penantian
Assalamualaikum.
Senja yang dilitupi langit merah kian hilang diganti gelap langit malam. Kaki masih lagi terjuntai di kaki beranda. Memicit butang telefon bimbit yang masih terkunci. Sengaja dipicit kuat-kuat buat lepas geram penantian khabar kekasih hati yang sudah lama berdiam diri.
Kau sedang sibuk. Begitu juga aku. Tapi di mata aku kau masih kelihatan tiap malam di dada langit. Di hari siang wajah kau tetap juga aku terbayang seakan menemani pemanduan aku sehari-hari.
Kelopak-kelopak bunga yang kau hadiahi kemarin sudah mulai layu selayu rasa hati aku saat ini. Cuba aku cari ke mana hilang harumannya. Senyumlah, kerana harumannya masih mekar di dalam jiwa.
Secebis lagi kisah cereka duka.
Lama aku menghirup perit luka dari merasa manisnya gula-gula kapas. Sehinggakan aku hanya pandai mengait kata duka dari memahami indahnya menikmati pelangi petang. Bahagia aku, izin biar aku sahaja yang tahu. Kerana bahagia aku seisi dunia turut mahu cemburu.
Comments
bersabarlah~
tunggu saja .
lady suka sangat..
p/s : jgn bersedih yer.. kalau sedih.. kalau dilayan.. akan mengundang suasana yang lagi pilu..
rindu itu indah kadang kala derita juga...
itu saya..
ingat lah saya
gerimis jernih tiris juga di kelopak mata yang aku tahan-tahan tadi.
dan aku lupa panas sejuk lerai sulung jernih tadi kerana jiwaku sibuk mencanting warna pada hampar emosiku yang tertumpah
duga gelap menghilang impian yang aku lukiskan dengan cair lilin pada kait kehidupan ini.
dan aku terus jatuh.
jatuh terus yang belum berhujung.
dan sekejap, aku tersentak.
lahung azan yang menghambat sekalian 'halus' lari itu menghentikan 'jatuh' aku dari terus jauh.
bagai tadi yang berkait halus untuk aku tarik naik dari lohong yang tak berhujung ini.
kait itu terlalu halus.
dan kian genting untuk aku terus bertahan menunggu.
harus aku lekas bertarik kait dan keluar secemas mampu dari sini?
atau aku biar saja carik-carik kait itu terus berlilit buang dan sedar-sedar aku jatuh lagi untuk sekian-nya?
untuk 'aku' itu, kamu pilih.
dan kamu terlalu bijak untuk diperbodohkan emosi yang tepinya terlalu jauh untuk kita tumpang berpaut.
kan?

cemburu manusia memg x akan hpernah hilang maCy..sabar ye..ALLAH itu Maha Adil..
smile..
*big hug*
rindu macy!