan apa yang mahu dibicarakan kali ini. Tetapi berkenaan dengan pandang pertama atau kata lainnya, first impression. Dibaca dari satu teratak yang sering saja membawa maCy ke laman pemikiran di luar kotak, kali ini mencuri sedikit isi dengan penulisan dan perkongsian yang dasarnya sama tapi berbeza cungkilan ideanya. Dipetik dari sana, "Segala macam benda dan pakai, tak lebih dari wasilah kehidupan.  Jadi, jangan menghukum sebelum mengenal." Sembilan ratus sembilan puluh sembilan kata setuju, kerana kata-kata itu ada benarnya. Kata mereka, luar cantik  dalam tak semestinya sama. Adakalanya fizikal luaran masih belum mampu menterjemah hakikat individu itu sendiri. Ada yang luarnya pakai mewah, tapi sebenarnya hutang mencekik darah. Adakalanya pakai sedang-sedang sahaja, tapi p

Undilah

Assalamualaikum. maCy rasa dah ramai pun tahu tentang video ni. maCy first tengok video ni dari blog delarocha tak silap. I posted at my FB tapi tak sempat mahu post di sini. I knew that some of us don't really like the video. Mungkin kerana lebih banyak pihak pembangkang berbanding sisi government. Tapi perlu admit sebenarnya memang ada banyak mesej tersirat, yang baik kita telan yang buruk kita recycle.  Some people say they don't wanna vote at all. Tapi bagi maCy, satu undian pun penting untuk tentukan masa depan negara kita. Ingatlah, walau apapun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita Weeks without update. Exam mode.

penantian

Image
Assalamualaikum. Senja yang dilitupi langit merah kian hilang diganti gelap langit malam. Kaki masih lagi terjuntai di kaki beranda. Memicit butang telefon bimbit yang masih terkunci. Sengaja dipicit kuat-kuat buat lepas geram penantian khabar kekasih hati yang sudah lama berdiam diri. Kau sedang sibuk. Begitu juga aku. Tapi di mata aku kau masih kelihatan tiap malam di dada langit. Di hari siang wajah kau tetap juga aku terbayang seakan menemani pemanduan aku sehari-hari.  Kelopak-kelopak bunga yang kau hadiahi kemarin sudah mulai layu selayu rasa hati aku saat ini. Cuba aku cari ke mana hilang harumannya. Senyumlah, kerana harumannya masih mekar di dalam jiwa. Secebis lagi kisah cereka duka. Lama aku menghirup perit luka dari merasa manisnya gula-gula kapas. Sehinggakan aku hanya pandai mengait kata duka dari memahami indahnya menikmati pelangi petang. Bahagia aku, izin biar aku sahaja yang tahu. Kerana bahagia aku seisi dunia turut mahu cemburu.

::. kapal terbang kertas

Image
Assalamualaikum. Kapal terbang kertas ada nota. Dilempar terbang hinggapnya pada siapa? Introducing my second blog, kapal terbang kertas . Ruangan catatan pendek, catatan jiwa merdeka. Just quotes and short thought. Teratak ini masih nyawa~

Final SBE '11

Image
Assalamualaikum. I'm supposed to prepare for my next micro-teaching this Friday. My friend hit me real hard just a few moments ago because since I haven't prepare ANYTHING . ha ha. The schedule is too pack so I really shouldnt postpone any longer. Back to the topic. Actually this cerita is a basi one but I still wanna share with you readers because it was my forth and last school based experience (SBE) and it was the greatest SBE among all. Next semester I gonna face practical phase already. Fuuuu~ It was great, seriously. There were 15 of us. I'm the only one from Malacca campus, and the others were from kampus Antarabangsa, Kota Bharu, Kuala Lipis, Cheras and Sultan Mizan.  15 of us! Big thanks to Mija, Nad, Elliey, Norus and Aina. Six of us were sOoo close so mostly we spent all the time together, even when we entered classes.  Nad, Aina, Norus, Mija, Elliey, maCy There were 15 of us but I felt like there were just 13 of us.

