Posts

Showing posts with the label craps

Masih Pengenalan

Image
Assalamualaikum.. Terima kasih atas kunjungan sahabat baharu dan lama. Masih lagi kelu jari jemari, masih lagi kaku dalam memilih jalan penulisan bagaimana. Dicuba baca tulisan lama. Ada yang bercorak santai, seakan bercerita dan tidak kurang masih ada yang sesekali dikait bahasa ikut rentak sendiri.  Rasanya proses yang mahu dibuat perlahan, replace imej-imej yang sudah hilang akibat tindakan drastik mahu menutup blog dan akaun blognya.  Sayang sekali, masa tak boleh berundur lagi. Kan? p/s gambar tu. ala-ala hai, masih ingat saya? Dulu belajar kini dah mengajar :)

dongeng maCy : Puteri Katak

Assalamualaikum. Hujan renyai-renyai. Kedengaran katak-katak puru mengaum memanggil hujan. Kelihatan sepasang kekasih sedang bersandiwara antara satu sama lain. Sang jejaka memandang wajah si gadis penuh rasa cinta.  "Sayang sayang sayang?" , tanya sang jejaka.  "Sayang. sayang sayang sayang.", jawab si gadis sambil melentokkan kepalanya di bahu sang jejaka.   Peluang baik ni. Getus sang jejaka dalam hati. Tanpa melengahkan masa, sang jejaka terus mencium si gadis kerana ketidaksabarannya.  Ka-cing! Berubahlah si gadis menjadi katak semula. will be spending cuti maulidur rasul di rumah lecturer :)

Oh Yusry KRU!

Image
Assalamualaikum. Semua pun tahu kisah Lisa Surihani dan Yusry KRU kan. Selamat berbahagia keduanya. sroooot~ I was a big fan of KRU. Err, I am, still. Cuma sekarang KRU sibuk dengan produksi mereka jadi kurang lagu hot hot seperti dahulu kala.  When I was about 4 to 5 years old, few of my cousins and siblings buat macam dancing competition saja saja dalam rumah. My sister and cousins buat lagu irama Malaysia, lagu Siti Nurhaliza dan apa tah lagi. The older cousin pasang kaset pada radio, dan uruskan penyampaian hadiah which was we all guna piala-piala abang kakak dalam sukan. Like real. huhu I could still remember one of my cousin terjatuh waktu menari then dia buat-buat macam sengaja bagi terjatuh, like it was one of her dancing part. haha. And me? I chose untuk menari lagu rap KRU and I managed to make one step which got a big clap from the 'audience' aka my cousins and siblings tu. See, I am their big fan since I was a kid. And surely my bigg...

i heart you

Image
Assalamualaikum. I'm appreciating someone who always make me a priority and never ever make me an option. It's him.   ;p mr. defender alan no.3, ily~

Pandang Pertama

Image
Assalamualaikum. Pandangan pertama. Perempuan mudah jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar, sedangkan lelaki mudah jatuh hati pada apa yang mereka lihat. Tapi itu sebenarnya bukan apa yang mahu dibicarakan kali ini. Tetapi berkenaan dengan pandang pertama atau kata lainnya, first impression. Dibaca dari satu teratak yang sering saja membawa maCy ke laman pemikiran di luar kotak, kali ini mencuri sedikit isi dengan penulisan dan perkongsian yang dasarnya sama tapi berbeza cungkilan ideanya. Dipetik dari sana, "Segala macam benda dan pakai, tak lebih dari wasilah kehidupan.  Jadi, jangan menghukum sebelum mengenal." Sembilan ratus sembilan puluh sembilan kata setuju, kerana kata-kata itu ada benarnya. Kata mereka, luar cantik  dalam tak semestinya sama. Adakalanya fizikal luaran masih belum mampu menterjemah hakikat individu itu sendiri. Ada yang luarnya pakai mewah, tapi sebenarnya hutang mencekik darah. Adakalanya pakai sedang-sedang sahaja, tapi p...

