30 jan 2011
Assalamualaikum.
Awak dari dulu memang sweet. Memang macam perempuan. Hati pun lembut macam perempuan juga. Awak kan gadis pink.
Tak macam saya, kepala nak dengar lagu tak Avril, MCR sahaja, lagu slow rasa sakit jiwa. Muka lembut, perangai ganas, awak selalu kata macam tu.
Sampai jejaka pilihan pun, awak suka yang smart-smart ala-ala artis korea, untuk saya Billie Joe Armstrong tetap selamanya.
Kita kawan. Dulu saya rasa banyak buat salah pada awak, cakap pakai lepas. Awak kata, dalam ramai-ramai saya sorang berani tegur awak depan-depan, yang lain semua pakai okay sahaja. Tapi saya tahu, cara saya kasar, saya cakap straight tak ada simpang-simpang. Cuma, bahasa saya tak adalah kejam. hehe
Sampai satu tahap, kita tak bercakap. Gara-gara saya cakap awak kena pergi PLKN, padahal tak pun. Awak marah betul, awak kan benci betul aktiviti lasak macam tu. hihi
Makin besar, saya dan awak makin rapat. Bak kata awak, dekat bau tahi, dah jauh bau bunga, mula tercari-cari. Cuma konflik dalam sambung belajar, saya dan awak dua-dua rasa course kita terbalik. Saya mahu Tesl, awak benci Tesl, tapi Tesl awak punya. Awak pandai Chem Bio, Chem saya tak payah cerita, tapi course Sains saya punya.
Ni hadiah awak beri dulu kali terakhir jumpa zaman sekolah. Saya simpan lagi awak tahu?
Apa pun berlaku, saya harap awak dan saya tetap kekasih selamanya. Saya minta maaf remove awak pada relationship pada FB, saya dah explain kenapa. Tapi saya dah masukkan awak dalam list family saya. Apapun seronok jadi BF awak berapa bulan ni. hihi
Tengok gambar ni, ada jering, awak dan saya. Awak yang berdiri, plain innocent sahaja. Jadi saya tak pelik awak kata saya dan Adhar sama, suka kenakan orang saja. Tapi Adhar jahat lagi. Saya baik sikit. hihi. Nak tengok muka Adhar Klik Sini. Orang kata dia hensem, saya kata dia gila. haha
Sampai sini saja. Saya banyak kerja, tapi saya sayang awak jadi saya buat juga entry hari ni.
Happy birthday. Sayang awak Hidayatul Nur Aqilah :)
p/s : 30 jan 2011 jadi tarikh kesayangan maCy mulai tahun ni ^^
Comments
;D aku pun minat gak green day
Happy birthday buat kawan kau tuh
the differences make ur friendship stronger inshaAllah
besh ada kawan macam awak..
mghargai kawan yg lain!
hpy besday to besday gurl...
30 nov ade pe tuu ;)
*manis - sweet
huhuhu...
anyway, happy birthday to her
moga persahabatan korang sampai ke akhir hayat insyaAllah
romantik kamu macy.
birthday gua dah dekat.
nak jugak leh?
hahahaaha
astagaaa......mati2 ingatkan betul!
kehkehkeh!
*biar kasar asal jujur nya ada. =)
i do appreciate it...
uhibbukifillah...