life

Image
Assalamualaikum. Life is not about yourself but it involves people around you. Family, friends, lovers, and even stalkers. I don't care how much you hate me. cz its hurting yourself, not me. p/s : alang, Rawr =)

raya. short update

Image
Assalamualaikum. Salam aidilfitri salam merdeka everyone! My sister is getting married this Saturday so we are quite busy with the preparation. Seems like everyone is enjoying their raya holiday. Twitter sangat kosong. Facebook pun kalau dapat 5 likes pun cukup baik. hihi. I have a lot to write actually. Merdeka. Raya. Previous SBE (School Based Experience). Tapi sibuk. That's why sometimes I am just updating a short meaningless crap. huhu   Me and my second nephew on 1st raya. It wasnt baju raya actually. But that orange kain was given by someone so I made it into baju kurung and wear it on 1st raya :) That's all for now. maCy mahu sambung buat bunga telur pula. Janeh! :) Rumah mula penuh dengan siblings and kids. Family is the greatest treasure :)

tunggu sekejap

Assalamualaikum. tunggu sekejap! aku belum bersedia. tunggu sekejap! amalku belum cukup sempurna. tunggu sekejap! *zap* maaf. kini sudah tiba ajalnya. tunggu sekejap angan cuma. Ilham tulisan AkuBukanMalaikat Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua. Ikhlas dari Macy Humaira, dan teman SkandaL dariLangit.

diari ramadhan ke 26

Assalamualaikum. Ramadhan ke 26. Bunyi kipas menyentuh gegendang telinga. Halus sahaja.  Sebentar lagi Imam  akan melafazkan niat solat tarawih rakaat ke-9. Beransur hilang suara anak-anak kecil berlari. Suara anak dara serta mak dara bergurau senda juga hilang akhirnya.  Mata meliar sebentar ke kiri kanan hadapan serta belakang. Kiri kanan dipenuhi wanita-wanita berusia yang sudah berkedut kulit wajah mahupun tangannya. Di hujung kiri ada seorang wanita tua duduk di atas kerusi sahaja. Meliar pula mata ke hadapan. Di tengah saf kedua lelaki barangkali, seorang lelaki bertubuh melidi juga di atas kerusi. Sakit pasti. Tapi tetap menggagahkan diri menyahut seruan malam-malam terakhir Ramadhan. Dikilas badan ke belakang. Mencari raut wajah tegang, wajah gagah serikandi ummah. Ada. Melunjur kaki di sisi dinding sambil menekan punat telefon bimbit. Ada nya aku pada hari ini di sini, sekali dalam jarang-jarang, sesekali dalam sekali-sekala. Di mana aku pada saat ini pada hari semalam? Ji

mitos

Image
Assalamualaikum. Menyisir rambut panjang separas bahu yang legap warnanya. Duduk di hadapan cermin memantul cahaya matahari terang menjadikannya perang warnanya. Memandang langit tinggi, cerah namun mendung langit seakan mahu menemani hati yang sedang bergelodak rasa entah apa-apa. Kembali melangkah perlahan memandang cermin. Hukum fizik meletakkan pantulan objek dan pantulan imej sama darjahnya. Memantulkan imej sebuah kotak kecil jingga warna.  Apa di dalam? Hati berbisik seakan tidak mahu tahu. Tapi hati di ceruk paling dalam sedia ada tahu. Sebentuk cincin silver bersaiz 8. Kecil sehalus jari tuan empunya badan.  Gadis bertubuh kecil itu berpaling. Namun mata kembali membalikkan cahaya menangkap imej kotak hadiah pertama si dia. Dibelek perlahan dibuka sengaja.  Lekas! Hati mendesak keras. Lalu berlari gadis bertubuh kecil itu menggenggam sebentuk kenangan lalu menuju ke tasik tinggalan 200 meter dari lokasi teratak kediaman. Dalam mengah nafas dalam ad

me

Image
Assalamualaikum. Yesterday I was ME. Today I am ME. Can't you see the difference? p/s : Thanks to Intan Maisarah for her raya card, and that note :) And thanks to you too for the BIG green raya card, with no name. Sweet ^^

beloved

Image
Assalamualaikum. To the one in maroon, I'll be there at KLIA to wait for you. Welcome home. No matter how fun it was in Melbourne, Australia, I hope you'll be missing me like I do. I miss you more than words can say. I do waited for you everyday on skype, hoping that you're online to make a video call. So I can listen to your voice, so I can see your pretty face.  And... I wanna ask you a favor. Can you please don't ever leave me again? Love,  ur lil sister. p/s : ur getting married. we won't be able to chat d whole night again. aite?

spread love, not hate

Image
Assalamualaikum. Think. p/s : life is so hectic. i need time to blog. to read. to hang out. to work less.