tunggu sekejap

Assalamualaikum. tunggu sekejap! aku belum bersedia. tunggu sekejap! amalku belum cukup sempurna. tunggu sekejap! *zap* maaf. kini sudah tiba ajalnya. tunggu sekejap angan cuma. Ilham tulisan AkuBukanMalaikat Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua. Ikhlas dari Macy Humaira, dan teman SkandaL dariLangit.

yang mudah dirasa susah

Image
Assalamualaikum. Telefon bimbit. Awalnya tidak pandai untuk mengoperasikan model terbaru, akhirnya menjadi cekap kerana sering menggunakannya.  Memandikan mayat. Memandikan mayat itu lebih mudah berbanding memandikan budak kecil. Mayat statik tanpa gerak, kanak-kanak melompat adakalanya sukar dikawal. Tetapi kita merasa susah kerana tidak mahu mencuba,  tidak mahu belajar, menganggapnya sukar dan mengkomplekskan yang sunat seperti ianya wajib. Agama itu mudah. Tetapi menjadi susah kerana tidak mengamalkannya. p/s : selamat beribadah semua. maaf atas kesibukan. tidak berpeluang menjenguk dan berkongsi ilmu. Gambar atas tu tak ada kena mengena, sekarang tengah mode assignment siapkan video guna kartun cicak dengan siput tu. huhu

DSLR. everyone's dream but not mine

Image
Assalamualaikum. maCy rasa hari ini DSLR menjadi satu fenomena. I have friends who talk a lot about photography and bla bla bla and of course I'm not able to interrupt because I know nothing. ha ha.  Photography isn't my interest. What I care most is to be able to capture memorable moments in life, and to be able to snap candid photos of the important people around me.  2008, K550i was my first mobile, which I bought it using my very own saving+hadiah spm. Maka merangkap my first camera. I miss it a lot. There were so many memories captured by it, unforgettable. Here's one of it. Merdeka 51 celebration. During latihan. Berjemur memang buat kami jadi hitam legam. My housemate during Merdeka 51 celebration. I miss the time we were together. Kejar bas, makan, minum. Always the six of us. Another one tukang capture gambar. huhu Still during Merdeka 51. Very funny. I don't really know him. Kedudukan maktab dia waktu koir sebelah maktab maCy. Waktu tu dia rapat den...

pantun cinta satu dari saya

Image
Assalamualaikum. maCy masih keletihan lagi sebenarnya sampai tak semangat mahu update. Tapi bagi mengelakkan teratak merah hitam ini semakin usang, dengarkan pantun sekerat dari maCy~ indah corak bunga kerawang, hasil tenunan si dara sunti, semakin hari semakin sayang, usah curiga cinta di hati. Jawab-jawab~ Err.. sebenarnya tu pun pantun lama baru publish. hik2 p/s : malas nak ulas pasal BERSIH. harapnya dua-dua pihak sama sedar diri.

words kill. think before you speak

Image
Assalamualaikum. Yesterday i texted my ex, asking if he's okay. To make it clear, a few days ago he texted me asking for my opinion about his girlfriend act. He explained the situation and ask if if I would do the same too. - The answer is i won't cz I think what had happened was just a very simple matter. And yesterday I received a message from my summer which made me feel better. Since I thought that my situation was almost the same like what had happened to him before, I would love to suggest him to say the same thing to his girlfriend so she would feel better like I did. Everything was okay until he said something that make me feel insulted - t hat thing was nothing to do with his case . I didn't argue that much and finally he said, 'boleh tak bezakan joke dgn serious?' . His responses were always like he really meant of saying of those things at the beginning but after I said several stuff he suddenly said he was just joking. So the thing I wanna say is, ...

