Posts

Best ke Sewing World Gallery?

Image
Assalamualaikum.  Niat hati nak update post Apa g boleh dibuat di KL Part 3 selepas berbulan tak update,  tapi gambar pulak tak jumpa.  Ha ha..  So,  nak share something else.  There's an interesting place to visit at One City Mall, Skypark especially untuk sewing lover. Sewing World Gallery Pernah dengar?  Pernah sampai?  This is my first time.  Kebetulan singgah sementara menunggu masa open house raya bermula.  Huhu Sememangnya pelbagai hasil kraf yang menarik telah dihasilkan melalui jahitan termasuk beg,  kerusi,  apron, patung dan sebagainya.  Juga terdapat satu section dimana terpapar nama-nama besar dalam seni jahitan dan peralatan jahitan zaman nenek moyang kita dipamerkan. Akhir sekali, apa yang menarik ialah Sewing World Gallery ini turut menyediakan kelas jahitan buat yang berminat.  Tema atau topik bagi setiap bulan telah dirancang sejak awal lagi. Tapi gambar ...

Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL (Part 2)

Image
Assalamualaikum.  Lama sungguh nak dapat masa update second part ni.  Hihi. Ok,  last time maCy share jalan kat Galeri Kuala Lumpur kan.  Then kami jalan lagi area berdekatan iaitu Dataran Underground. Memang dekat. Depan aje.  Hihi.  Untuk yang belum tahu,  Dataran Underground tu betul-betul terletak di bawah Dataran Merdeka. Kebanyakan khiosk dan kedai masih tutup masa ni. Tapi ada satu lagi tarikan masa kami datang iaitu Galeri Mural Cheritera. Pada mulanya cuma nak ambil gambar je,  tapi then ada anak muda yang cuba mempromosi galeri mural ini. Suami tak mahu masuk,  tapi maCy kata jom lah cuba,  boleh tulis blog.  Haha.  Jadi selaku suami yang penyayang,  dilayankan sahaja isterinya ini.. Entrance fee RM5 untuk seorang.  AqidSoleh free of course.  Overall tempat tu masih dalam penambahbaikan.  Ada ruangan yang belum siap sepenuhnya,  digantikan dengan pameran hasil karya pel...

Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di KL? Part 1

Image
Assalamualaikum, Apa yang boleh dibuat dengan RM50 di Kuala Lumpur? Here,  aktiviti kami suami isteri dan baby dengan RM50, tapi of course tak termasuk kos minyak kereta, parking dan tol.  Kalau nak kira sekali ummm,  tak berjalan lah pulak kita.  Hehe Mula-mula kami ke Galeri Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka.  Bayarannya ialah RM5 seorang. Disebabkan tak plan,  kami pun tak tahu sebenarnya ada entrance fee atau tidak.  Haha. Tapi jangan risau,  RM5 tu nanti ada gunanya. Sila beratur ya Banyak info dan sejarah tentang Kuala Lumpur,  ibu negara Malaysia ni yang mungkin kita tak tahu kat sini. Sempena chinese new year Lepas jalan sikit kat bawah,  kami naik ke tingkat 2. Ada tayangan video yang memang menarik kerana disertakan dengan miniature (sebenarnya tak tahu nak gelar apa.  Haha) Kuala Lumpur yang bewarna warni. Kat situ akan highlight sekali bangunan yang berkait...