kesayangan

Image
Assalamualaikum. Lagu Random Awesome-Yuna sebagai latar. Permulaan hari yang menyenangkan. Hari berganti hari, masa silih berganti. Burung-burung berkicauan penuh gembira. Tupai kelihatan berlari berkejaran riang tak terkata. Senyuman manis terukir. Panggilan telefon awal sejam sebelum kalimah seruan solat subuh kedengaran masih terngiang-ngiang lagi.  Bualan kosong. Sekadar mengejutkan gadis biasa-biasa ini untuk bangkit bersahur setelah semalam terlepas mengejar pahala sunat itu adanya.  Pernah satu ketika cerita lama bermain tanpa diminta dirayu pergi tetap adanya tapi kali ini ia tewas tampaknya. Benar seperti dikata, memori lalu tak akan pudar sendiri tanpa ada memori baru yang lebih baik hadir mengganti. Tersenyum lagi. Andai hati ini punya empat musim semuanya, pasti kali ini musim luruh saatnya. Bila tiba masa, musim bunga pasti menjelma. 12 Ogos 2011. Selamat hari lahir yang ke 24, buat kesayangan, buat dia. Dia yang menghidupkan aku kembali dari

yang mudah dirasa susah

Image
Assalamualaikum. Telefon bimbit. Awalnya tidak pandai untuk mengoperasikan model terbaru, akhirnya menjadi cekap kerana sering menggunakannya.  Memandikan mayat. Memandikan mayat itu lebih mudah berbanding memandikan budak kecil. Mayat statik tanpa gerak, kanak-kanak melompat adakalanya sukar dikawal. Tetapi kita merasa susah kerana tidak mahu mencuba,  tidak mahu belajar, menganggapnya sukar dan mengkomplekskan yang sunat seperti ianya wajib. Agama itu mudah. Tetapi menjadi susah kerana tidak mengamalkannya. p/s : selamat beribadah semua. maaf atas kesibukan. tidak berpeluang menjenguk dan berkongsi ilmu. Gambar atas tu tak ada kena mengena, sekarang tengah mode assignment siapkan video guna kartun cicak dengan siput tu. huhu

quote #love hate

Image
Assalamualaikum. "I don't have time to hate people who hate me because I am busy loving people who love me." p/s : not in such a stable emotion. err, not because being hate by anyone. this quote is specially dedicated to my sweetheart Syafiqah Amirah. ;) p/s ii : sara, dakcomot, fay, iema, zaizax, rin~ err you guys still my sweet lolypop too. miss ya! :)

lagu dan isinya

Image
Assalamualaikum. When I was still a teenager, err meaning zaman sekolah I was into English songs. Memang tak tahu lagu bm langsung. I listened to MCR, Avril Lavigne, Linkin Park, etc. Kena lah dengan soul pada zaman itu. Dan maCy akan rasa sangat tensionnya ! bila dengar lagu yang terlalu slow. Hati keras, degil, always dengar lagu kuat-kuat bila besar ni seriously I can feel the effect, a lil sound trouble @_@ As I grow up, ke tempat baru, kawan-kawan baru, maka environment baru. Err and honestly having a boyfriend pun buat hati lebih lembut. Lol. Then I started to listen to slow music and malay songs. But that isn't what I wanna share today. That's just for the introduction :p Pada satu-satu lagu, maCy lebih tertarik pada lirik dan bahasanya. Lagu yang paksa maCy concentrate untuk fahami isinya.  Contoh, mari compare : Lagu ni sedap, tapi penyampaian makna sangat direct. Dengar masa laloq pun boleh faham. Lagu ni? Bahasa sangat cantik! And meaningful. Lagu ini? The

DSLR. everyone's dream but not mine

Image
Assalamualaikum. maCy rasa hari ini DSLR menjadi satu fenomena. I have friends who talk a lot about photography and bla bla bla and of course I'm not able to interrupt because I know nothing. ha ha.  Photography isn't my interest. What I care most is to be able to capture memorable moments in life, and to be able to snap candid photos of the important people around me.  2008, K550i was my first mobile, which I bought it using my very own saving+hadiah spm. Maka merangkap my first camera. I miss it a lot. There were so many memories captured by it, unforgettable. Here's one of it. Merdeka 51 celebration. During latihan. Berjemur memang buat kami jadi hitam legam. My housemate during Merdeka 51 celebration. I miss the time we were together. Kejar bas, makan, minum. Always the six of us. Another one tukang capture gambar. huhu Still during Merdeka 51. Very funny. I don't really know him. Kedudukan maktab dia waktu koir sebelah maktab maCy. Waktu tu dia rapat den