dunia

Image
Assalamualaikum. buka mata ingat dunia tutup mata dunia di akhir bicara tidur dibuai indah dunia bangun masih mendukung dunia juga dunia jadi harapan dunia jadi sandaran dunia platfom ke syurga syurga. syurga yang menjadi idaman tapi di dunia aurat menjadi tatapan video porno jadi hiburan bahasa kesat itu kelaziman solat? *senyum* sejadah ada, entah di mana quran ada, perhiasan semata semoga diri ini tidak lupa. p/s : crappy. p/s ii : get well soon Encik Psychopat h , dengue. Will be waiting for ur update :)

Paling best dalam Nora Elena

Image
Assalamualaikum. Drama Nora Elena sudah tiba ke penghujungnya. Apa yang paling best dalam drama ni? Ampun. maCy tak tahu sebab sampai ke akhir cerita maCy tak tengok pun. kuikui p/s : Drama Asmara pun tak tengok jugak. keh2

in love

Image
Assalamualaikum. forever in love <3 :p p/s : downloading all arashi songs~

keluhan hawa. kritik atau dengar?

Image
Assalamualaikum. Kali ini maCy terfikir untuk berkongsi pendapat sedikit mengenai satu sifat orang perempuan dan cara menghadapinya. Sebenarnya, maCy terfikir untuk berkongsi mengenai ini kerana tertarik dengan cara seorang pensyarah yang maCy kenali di sini, Encik Fahrin Ahmed, bukan nama sebenar. Kampus maCy hanya terdiri dari kaum hawa sahaja. Jadi banyaklah karenah orang perempuan yang boleh dilihat di sini. Antara sifat kebanyakan orang perempuan ialah mengeluh. Seperti semua maklum, kaum hawa biasanya lebih cenderung untuk meluahkan apa yang dirasa bagi membuang beban atau risau di hati, walaupun tindakan itu tidak semestinya menyelesaikan masalah. Maka di sini bukanlah mengeluh semata-mata. Dan semua maklum bahawa kaum hawa biasanya mudah terganggu emosi walaupun hanya kerana perkara remeh. Mungkin lebih tepat jika kata keluhan itu diganti dengan mengadu. Lebih kurang lah. Berbalik kepada topik, setiap kali ada cerita, kegeraman atau apa-apa yang mengganggu emosi kami, Encik F...

lukisan penulisan

Image
Assalamualaikum. Melukis suatu penulisan bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana semuanya memerlukan subjek untuk dilukiskan. Tidak kira sama ada subjek itu ditemui secara kebetulan mahupun di luar kebetulan. Tidak kira lukisan penulisan itu adalah hasil pengalaman lalu mahu pun idea kecil yang terlintas setelah melihat lukisan yang lain. Mengapa maCy bahasakan lukisan? Kerana bagi maCy ada dua jenis penulisan. Satu, yang mudah dihadam makna enak dimakan begitu sahaja. Dan dua, penulisan yang memerlukan imaginasi minda melukis semula gambaran tulisan lebih enak rasanya tetapi liatnya tak terkata. Sekadar ingin berkongsi sebahagian tanah-tanah lukisan bacaan minda maCy, yang adakalanya memerlukan maCy menghentikan mainan lagu mp3 hanya kerana mahu mencernakan zat-zat yang terkandung di dalamnya.. _ Naz __ Hellioz ___ khrlhsym ____ Dark Half _____ Fared Isa ____ __ Ghost Writer _______ Frodo Baggins ________ Penulis sahaja _________ Dakwat Basah __________ syairsiparapara ___________ inspira...