First time..Mi Kolok & Laksa Sarawak

Image
Assalamualaikum.. Haii.. lama tak tulis-tulis. Almaklum, busy bekerja dan berkeluarga. Hihi. Tajuk tu refer kepada first time merasa tau, bukan first time memasak :p Teringin nak makan since tengok dalam Jalan-jalan Cari Makan ke Sarawak. Tapi manalah kita nak sampai ke Sarawak kan, so i ols google aje untuk cari mi kolok dan laksa Sarawak kat area Selangor ni. Mi kolok memang maCy belum pernah try tapi laksa Sarawak pernah masa zaman IPG dulu, lecturer hidang masa open house. So finally, kami sampai ke Restoran Akasia ni. Restoran ni turut menghidangkan western dan masakan panas. Tapi since dah ada aim, so terus order sahaja mi kolok special dan laksa Sarawak. Tak silap mi kolok tu ada option biasa, sup dan special, tapi terus order yang special. Hehee Ni lah rupanya laksa Sarawak dan mi kolok Bajet je si AqidSoleh ni pandang-pandang, macam lah dah boleh makan. Huhu So overall tidaklah menghampakan. Ok la.. Boleh datang lagi ajak mak abah ibu ayah pulak....

Rahim Terbalik? (Retroverted Uterus/Tilted Uterus)

Image
Assalamualaikum. Harini nak share mengenai rahim terbalik. Kenapa? Kerana ada di antara kita yang risau dan sibuk mencari info. Ditambah dengan pernah tinggal berjauhan, semakin sukarlah usaha untuk mendapatkan zuriat. Bukan kotor ya. Ini fakta. Tidak salah berkongsi dengan mereka yang memerlukan. INTRO Apa itu rahim terbalik?? Kebanyakan wanita mempunyai rahim yang mengadap pundi kencing, sebaliknya pemilik rahim terbalik mempunyai rahim yang mengadap tulang belakang.  Gambar ihsan Google INFO 1. Memiliki rahim terbalik tidak bermakna anda tidak subur.  2. Kebanyakan wanita yang memiliki rahim terbalik mengadu sukar mendapatkan zuriat. Tetapi masih ramai yang berjaya hamil tanpa sebarang masalah. 3. Hanya 20-30% wanita di dunia yang mengalami keadaan ini. 4. Keadaan ini TIDAK mempengaruhi kesuburan dan tidak berbahaya melainkan disebabkan oleh endiometriosis. TANDA-TANDA  1. Sakit semasa berhubungan dengan suami. 2. Sakit pinggan...

:: jodoh mimpi

Image
Assalamualaikum. Pernah kamu bermimpi indah? Seperti kamu ketemu jodoh kamu? Kebiasaannya mereka yang menjelma dalam mimpi adalah manusia-manusia yang kita pernah jumpa dalam sedar atau tidak. Mungkin, dipersimpangan LRT tatkala manusia berpusu-pusu. atau dipertengahan lampu trafik merah, pemilik kereta sebelah. Maka mari kita bersenyum sama kita, kerana barangkali dia milik kamu sebenarnya. : Post lama yang masih dalam simpanan sebagai draft. Oh dahulunya sentiasa menulis tulisan style sebegini. Sesungguhnya maCy sudah tua.

Resepi Ayam Bakar Black Pepper

Image
Assalamualaikum, Lain rasanya dapat tinggal bersama suami. Tidak lagi tinggal berjauhan. Dari tak pandai masak, dah pandai masak. Dulu bukan tak mahu memasak, ada mak, ada kakak. Takut salah. Takut tak sedap. hihi Tapi kata suami, maCy taknak tunjuk bakat. hihi. Itulah kata-kata apabila masakan menjadi. Adakalanya simple tapi berselera! Tak lupa juga ada masa masak tak berapa menjadi. Tapi semuanya proses belajar. Kan :) Ok jom share resepi ringkas maCy. maCy guna bahan yang sangat mudah dan tolak tepi bahan yang tak ada di rumah.  RESEPI AYAM BAKAR BLACK PEPPER Bahan-bahan : 6 ketul ayam 4 biji bawang merah (dikisar) 2 biji bawang putih (dikisar) 1 inci halia 3 sb sos blackpepper 2 sb sos tiram 1/2 sk blackpepper flavour Garam secukup rasa Gula secukup rasa Marjerin/Minyak Cara-cara : 1. Masukkan semua bahan untuk perapan kecuali marjerin/minyak ke dalam mangkuk. 2. Perap ayam selama 4 jam. Masukkan ke dalam peti bawah. (maCy perap 12 jam, sedapppp) ...