pengalaman di wad
Assalamualaikum,
Perkongsian kali ini merupakan sorotan idea dari entry Iqbal Syarie mengenai pengalamannya dimasukkan ke dalam wad akibat denggi baru-baru ini. Perkongsian maCy tidak lah sehebat perkongsian beliau. Cuma, maCy mahu berkongsi sedikit pengalaman maCy semasa dimasukkan ke wad pada bulan Jun 2008 dan 2009.
Pada tahun 2008 maCy dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang tumor di telapak tangan manakala pada tahun 2009 maCy dikejarkan ke wad akibat appendix. Naik ambulan nenoneno itu juga satu pengalaman. huhu
Apa pun, selama 2 kali maCy dimasukkan ke hospital itu, dilihat senario sama yang berlaku. Si sakit mahupun si kurang sakit jarang sekali melakukan solat 5 waktu.
Solat itu tiang agama, tiada tiang maka runtuhlah agama.
Diakui, untuk pembedahan pertama pada 2008, sepanjang hari setelah keluar dari bilik pembedahan, maCy tidak mendirikan solat. maCy mabuk sungguh-sungguh dengan bius yang diberikan. Rasa puluhan bintang terbang di depan mata. Pembedahan minor tetapi sepanjang malam juga maCy merengek bagai anak kecil. Tapi saat itu maCy benar-benar rasa tidak mampu, bukan sengaja. Setelah itu barulah maCy qada' yang mana tertinggal.
2009. Sakit, tetapi solat tetap solat. Dengan tangan yang dicucuk jarum, kakak membantu maCy untuk mengambil wuduk. Islam itu mudah. Apa yang tidak mampu, Dia ringankan. Teringat kakak bercerita, saat maCy solat sambil duduk diatas katil, seorang anak kecil bertanya, "kakak tu buat apa?", "solat? kenapa dia duduk?". Soalan-soalan itu dijawab satu persatu.
Dipendekkan di sini, sihat atau sakit solat itu tetap wajib. Darurat? Yang susah boleh dipermudahkan, jadi apa lagi alasan? Jika diingat, maCy sendiri rasa kelakar, biasanya jika solat duduk kita duduk seperti duduk diantara dua sujud atau duduk tahiyat, tetapi maCy duduk bersila. haha. Tapi kerana itu sahaja yang maCy mampu, dirasa mahu tumbang jika duduk secara lain, maka maCy teruskan sahaja.
maCy juga masih belum sempurna, solat maCy entah diterima entah tidak. Tapi itu urusan Dia. Akhir kata, jom solat! :)
Mengapa solat dianggap sebagai tiang? Sedangkan kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama? Perihal ini akan dikongsikan pada masa akan datang insyaAllah.

p/s : med, jangan lupa solat ya~
Comments
cukuplah tengok segala keskitan orang lain. itu pon dah cukup rasa sakit.
sbab tu tak jadi masalah untuk mana2 surgeon jugak nak solat even dalam operation yang ambik masa samapi 12 jam tu. :)
macy jangan masuk ward ag ye :)
semoga sihat salu yang.
hmm..
betul!islam itu mudah. yg mbtkanya jd susah ialah umatnya
sy pun maseh kurang bab2 solat ni.
Bab solat nie dah membuktikan Islam memang agama yang mudah. kalau memang dah tak larat sangat, boley jer qadak. ^_^
selebihnyer diterima atau tidak itu urusan Allah. setuju dengan Macy. ^_^
mahu macy sihat2 selalu...:)
islam itu mudah..tul tu...
like this!
dlm pape keadaan pon kite blh solat :)
Tak pernah lagi sakit sampai ke masuk wad, harap tak perlu..hehe
kalo aku... bila aku sakit... teringat mcm2... nyesal pon ada.... itulah... inilah...
bila sihat... hampessss... huhuhuhu...
jaga diri baik2 ya...
wa rasa bersyukur sbb sblm ni wa tak penah duga apa yg wa ada harini sesuatu yg kekal..
saya cuma suka melawat orang kat wad jer sambil2 tgk nurse pelatih yg muda2 tu.. :)
walau kat mana kita berada, apa keadaan sekalipun, solat tetap kena dirikan. islam sentiasa memberi pilihan kaedah solat yg boleh dilakukan bergantung kepada keadaan
tulang belakang. di ganti dengan besi.
sepanjang spine tu adalah titanium.
best, tgh period. mak yg uruskan semua. bangun pon tak boleh. kan?
solat tak la kan.
jasa mama tetap dikenang.
sekian.
xde alasan nak ponteng..
kcuali mati
tapi mse tuh solat pakai isyarat mata jer o.O"
tu pun mak aku yg tlg aku ambik air semayang ;D
aah semua sakit kecuali nazak tiada pengecualian dari melakukan solat ;D
what a good story ^^
itulah yang sepatutnye..
~menanti post seterusnye..
menarik utk dikongsi..
:D
subuh semakin hampir...
itupun sbb apendiks gak..
masa eksiden dulu aku solat duduk sebab tangan tangan bengkok tak boleh nak sujud.
wajiblah kita menunaikannya..
(sila sambung lagu yang dinyanyikan oleh Upin Ipin ni sendiri)
Upin Ipin pun tahu, kita yang dah boleh jadi mak bapak Upin Ipin ni kadang-kadang masih tak sedar diri kan?
thanks maCy pada perkongsian maCy ni.
;)
last sekali masuk wad mak bitau umo 4 thn sbb cirit birit dan deman panas. ms tu konfem i x ingat ape2..
harap macy x sakit2 lagi yerrr...
i sayang u taw ;)) hehe
xpernah masuk wad...grrr takot..
##uik tetiba terperasan ada pelawat terkini...br nk jd silent reader..hehehe
P.S: Mintak dijauhkan la dari masuk wad @ ape2 musibah. :)
sama2 ingatkan diri tentang solat 5 waktu..
wena suka baca entry..
thank u sbb mengingatkan..
:)