PKP Satu Pengalaman Baharu

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepikan diri. Sekali sekala kita menulis kembali. Musim PKP ini banyak mengajar kita pelbagai pengalaman baharu.

kredit : imej Google

Belajar untuk bersabar dan menyelesaikan masalah semampunya. Pastinya masing-masing punya masalah tersendiri. 

Malah, ramai juga yang berjaya mengisi masa dengan pelbagai perkara baharu yang belum pernah dicuba. Mencuba menu masakan baharu, barangkali membeli secara online buat kali pertama, mendekorasi rumah masing-masing, atau mungkin mempelajari skil baharu seperti menjahit dan bertukang.

Kita juga berjaya mendisiplinkan diri bagi mengikuti norma baharu demi kepentingan kita bersama. Mengetepikan sikap mementingkan diri kerana barangkali kecuaian kita mampu memberi impak yang besar kepada kenaikan kes-kes positif Covid-19.

Jasa dan pengorbanan petugas di barisan hadapan semakin dihargai. Pelbagai pihak turut memberi sumbangan bukan sahaja dari aspek kewangan dan material, tetapi juga tenaga dan idea.

Apa pun, antara perkara yang tidak ternilai ialah bersatunya rakyat negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Saling menghormati serta mendoakan. Tidak dilupakan, mengetepikan politik sukar bagi sesetengah pihak tetapi kita telah buktikan bahawa kita mampu dan Malaysia adalah satu.

P/s : Apa perkara baharu yang kamu pelajari?

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

undeleted