muntah
Assalamualaikum.
"Wekk..". Kepala paip silver yang tampak mewah digenggam dan dipulas segera bagi memuntahkan air bersih, mengurangkan kepekatan cairan muntah putih kuning gadis berusia 19 tahun itu. Berkumur serta membasahkan muka. Kepala paip dipulas kembali menghentikan muntahan air bersih sebentar tadi.
Kali itu merupakan kali ketiga dia muntah untuk hari ini. Kesal merobek dada. Air mata mencurah laju, menahan sakit loya, menahan sakit senak kepala memikirkan masalah dunianya hari itu. Muntahan perasaan itu benar sukar dilayan tetapi tetap menguasai ceruk kepala minda dan akal yang sebenarnya waras tapi diperbodohkan nafsu sendiri. Bodoh yang tetap bodoh. Menjadi gadis cantik punya aset mahal yang diberi percuma untuk dicoba jantan hilang akal tidak dipastikan kemampuan untuk menjadi imam sebuah keluarga bahagia.
Kebodohan semalam membenarkan jantan keparat itu memuntahkan air mani ke ruang sempitnya benar-benar memakan dirinya kali ini. Dipegang perutnya sekali lagi, bagaimana bila tiba saat perut itu memboyot dek hasil sperm sihat buah hati haramnya kian matang di dalam rahimnya?
Lelaki, jangan muntah merata-rata. Perempuan, jaga diri, jangan muntah kerana roh yang bakal ditiupkan hasil dari perbuatan yang tidak sihat. Apa jua cara untuk mengelakkan persenyawaan berlaku, jika dari awalnya sudah haram, dosa tetap dosa.
~Coretan hasil idea entry Miecyber. Valentine menyumbang kepada perbuatan kes buang bayi di Malaysia.

p/s : kasihan bayi hasil sperm yang penat mengatur strategi untuk menang dalam perlumbaan hebat demi bertemu ibunya, akhirnya dibuang begitu sahaja~
Comments
muntah!
really nice. (:
Ehh..Miecyber tu macam nama saya jer...
Thanks maCy...:D
Dana 1MDB : Q & A
nice one macy!
;)
kasihan, sia2 je sperma tu..
dik2..ehem3..ni pedagang mosepad dah dtg...
mouse pad......mousepad... meh2 dtg blog saya...ade byk design mousepad..hi3 :p
http://uruchimaru-kf.blogspot.com/2011/01/merajuk-dengan-ebay-jadi-saya-nak-jual.html
wah baik penulisan macam ni, indah je bila di baca...
menang yang takkan menang apa-apa.
dunia..
;)
Muntah. Jadikan muntah itu satu memori indah.
Sekian.
Sayang.. jom kawen.
aku halal sumanya...
best entri ni.
lagi?
*ketagih
=)
Muntah tidak semesti mengandung atau morning sickness mugkin disebabkan perut masuk angin :-)

*yee... yan tu clasmate sy~
nice entri babe :)
its a different thing bayi yg disambut dgn gembira oleh ahli keluarga and bayi yg dsmbut dgn kutukan masyarakat sekeliling..
nauzubillahi min zalik
perkasa benteng iman untuk melawan serangan nafsu..
eh,hidup tapi mati itu menarik. baru baca. =)
good job macy!
adakah si gadis itu kerana memberi peluang? Ataukah si lelaki yang pandai mengambil peluang?
apapun, anda tulis kebaikan, mencegah kemungkaran.
Terlepas entry ni sebab tak bw smlm dan smlm..
Byk kali word muntah kuar kan..
Hahaha.. ~nice