Posts

Showing posts with the label Psikologi

Personaliti Darah

Image
Assalamualaikum semua! Hari ini maCy nak berkongsi mengenai personaliti darah. Bermula dari maCy yang merenung nasib yang tak layak menderma ni, jadi maCy terfikir mahu mengenali diri melalui jenis darah. Jadi di sini telah maCy kumpul dan edit semula, agar memudahkan pemahaman. Sumber? Beberapa blog di alam maya seperti SINI dan SINI . Ee, takut jarum! 1) Jenis Darah A golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu setia dengan kawan dan rakan sekerja boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka sukar dipuaskan dan serius dalam hidup Peribadi Asas: Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan. Kadar Toleransi: Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan m...

Kuiz Personaliti Buah Pula =)

Image
Assalamualaikum.. Entry ini bertujuan mengubat hati para blogger yang tertipu dengan entry ujian personaliti blogger perasan kacak+romantik, Asada Ryutaro . hahaha~ Sengal betul Asada Ryutaro tu sampai kawan sekolah maCy pun tertipu dengan beliau. Siapa nak kena tipu lagi klik Sini . ;p Baik, kita terus kepada topik entry ya? Bayangkan : Anda sedang mengembara bersama rakan-rakan. Tiba-tiba anda tersesat jauh dari rakan-rakan anda. Sebelum menjelang senja, anda ternampak sebuah rumah yang besar. Di dalam rumah tersebut terdapat sebuah meja besar yang diatasnya terdapat sebakul buah-buahan. Ketika itu anda terlalu kebuluran, buah manakah menjadi pilihan anda? 1. Limau 2. Pisang 3. Epal 4. Tembikai 5. Strawberi 6. Kacang Hazel 7. Kundur Sudah pilih jawapan anda? Ini skema jawapannya~ 1-Limau Jenis Limau : buah oren,limau nipis,lemon dan limau bali. Penggemar buah jenis limau dikatakan cenderung kepada warna-warna cerah dan sukakan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan ...

Kuiz Matematik Darjah 1=Misteri Kelahiran

Assalamualaikum.. Sengal je kan tajuk entry tu.. hihii.. Ok, dah puas mengadu pasal gf orang, ni nak share benda lain pulak.. huhu Ingat tak maCy pernah post kuiz personaliti? ( Klik Sini ) . Kali ni maCy nak post kuiz tarikh lahir pula.. Niat awalnya nak post entry birthday boy and girl bulan Mei, tapi busy. Jadi maCy post lah entry yang ada kaitan sedikit.. Apa kaitan tarikh lahir dengan personaliti anda? Sebagai contoh, maCy ambil tarikh lahir seorang gadis misteri. hehe ;p Contoh : 16 Januari 1990 16 + 1 + 1990 = 2007 2+ 0 + 0 + 7 = 9 (Jadi nombor lahirnya ialah 9) ~dapatkan sampai satu digit saja ya Sudah buat kira-kira? Jom semak keterangan nombor anda :D Keterangan nombor lahir : 1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pili...

Kuiz Personaliti.. Eh, kuiz kah~

Image
Hai semua! Macy tahu ramai antara kita sedang dalam kesibukan untuk menyudahkan assignment, menghadapi peperiksaan mahupun bekerja. Jadi, entry kali ini Macy nak ajak anda semua rehat dan release tension sebentar sambil mengenali personaliti diri. Jom cuba dan jangan kedekut berkongsi keputusannya ya? :D AMARAN KERAS : Dilarang melihat jawapan di bawah terlebih dahulu. Anda menipu, anda rugi :) Baca situasi ini dan jawab soalannya~ Ada 5 perkara berlaku serentak : 1. Air mendidih di dapur. 2. Air paip melimpah di bilik air. 3. Bayi menangis. 4. Telefon berbunyi. 5. Ada orang mengetuk pintu. Soalan : Antara 5 perkara tersebut, yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan terlebih dahulu? Susun perkara 1-5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Fikirkan~ Sudah puas berfikir dan membuat keputusan? Jangan nak tengok jawapan dulu! Degil betul! ;p Ok. Mahu tahu fakta terselindung di ...