Short Vacation in Penang 2017
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, cuti ni berkesempatan bercuti di Pulau Pinang bersama yang tersayang. First of all thanks dear husband for spending the whole holiday with us, wifey and son 😊
So nak share sedikit mengenai bajet kami. Sambil-sambil blog jadi diari untuk rujukan masa hadapan.
Sebelum travel, isi siap minyak full tank. Kami bergerak seawal 7.30 pagi. Awal? Well, berjalan dengan anak kecil, banyak yang perlu diambil kira.
Di rumah breakfast ala kadar sahaja. Then dalam 9am begitu kami stop di rnr, makan spageti yang dimasak pagi tadi di rumah. Hero makan licin, jarang jumpa spageti agaknya. Oh ya, tak lupa, kami sudah bersedia dengan snek, air mineral, air sarsi dan air Minute Maid sebagai bekalan perjalanan.
Jam 1.30 tengah hari, kami tiba di Kepala Batas. Singgah untuk melawat geng cikgu dan baby barunya. Alhamdulillah, rezeki dapat makan lunch sedap lagi free. Hihi. Memang sedap baq hang.. Makan tak cukup pinggan. Hihi.. Tq kak tpah and family.
Next, share dalam bentuk point form sahaja untuk memudahkan perkongsian.
*HARI PERTAMA*
1. 3.00 pm - Menaiki feri
2. 3.40 pm - Isi minyak
3. 4.00 pm - Check in Hotel Royal Penang
4. 7.30 pm - Dinner char kuey teow dan laksa di gerai di Batu Ferringi
5. 8.30 pm - Jalan di Batu Ferringgi Night Market
6. 9.30 pm - Kembali ke hotel
Ambil angin atas feri, dah nak sampai baru masuk kereta |
Antara souvenir yang boleh didapati di Batu Ferringi Night Market |
1. 8.30 am - Breakfast di hotel
2. 9.00 am - Isi minyak
3. 9.30 am - Ke Bukit Bendera (malangnya tutup kerana banjir tempoh hari)
4. 11.00 am - Jalan di Penang Street Art + shopping sikit
5. 12.30 pm - Melawat 3D Glow in the Dark Museum
6. 1.30 pm - Lunch di Kapitan Restaurant
8. 2.30 pm - Melawat Made in Penang Interactive Museum (free ticket)
9. 4.00 pm - Kembali ke hotel (plan nak layan hero di swimming pool, hero tidur. Hihi)
10. 8.30 pm - Singgah Jalan Gurney bungkus Pasembuq Disco Stall No.9
10. 9.30 pm - Jalan di Padang Kota Lama pekena pasemboq beli tadi. Minum coconut shake juga
11. 10.30 pm - Kembali ke hotel
Cari jalan redup.. Hero tidur lena |
Haruslah bergambar di Stret Art |
3D Glow in the Dark Museum |
Apa entah nama menu ni.. Restoran Kapitan |
Nice one di 3D Glow in the Dark Museum |
Anak beranak bertukang. Hihi |
Antara gambar di Made in Penang Interactive Museum |
*HARI KETIGA*
1. 8.00 am - Breakfast di Roti Telur Goyang Muhibbah
2. 8.40 am - Layan hero di swimming pool
3. 10.30 am - Rest, bersiap dan packing
4. 11.30 am - Check out hotel
5. 12.00 pm - Beli ais tingkap di Lebuh Tamil
6. 12.30 pm - Singgah kedai Jeruk Madu Pak Ali
7. 1.00 pm - Pusing Penang Street Art dengan kereta. Tengok mana-mana mural yang tak sempat tengok
8. 2.00 pm - Melawat Phantamania
9. 3.30 pm - Lunch Nasi Kandar **** we wont come again
10. 4.00 pm - Singgah food court beli pasemboq
11. 4.30 pm - Pulang melalui Jambatan Pulau Pinang
Enjoy sangat hero main air |
Horay.. Ais tingkap yang dicari. Ais tingkap dan sarbat sama ke tak? |
Pandai sangat anak umi |
Haha comel je Aqid posing sama |
Encik suami yang nampak sangat enjoy di perhentian akhir di Penang ni. Huhu |
Overall, perbelanjaan kami adalah seperti berikut.
*PERBELANJAAN*
1. Hotel RM333 (3 hari 2 malam)
2. Minyak dan feri RM153.70
3. Makan RM110.10
4. Aktiviti RM88 (2 orang dewasa)
- 3D Glow in the Dark Museum RM53
- Phantamania RM35
- Made in Penang Interactive Museum (tiket percuma yang dari 3D Glow in the Dark Museum tadi)
5. Parking RM6.50
*TOTAL RM692.30*
.. tidak termasuk souvenir
Jadual kami loose sahaja mengikut keadaan hero terutamanya. Dia tidur, kami pun jalan dalam kereta. Belum bangun, siapkan kerja di hotel dulu. Well, cikgu kan. Kerja bawa bercuti lagi.
Jangan lupa bawa bekal anak sepanjang perjalanan. Umi ayah isi perut sampai kenyang sebelum berjalan. Anak perlukan snek selalu. Kami juga bawa tupperware untuk tapau makan-makan si kecil.
Semoga bermanfaat 😊
Semoga bermanfaat 😊
Comments
lamanya x jalan kat pulau
jmput la join GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
LZ pun suka plan camtu jadi perjalanan mudah.
Best bercuti di Penang, I like..