Posts

Showing posts with the label Jalan-jalan

Short Vacation in Penang 2017

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, cuti ni berkesempatan bercuti di Pulau Pinang bersama yang tersayang. First of all thanks dear husband for spending the whole holiday with us, wifey and son 😊 So nak share sedikit mengenai bajet kami. Sambil-sambil blog jadi diari untuk rujukan masa hadapan. Sebelum travel, isi siap minyak full tank. Kami bergerak seawal 7.30 pagi. Awal? Well, berjalan dengan anak kecil, banyak yang perlu diambil kira. Di rumah breakfast ala kadar sahaja. Then dalam 9am begitu kami stop di rnr, makan spageti yang dimasak pagi tadi di rumah. Hero makan licin, jarang jumpa spageti agaknya. Oh ya, tak lupa, kami sudah bersedia dengan snek, air mineral, air sarsi dan air Minute Maid sebagai bekalan perjalanan.  Jam 1.30 tengah hari, kami tiba di Kepala Batas. Singgah untuk melawat geng cikgu dan baby barunya. Alhamdulillah, rezeki dapat makan lunch sedap lagi free. Hihi. Memang sedap baq hang.. Makan tak cukup pinggan. Hihi.. Tq kak tpah and family....

Best ke Sewing World Gallery?

Image
Assalamualaikum.  Niat hati nak update post Apa g boleh dibuat di KL Part 3 selepas berbulan tak update,  tapi gambar pulak tak jumpa.  Ha ha..  So,  nak share something else.  There's an interesting place to visit at One City Mall, Skypark especially untuk sewing lover. Sewing World Gallery Pernah dengar?  Pernah sampai?  This is my first time.  Kebetulan singgah sementara menunggu masa open house raya bermula.  Huhu Sememangnya pelbagai hasil kraf yang menarik telah dihasilkan melalui jahitan termasuk beg,  kerusi,  apron, patung dan sebagainya.  Juga terdapat satu section dimana terpapar nama-nama besar dalam seni jahitan dan peralatan jahitan zaman nenek moyang kita dipamerkan. Akhir sekali, apa yang menarik ialah Sewing World Gallery ini turut menyediakan kelas jahitan buat yang berminat.  Tema atau topik bagi setiap bulan telah dirancang sejak awal lagi. Tapi gambar ...

Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL? Part 1

Image
Assalamualaikum, Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di Kuala Lumpur? Here,  aktiviti kami suami isteri dan baby dengan RM50, tapi of course tak termasuk kos minyak kereta, parking dan tol.  Kalau nak kira sekali ummm,  tak berjalan lah pulak kita.  Hehe Mula-mula kami ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka.  Bayarannya ialah RM5 seorang. Disebabkan tak plan,  kami pun tak tahu sebenarnya ada entrance fee atau tidak.  Haha. Tapi jangan risau,  RM5 tu nanti ada gunanya. Sila beratur ya Banyak info dan sejarah tentang Kuala Lumpur,  ibu negara Malaysia ni yang mungkin kita tak tahu kat sini. Sempena chinese new year Lepas jalan sikit kat bawah,  kami naik ke tingkat 2. Ada tayangan video yang memang menarik kerana disertakan dengan miniature (sebenarnya tak tahu nak gelar apa.  Haha) Kuala Lumpur yang bewarna warni. Kat situ akan highlight sekali bangunan yang berkait...

Throwback Lawatan ke Colmar Tropicale

Image
Assalamualaikum, Haiii.. Sungguh busy busy plus rumah line tak ok lagi. Free-free ni sambil tengok laptop, tengok semula gambar-gambar lama. First dating after kahwin, jalan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi! Simple yet precious time. Mana pun kita pergi asalkan dengan yang tersayang, semuanya boleh jadi seronok kan. Tiket masuk RM12 untuk dewasa. Tapi nanti boleh claim semula masa check in. Makan kat atas tu mahal ok, jadi boleh plan makan-makan dulu di bawah sebelum ke sana. Lagipun nak turun jauh dan gelap. So, kami makan je walaupun mahal sikit. Tambah pulak memang tak plan pun. On d way balik kampung, tiba-tiba je cik abang bawa singgah sini. Surprise sungguh. hiks First sampai sebelum check in, kami berkuda dulu. Memang best. Mula-mula trainer akan ajar, depends lah kita nak pilih option mana satu. Tapi alahai, masa ni kuda maCy agak scary. Tak mahu ikut arahan maCy, nak makan rumput lah. Nak pusing belakang lah. Alamat kalau dibawa lari, sampai ke Terengganu lah...