Kata-kata yang Baik

Assalamualaikum.

Hari ini, sering sahaja kita melihat tulisan-tulisan yang ditulis yang tidak cantik di mata. Sekalipun, cantik itu subjektif, tapi pastinya jelas kata-kata yang baik dan sebaliknya.


Misalnya, seseorang berkongsi cara menyimpan pakaian solat dengan betul. Lalu hadir pengkritik hebat dengan pelbagai kata-kata seperti ;
"Mana dalilnya?"
"Rumitkan buat apa, Islam kan mudah."
"Dia je bagus."
"Tak sah ke kalau tak simpan macam tu."

Kemudian seorang wanita berkongsi menu hariannya. "Ini antara menu harian saya, saya tak amalkan makanan bergoreng terutamanya untuk anak kecil." Lalu ditikam pula bertubi-tubi ;
"Dia je jaga anak bagus."
"Kita bagi makan bergoreng tak sayang anak agaknya."
Dan pelbagai kata-kata lain.

Jika dibaca dengan santai dan hati terbuka, sebenarnya tiada isu menidakkan atau menghentam cara orang lain. Sebaliknya, komen yang tidak baik itu menunjukkan bahawa kita 'terasa' meskipun apa yang disampaikan sekadar perkongsian biasa. Berbeza dengan kata-kata seperti, "Aku memang suka travel, yang ko risau sangat duit aku tu kenapa?" Ya, itu jelas sekali tulisan itu ditujukan kepada seseorang apa lagi jika ada situasi sebelum itu yang terkait dengan mana-mana individu.

Walau apa pun isu yang diutarakan, mengenai kesihatan, pengurusan kewangan, dekorasi rumah idaman, pengurusan tugasan anak dirumah semasa PKP atau apa jua isu, selagi tiada unsur menghina. Terimalah dengan hati terbuka. Sekalipun ada unsur menghina, alangkah aman dunia ini jika hinaan tidak dibalas dengan cercaan, sebaliknya, kata-kata yang baik yang menyejukkan.

Tak perlu bakat untuk menulis kata-kata yang baik, sebaliknya hanya hati yang baik dan tidak gemar melukakan orang lain.

MacyHumaira (Mathila Mansor)
~ belum jemu mengajak, tetapi jemu membaca kata-kata yang jelik

Comments

Popular posts from this blog

Big Apple & J.CO Donuts Haram?

Restoran Ramly Burger

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya