Short Vacation in Penang 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cuti ni berkesempatan bercuti di Pulau Pinang bersama yang tersayang. First of all thanks dear husband for spending the whole holiday with us, wifey and son 😊

So nak share sedikit mengenai bajet kami. Sambil-sambil blog jadi diari untuk rujukan masa hadapan.

Sebelum travel, isi siap minyak full tank. Kami bergerak seawal 7.30 pagi. Awal? Well, berjalan dengan anak kecil, banyak yang perlu diambil kira.

Di rumah breakfast ala kadar sahaja. Then dalam 9am begitu kami stop di rnr, makan spageti yang dimasak pagi tadi di rumah. Hero makan licin, jarang jumpa spageti agaknya. Oh ya, tak lupa, kami sudah bersedia dengan snek, air mineral, air sarsi dan air Minute Maid sebagai bekalan perjalanan. 

Jam 1.30 tengah hari, kami tiba di Kepala Batas. Singgah untuk melawat geng cikgu dan baby barunya. Alhamdulillah, rezeki dapat makan lunch sedap lagi free. Hihi. Memang sedap baq hang.. Makan tak cukup pinggan. Hihi.. Tq kak tpah and family.

Seronok bawa hero tak banyak ragam. Alhamdulillah

Next, share dalam bentuk point form sahaja untuk memudahkan perkongsian. 

*HARI PERTAMA*

1. 3.00 pm - Menaiki feri
2. 3.40 pm - Isi minyak
3. 4.00 pm - Check in Hotel Royal Penang
4. 7.30 pm - Dinner char kuey teow dan laksa di gerai di Batu Ferringi
5. 8.30 pm - Jalan di Batu Ferringgi Night Market
6. 9.30 pm - Kembali ke hotel


Ambil angin atas feri, dah nak sampai baru masuk kereta
Antara souvenir yang boleh didapati di Batu Ferringi Night Market

*HARI KEDUA*
1. 8.30 am - Breakfast di  hotel
2. 9.00 am - Isi minyak
3. 9.30 am - Ke Bukit Bendera (malangnya tutup kerana banjir tempoh hari)
4. 11.00 am - Jalan di Penang Street Art + shopping sikit
5. 12.30 pm - Melawat 3D Glow in the Dark Museum
6. 1.30 pm - Lunch di Kapitan Restaurant
8. 2.30 pm - Melawat Made in Penang Interactive Museum (free ticket)
9. 4.00 pm - Kembali ke hotel (plan nak layan hero di swimming pool, hero tidur. Hihi)
10. 8.30 pm - Singgah Jalan Gurney bungkus Pasembuq Disco Stall No.9
10. 9.30 pm - Jalan di Padang Kota Lama pekena pasemboq beli tadi. Minum coconut shake juga
11. 10.30 pm - Kembali ke hotel


Cari jalan redup.. Hero tidur lena
Haruslah bergambar di Stret Art
3D Glow in the Dark Museum
Apa entah nama menu ni.. Restoran Kapitan
Nice one di 3D Glow in the Dark Museum
Anak beranak bertukang. Hihi

Antara gambar di Made in Penang Interactive Museum

*HARI KETIGA*

1. 8.00 am - Breakfast di Roti Telur Goyang Muhibbah
2. 8.40 am - Layan hero di swimming pool
3. 10.30 am - Rest, bersiap dan packing
4. 11.30 am - Check out hotel
5. 12.00 pm - Beli ais tingkap di Lebuh Tamil
6. 12.30 pm - Singgah kedai Jeruk Madu Pak Ali
7. 1.00 pm - Pusing Penang Street Art dengan kereta. Tengok mana-mana mural yang tak sempat tengok
8. 2.00 pm - Melawat Phantamania
9. 3.30 pm - Lunch Nasi Kandar **** we wont come again
10. 4.00 pm - Singgah food court beli pasemboq
11. 4.30 pm - Pulang melalui Jambatan Pulau Pinang


Enjoy sangat hero main air
Horay.. Ais tingkap yang dicari. Ais tingkap dan sarbat sama ke tak?
Pandai sangat anak umi 
Haha comel je Aqid posing sama
Encik suami yang nampak sangat enjoy di perhentian akhir di Penang ni. Huhu

Overall, perbelanjaan kami adalah seperti berikut.


*PERBELANJAAN*

1. Hotel RM333 (3 hari 2 malam)
2. Minyak dan feri RM153.70
3. Makan RM110.10
4. Aktiviti RM88 (2 orang dewasa)
- 3D Glow in the Dark Museum RM53
- Phantamania RM35
- Made in Penang Interactive Museum (tiket percuma yang dari 3D Glow in the Dark Museum tadi)
5. Parking RM6.50
*TOTAL RM692.30*
.. tidak termasuk souvenir


Jadual kami loose sahaja mengikut keadaan hero terutamanya. Dia tidur, kami pun jalan dalam kereta. Belum bangun, siapkan kerja di hotel dulu. Well, cikgu kan. Kerja bawa bercuti lagi. 

Jangan lupa bawa bekal anak sepanjang perjalanan. Umi ayah isi perut sampai kenyang sebelum berjalan. Anak perlukan snek selalu. Kami juga bawa tupperware untuk tapau makan-makan si kecil.

Semoga bermanfaat 😊

Comments

dear anies said…
sy pergi penang jg hari tu tp smpi stesen bas butterworth je...


lamanya x jalan kat pulau
ray said…
hmm x penah lg naik ferry. teringin sgt.

jmput la join GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Fatin Shahrizam said…
Hehehe welcome to Penang. Salam dari penang ^^
I am LZ said…
Tahniah berjaya merancang perjalanan yang lancar..
LZ pun suka plan camtu jadi perjalanan mudah.
Best bercuti di Penang, I like..
Sha Mohamed said…
tengah merancang nak ke penang juga tapi masih berfikir fikir.. hehehehe.. Follow awak..
Farhana Jafri said…
tak sampai lagi ke penang ni haihhhh jelesnya baca
terokai seni said…
tak singgah ke kat galeri melayu p.pinang.. air tangan koi yg takdan tengok
Anonymous said…
Tempoh hari ke Pulau Pinang dengan mengikut trip PG Golden Tour untuk 2 hari 1 malam. Bayar RM267 sahaja. Jimat :)
mamapp said…
Wah bestnya Ada itinerary lengkap Dan bajet juga. Tq
Pha Is said…
welcom to penang!

Popular posts from this blog

undeleted

gadis bukan berkerudung merah kini berusia 21 tahun

Aktiviti Laluan Berhalangan