kata-kata

Image
Assalamualaikum. Dalam mata karbon diatur geraknya oleh tulang dan sendi jemari yang memegang erat sebatang pensel bertulis 2B di tepi, minda berlari-lari memusing ceritera kisah lampau, ada yang menggeletek menghilai tawa dan ada pula yang mencucuk-cucuk sehingga perit rasanya. Ada juga yang sekadar angin lalu yang tiada memberi kesan baik di luar mahupun di dalam. Aliran darah dalam kepala semakin deras rasanya saat larian tiba pada memori yang mencucuk-cucuk itu tadi. Sakit, perit malah membuatkan jantung berdetak laju luar dari pada biasa. Kemudian dihela nafas dalam-dalam, ditahan dan dihembus perlahan. Dihela lagi dalam-dalam, ditahan lagi dan dihembus perlahan sehinggalah detakan jantung kembali menjejak normal dewasa. Luka. Pastinya menyakitkan. Tapi sebenarnya luka itu bukan terbatas pada peninggalan pengalaman yang menitiskan air mata. Tapi luka itu juga boleh jadi dek kerana dihiris ayat kata penuh makna. Makanya jika tidak mahu terluka luarnya usah berani bermain dengan pi...

hari ini

Image
Assalamualaikum, Hari ini rasa seperti mahu berselubung sahaja. Berselubung berkelubung mana satu ah biar sahaja apa peduli asal sampai makna semuanya sama. Hari ini rasa mahu baca bait kata indah di teratak Lelaki Sulit Naz bait kata penuh makna lucah sedikit tapi makna tersurat segar memujuk hati yang terasa ngilu kerana satu ayatnya bukan satu makna. Hari ini rasa mahu makan disuap diusap rambut dilayan seperti anak kecil oh indahnya menjadi anak kecil di mana masalah terbesar mereka hanyalah dalam memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan pada hari itu. Hari ini mahu duduk di dalam hujan duduk bersimpuh biar tampak manis walau sebenarnya menggigil menahan tangis. Hari ini mahu mengetuk keyboard sehingga pecah hujung jari menjadi kematu tidak mahu bersuara walau sepatah kata ya untuk bersuara pada hari ini memerlukan semangat tinggi setinggi Gunung Kinabalu. Luka lama kian bernanah bertambah perit bila disapu cuka yang disangka iodin pengubat luka. Bukan hati terluka, bukan sel l...

bangun tidur dan senyum

Image
Assalamualaikum. Bangun tidur dan baca balik entri dan fikir. Ape yang marah sangat ni maCy? Haha Deleted the previous entri. Tapi ada juga yang marah dengan entri tu. Tapi bila marah dia jadi anon juga. Pelik lalu ketawa. Lama tak jumpa anon marah-marah. Apa marah-marah Malaysia kita ini kecik aja. Kalau semua marah siapa nak jaga? :) p/s : betullah kalau marah, duduk jika berdiri. baring jika dah duduk tapi masih marah lagi. tertidur sampai. huhu

muntah

Image
Assalamualaikum. "Wekk..". Kepala paip silver yang tampak mewah digenggam dan dipulas segera bagi me muntah kan air bersih, mengurangkan kepekatan cairan muntah putih kuning gadis berusia 19 tahun itu. Berkumur serta membasahkan muka. Kepala paip dipulas kembali menghentikan muntah an air bersih sebentar tadi. Kali itu merupakan kali ketiga dia muntah untuk hari ini. Kesal merobek dada. Air mata mencurah laju, menahan sakit loya, menahan sakit senak kepala memikirkan masalah dunianya hari itu. Muntah an perasaan itu benar sukar dilayan tetapi tetap menguasai ceruk kepala minda dan akal yang sebenarnya waras tapi diperbodohkan nafsu sendiri. Bodoh yang tetap bodoh. Menjadi gadis cantik punya aset mahal yang diberi percuma untuk dicoba jantan hilang akal tidak dipastikan kemampuan untuk menjadi imam sebuah keluarga bahagia. Kebodohan semalam membenarkan jantan keparat itu me muntah kan air mani ke ruang sempitnya benar-benar memakan dirinya kali ini. Dipegang perutnya sekali ...

nanyang siangpau-17 Jan 2011

Image
Assalamualaikum. i am so excited so today i posted two entries ;D Read it all by yourself okay? Bye! ;p p/s : jangan posting sampai ceruk. harap jangan. town tak apa, okay? =="