Posts

Showing posts with the label Informasi

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya

Image
Assalamualaikum.. Hujung cuti sekolah ni, bukan murid je sibuk cari kelengkapan, cikgu-cikgu pun sibuk juga. Termasuklah maCy, sibuk cari kasut kerja. Almaklumlah banyak berjalan dalam sekolah. Pusing-pusing dalam Parkson, akhirnya terjumpa kasut Larrie. Tak sangka rupanya jenama Larrie juga ada jenis yang menyokong arch kaki. Biasanya kasut yang lebih familiar untuk jenis ini adalah medical shoes atau kasut kesihatan seperti Medifeet dan Footlink. Tapi harganya... Aduh.. Bikin pusing.. Dan designnya agak kurang menarik bagi maCy.. Kasut jenis ini sangat bagus terutamanya untuk yang mempunyai masalah atau yang perlu banyak berjalan ketika bekerja.  Antara kelebihannya ialah : (berdasarkan pembacaan selama ini dan pengetahuan sedia ada ya, betulkan jika tersalah) 1. Menyokong arch kaki 2. Mengurangkan rasa sakit berjalan 3. Lebih selesa, cushion yang sangat selesa 4. Mengurangkan sakit belakang Berbalik kepada jenama Larrie tadi, harganya lebih ma...

Rahim Terbalik? (Retroverted Uterus/Tilted Uterus)

Image
Assalamualaikum. Harini nak share mengenai rahim terbalik. Kenapa? Kerana ada di antara kita yang risau dan sibuk mencari info. Ditambah dengan pernah tinggal berjauhan, semakin sukarlah usaha untuk mendapatkan zuriat. Bukan kotor ya. Ini fakta. Tidak salah berkongsi dengan mereka yang memerlukan. INTRO Apa itu rahim terbalik?? Kebanyakan wanita mempunyai rahim yang mengadap pundi kencing, sebaliknya pemilik rahim terbalik mempunyai rahim yang mengadap tulang belakang.  Gambar ihsan Google INFO 1. Memiliki rahim terbalik tidak bermakna anda tidak subur.  2. Kebanyakan wanita yang memiliki rahim terbalik mengadu sukar mendapatkan zuriat. Tetapi masih ramai yang berjaya hamil tanpa sebarang masalah. 3. Hanya 20-30% wanita di dunia yang mengalami keadaan ini. 4. Keadaan ini TIDAK mempengaruhi kesuburan dan tidak berbahaya melainkan disebabkan oleh endiometriosis. TANDA-TANDA  1. Sakit semasa berhubungan dengan suami. 2. Sakit pinggan...

Proses Sembelihan Ayam

Image
Assalamualaikum :) Baru-baru ni maCy dan suami ke sebuah premis di Selangor untuk membeli ayam. Biasanya orang bandar selalu membeli ayam frozen di pasaraya seperti Giant dan Mydin. Tapi, maCy kurang selesa kerana terbiasa dengan ayam fresh di pasar biasa. Jadi, maCy pun mengajak suami untuk mencari premis Islam lain. Gambar Hiasan Di situ, semuanya bermula dari proses sembelihan sehinggalah ke proses memotong ayam. Suatu pengalaman baru buat maCy yang tidak pernah melihat proses penyembelihan ayam. 1. Ayam hidup ditimbang. 2. Pelanggan boleh memilih sama ada mahu mencabut bulu ayam secara kering atau menggunakan air panas. 3. Ayam disembelih pada masa itu juga.  4. Ayam yang telah disembelih diletakkan di dalam bakul sehingga ayam benar-benar mati. 5. Setelah ayam mati, ayam tersebut diletakkan di dalam air panas. 6. Ayam dimasukkan ke dalam mesin mencabut bulu ayam. 7. Ayam dipotong mengikut kehendak pelanggan. Jika memilih untuk menggunakan a...

Kelebihan Ais Krim

Image
Assalamualaikum semua.. Kuliah telah bermula. Maka bermulalah era kurang blogwalk dan kemalasan maCy untuk update. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kelas maCy habis pada jam 4.30 petang setiap hari. Dan hari ini, kelajuan internet benar-benar menguji kesabaran. uhh.. Kepada semua, teruskan berblogging, dan kepada peminat England, usah menangis lagi, kita jumpa lain masa.. ~maCy lah tu. hihi Berbalik kepada tajuk di atas, ais krim. Sedap bukan? Siapa tidak suka aiskrim? Rugilah. Bukan kanak-kanak sahaja yang menggemari aiskrim tetapi orang dewasa juga. Betul tidak suka? Baru sahaja mahu belanja ;p For you :) Mine, tengok sahaja boleh ;p Kali ini maCy mahu berkongsi mengenai beberapa kelebihan aiskrim iaitu ; Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak boleh menguatkan gigi mereka Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan. Lain masa maCy kongsikan kelebihan ais ya? Zat dalam aiskrim boleh memulihkan pesakit insomnia Kalsium dalam aiskrim juga banyak kelebih...

Big Apple & J.CO Donuts Haram?

Image
Assalamualaikum.. Big Apple maCy blogwalk dan dikejutkan dengan entry -Asy- yang membongkarkan mengenai status halal premis makanan yang menjadi kegemaran ramai, Big Apple dan J.CO Donuts. Bagi maCy, agak berat kerana premis ini sememangnya hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh negara. Tambahan pula, maCy sendiri akui, Big Apple contohnya, memang sedap dan menjadi kegemaran ramai pula. Setelah membaca entry tersebut ( Klik Sini ), maCy mohon untuk copy entrynya tapi belum mendapat respon dari tuan tanah. Maka maCy search sendiri dan maCy temui satu soalan kepada Jakim berkenaan dengan status halal Kenny Rogers , Big Apple & J.CO Donuts. Dan jawapannya adalah seperti berikut : " Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih" Soalan kepada Jakim Belum mempunyai ...

10 Sebab Lelaki Menangis

Image
Assalamualaikum, Semalam maCy ada buat post tentang Cinta Blogger . Respon agak menarik dari semua blogger kerana semuanya positif-positif belaka. Dan ramai juga yang bertanya, siapa orangnya. maCy ni memang tak boleh tak tunaikan permintaan blogger. Nama pun sayang kan. Setelah fikir masak-masak, maCy bagi klu sedikit ya. Nak tahu? Orangnya komen entry Cinta Blogger tersebut. Carilah. hahaha~ ye saye tahu klu tersebut amat membantu ;p Baiklah, bukan itu yang maCy ingin kongsikan hari ini. Semalam kan maCy ada post tentang emosi maCy yang terganggu tak tahu dek kenapa. Dan rasa macam nak menangis saja. Perempuan memang pelik. Kadang-kala emosinya terganggu tiba-tiba. Tapi bagaimana pula lelaki? Biasanya akan disifatkan sebagai orang yang cool, tegas dan tough. Tapi tahukah anda bahawa mereka juga menangis? Jom baca sebab-sebabnya. 1. Tengok drama/movie Kadangkala lelaki ni pun boleh tangkap jiwang juga bila tengok cerita cinta yang sedih. Macam cerita Mohabbatein tu, alah. Time Aishwa...