Posts

SELEPAS 3 TAHUN

Image
28 APRIL 2015-SETELAH 3 TAHUN Masih wujudkah rakan-rakan lama, di sini? p/s : ya Allah rindunya pada zaman blogging. dan sahabat-sahabat :')

:: Pavlova penutup cuti!

Image
Assalamualaikum. Cuti sekolah sudah berakhir. Niat untuk beristiqamah dalam menulis bukan mudah. Lebih-lebih lagi apabila terikat dengan tanggungjawab tertentu termasuklah tanggung jawab sebagai anak. Jadi, usah mudah kata apabila cuti menjelang kedua kaki boleh bergoyang. Cuti kali ini? Ada dugaan yang melanda. Namun, dalam setiap yang diduga pasti akan ada manisnya sebagai ganjaran kesabaran. Namun, jujur. Saat dilanda ujian kecil tersebut, ada redha. Tapi sekejap-sekejap kembali terasa sedih. Apa pun yang berlaku, doakan semoga segalanya berjalan lancar insyaAllah. Penutup cuti kali ini maCy tutup dengan Pavlova! Tengok gambar, menarik tak? hehe. Sepanjang cuti teringin nak buat tapi tak ada yang rajin nak melayan pergi kedai bakery. Jadi maCy buat lain-lain pencuci mulut seperti buat layer choc cheese, puding karamel, choc rich pudding, puding sagu,  puding roti, kek marble, karipap, donut mayo, donut keledek dan durian crepe, sebelum akhirnya dapat juga buat Pa...

:: orang asing

Image
Assalamualaikum Hai orang asing Kita bertemu buat pertama kalinya Tiada siapa peduli siapa kamu, kamu pun tak peduli siapa aku Hai orang asing Setelah bertahun sekali lagi kita berlaga bahu Mata memandang mata Senyum terukir tiba-tiba Kerana saat kita kembali bertemu Kamulah orangnya yang sedang melamar aku lelaki : my eldest nephew lokasi : danga bay

:: Fussilat : 51

Image
Assalamualaikum. Maka, usah bersedih dengan dugaan. Kerana barangkali Allah menarik nikmat yang telah dikurniakan kerana mahu mendapatkan kembali cinta dari hamba-hambaNya. Dan maka usah lupa apabila nikmat dipinjamkan atau dipulangkan semula, kerana semuanya itu milikNya. quotes dan ayatNya di'alih ke bentuk gambar untuk dibuat wallpaper. dan alhamdulillah, nikmatnya bercuti di rumah :)

:: inspirasi

Image
Assalamualaikum, "Apa yang kita ingat dari kenangan-kenangan yang dirakam oleh kita? Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau kejadian adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun boleh terlupa. Tetapi, tidak dengan rasa. Rasa senang, rasa sedih, yang akan terus kita bawa tanpa mudah tercicir di sepanjang perjalanan kita. Dan semakin kita dewasa, kita akan menyedari bahawa di antara kenangan-kenangan tersebut ada satu rasa yang paling besar." Petikan kata indah dari kisah ini seakan mengetuk pintu, membuka hati, dan membuat kepala berputar berfikir sendiri. Semalam aku mengalah dengan rasa yang tidak kepastian hujungnya. Semalam aku berhenti kerana ada Hyde yang tersembunyi di sebalik Jekyll. Dan hari ini aku mahu membuka pintu untuk mereka yang sudi membaca. Paling tidak, aku ingin menulis sedikit-sedikit sebagai terapi untuk aku sendiri. Jika tidak banyak, sekurang-kurangnya pasti ada sedikit inci tulisan dari yang lepas yang bisa m...

Mengumpat, Dosa yang Tidak Diampunkan Allah

Assalamualaikum. Lama tak buat entri dengan tag 'Islamic City'. Kebetulan semalam maCy terbaca dari komen seseorang di Facebook, "realiti yang sentiasa ada di sekeliling kita, telinga rasa nak dengar, mulut rasa nak beritahu, hati rasa nak menambah.." --> merujuk pada mengumpat lah kan? Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis Riwayat Abu Daud) Mengumpat diertikan dengan menceritakan keburukan seseorang meskipun ianya benar ATAUPUN menceritakan mengenai seseorang mengenai sesuatu yang sekiranya didengari olehnya, akan menimbulkan kemarahan atau rasa sakit hati . Fitnah pula diertikan sebagai menceritakan keburukan seseorang pad...

dongeng maCy : Puteri Katak

Assalamualaikum. Hujan renyai-renyai. Kedengaran katak-katak puru mengaum memanggil hujan. Kelihatan sepasang kekasih sedang bersandiwara antara satu sama lain. Sang jejaka memandang wajah si gadis penuh rasa cinta.  "Sayang sayang sayang?" , tanya sang jejaka.  "Sayang. sayang sayang sayang.", jawab si gadis sambil melentokkan kepalanya di bahu sang jejaka.   Peluang baik ni. Getus sang jejaka dalam hati. Tanpa melengahkan masa, sang jejaka terus mencium si gadis kerana ketidaksabarannya.  Ka-cing! Berubahlah si gadis menjadi katak semula. will be spending cuti maulidur rasul di rumah lecturer :)