cikgu, ajarlah kami..
Assalamualaikum.
Bulan lepas seperti sem-sem sebelumnya maCy ke sekolah untuk menjalani SBE (School Based Experience). Kali ini maCy ke sekolah seorang diri gara-gara mahu ke sekolah yang betul-betul dekat dengan rumah. Sekolah yang paling dekat dengan rumah sudah maCy spare untuk SBE akan datang. hihi
Walaupun seorang, segalanya masih lancar, guru-guru yang baik dan pentadbiran sekolah yang licin. maCy sangat suka ke sekolah. Lebih suka apabila diminta menggantikan guru yang tidak dapat hadir. Memandangkan hujan sepanjang minggu, maka kelas Pendidikan Jasmani digantikan dengan Pendidikan Kesihatan.
Hari pertama maCy tidak mengajar, sekadar mengajak murid-murid bermain di dalam kelas. Kerana silibus Pend. Kesihatan tahun 4 dan 5 berkenaan seksualiti. maCy kurang arif sama ada maCy harus 'direct' atau bagaimana dalam menerangkan mengenai perubahan fizikal am lelaki dan perempuan setelah mencapai umur baligh. Tambahan pula sebenarnya maCy memang belum punya lesen mengajar. huhu
Kisahnya yang ingin diceritakan di sini, maCy ada memasuki kedua-dua kelas pertama 5A dan terakhir 5E. Kelas pertama seperti biasa eager untuk belajar. Beria-ia meminta maCy mengadakan kuiz Sains. Bersemangat untuk belajar, sentiasa berebut-rebut untuk membantu guru walau hanya untuk memadam papan tulis tetapi ada yang sedikit ego dengan kepandaian mereka.
Kelas terakhir? Hm.. Nakal. Banyak mulut. Ceria. Tapi yang perempuannya tersangatlah pasif. Diajak bermain 'teka apa', menyanyi dan bercerita. Akhirnya bergaduh kerana kalah dalam permainan. Maka merasalah mereka dimarahi cikgu maCy ini. Semua duduk di tempat masing-masing tanpa sepatah kata, hanya bebelan maCy yang kedengaran. Kelas mulai sepi. Kemudian, buka mulut sedikit sahaja, mereka sudah mula tersenyum semula. Sudah lupa yang mereka baru sahaja dimarahi terutamanya si nakal yang menghentak-hentak meja dan menolak rakan itu tadi. Sudah meminta maCy bercerita semula :)
Sebelum keluar kelas, maCy sampaikan pesanan terakhir, menyuruh mereka belajar rajin-rajin dan sebagainya. Memberi ingatan sekali lagi kepada yang dimarahi tadi. Cuma satu yang terbekas sehingga hari ini. Sebelum keluar, salah seorang daripada mereka berkata, "Cikgu, tolonglah ajar kami. Kami ni bukan pandai pun..". maCy terdiam, lebih-lebih lagi melihat mata ikhlas dia yang berkata-kata.
Ya, maCy tidak pernah duduk di kelas terakhir, maCy bukan seorang murid yang terlalu lambat belajar. maCy bukan murid yang selalu memakan rotan dan penampar. maCy tahu, mereka di kelas terakhir bukan jahat, cuma malas belajar sahaja. Digilap sedikit, pasti berjaya.. Tapi pernah juga maCy melihat murid-murid yang lambat belajar ini dilempar bukunya ke luar dari tingkat dua..
Dan hari ini, maCy sangat berharap, maCy dapat menamatkan pengajian maCy di IPG ini, dan keluar menjadi guru yang mampu mendidik semua anak-anak muridnya sehingga berjaya..

p/s : tahun depan sudah mula praktikum. fuhh =="
Comments
kelas last pun ada je org pandai
nak jugakk.
hee .
cikgu macy boleh ajar saya? :P
semoga berjaya menjadi seorang pengajar dan sekali gus seorang pendidik.
kalau kau jadi cikgu nanti,pastikan kau jadi cikgu yang baik dan ikhlas.biar dihormati kerana jasa dan budi dan bukannya ditakuti kerana benci.
ini pengalaman aku macy...
cikgu yang hebat adalah cikgu yang berjaya mendidik pelajarnya menjadi orang yang berguna.dan cikgu yang gagal adalah cikgu yang hanya masuk kekelas dan keluar tanpa meninggalkan apa2 untuk pelajarnya.
sayang kan,macy?
aku tengok sekarang ni ramai yang memilih profesional ini semata2 kerana kerja dan gaji.dan bukannya kerana seikhlas hati nak jadi pendidik.maaf kalau kau tak setuju dengan aku.kerana banyak dikalangan kawan2 aku yang memilih kerjaya guru ini semata2 kerana kerja dan gaji.
kata mereka...
"sekarang susah nak dapat kerja.habis degree buat KPLI atau DPLI.lepas tu dah tentu kerja menunggu.masuk kelas mengajar atau tidak pandai atau tidak pelajar,bulan2 gaji tetap jalan."
sedihkan macy? aku harap kau tidak begitu.dan aku yakin cikgu macy ni boleh jadi cikgu yang terbaik satu hari nanti.kan? janji dengan aku ye macy... =)
nanti,kalau aku ada anak nanti,biar aku hantar dia sekolah di tempat kau mengajar nanti.tak pun aku hantar dia tuition sama kau.boleh,cikgu macy? =p
hope so la dpt menjadi guru yg cemerlang nanti :)
n do change people's perception about them.. :)
Nasihat saya ialah sentiasa ikhlas mengajar anak bangsa
pastu best kan
^^
diorg telus dalam ckap pape:)
cayok2 maCy..jadi pendidik yg disegani..hehe
biasa la tu, kelas hujung mmg nakal.hehe
latest en3: cara kesan laman web palsu
tapi setiap dari guru aku mengajar dengan ikhlas dan berkatnya kini aku sudah mula berfikir dan mengguna akal..
jadi guru harus ikhlas kerana keberkatan ilmu itu sentiasa berkembang cahayanya dan tak akan padam.
Tenaga Turbin Angin di Uruguay
kisah seorang guru yg terpaksa mengajar di kelas yg teruk.. :)..
suke dengan pendekatan guru tersebut..
p/s : ramai guru yg xdpt mengajar pelajar di kelas belakang.. kshn kat pelajar yg mungkin ingin btl2 belajar di kelas tu :(.. mereka akan persalahkan guru sampai mrk dws.. :(
:)