Posts

tajuk entry ini, saya busy ;D

Image
my little nurul fatihah Nama saya maCy.. Saya sedang busy.. Saya balik cuti hari Khamis.. Jumaat dah kena submit a few assignment.. Hari Isnin kena hantar semua.. Saya kat rumah, dapat baby baru.. Eh, maksud saya anak saudara baru.. Saya minta maaf tak dapat bawak kuih raya ke blog kamu semua.. Saya seriously tak ada masa untuk blogging dan blogwalk.. Saya minta maaf.. Saya nak ucap Selamat Hari Raya lagi.. dan jangan lupa puasa enam.. Tapi nak puasa tolong kejut saya sahur sekali.. Tata~ ;D p/s : plus, saya sedang emo. sebab? ... [edit]

biru warna cinta

Kalau biru warnanya cinta , rindu apa warnanya? ~nenoneno selamat hari raya maaf zahir batin nak minta maaf tak semestinya masa raya kan? apa pun ampun silap salah dari maCy dan suami jangan lupa zakat fitrah, masih ada masa.. dan wahai si gadis juga jejaka pemonteng tegar jangan lupa ganti puasa nanti jangan puasa waktu haram berpuasa sudahla ya salam aidilfitri! ;D p/s : sengaja buat entry pendek. kerana rindu kamulah! :)

siapa yang layak menyambut hari raya aidilfitri?

Image
Assalamualaikum.. Sedar tidak sedar, Ramadhan sudah kian hampir ke penghujungnya. Terasa amat rugi kerana tidak sepenuhnya mengejar pahala bila Ramadhan bertandang. maCy masih belum dalam mood beraya, tapi pusing-pusing dengar lagu raya juga. hihi.. Sudah dalam mood raya? Biasanya, soalan wajib sempena raya, "baju raya berapa pasang?" . Jawapan wajib maCy pula setiap tahun, "tak pernah lebih sepasang.." . Baju raya tahun ini pun sengaja dipilih warna yang sudah sesuai dengan tudung sedia ada. Yes! Jimat. Boleh beli Ferrari sebijik kalau tiap tahun macam ni. huhu.. Baik-baik, tutup cerita. Alkisah maCy blogwalk sebentar selepas subuh pagi tadi. Sehinggalah terjumpa entry di blog ini ( Klik Sini ). Apa yang ingin maCy kongsikan ialah maCy tertarik dengan komen salah seorang pembacanya. Hari Raya Aidilfitri disambut bagi mereka yang berkelayakan dengan:- Puasanya sempurna dan cukup sebulan di bulan Ramadhan; Mereka yang mengeluarkan zakat fitrah. Mereka yang menunaik...

luasnya neraka

Image
Dipetik dari perkongsian di Facebook.. Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... Luasnya Neraka Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w "'Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu b...

suara yang didengar mayat

Image
Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua. maCy Isnin ini akan ke sekolah untuk menjalani PBS. Tak sabar rasanya mahu ke sana. Cuma, lagi seronok kalau dapat makan hasil tangan mak di akhir-akhir Ramadhan ini.. Kali ini maCy mahu berkongsi mengenai suara yang didengar mayat. Lama rasanya tidak membuat perkongsian rohani di sini.. Ada tiga hal yang akan meng ikut mayat adalah tiga hal iaitu : keluarganya hartanya amalnya Ada dua yang kembali dan satu akan tinggal bersamanya iaitu : keluarga dan hartanya akan kembali sementara amalnya akan tinggal bersamanya Maka ketika roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang meninggalkanmu. Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan, atau kekayaan yang telah menumpukmu. Apakah kau yang telah menumpuk dunia, atau dunia yang telah menumpukmu. Apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah menguburmu." Ketika mayat terg...

antara dua cinta

Image
Assalamualaikum.. Andai diberi pilihan.. Mengejar cinta yang benar-benar cinta, tetapi tidak pasti mampukah cinta itu bersama menggapai cinta-Nya.. Atau melepaskan cinta yang benar-benar cinta, dan berdoa agar ditemukan cinta yang mampu membawa ke syurga~ p/s : jika sama-sama mengejar dunia. siapa yang membimbing siapa?

siapa kata makin hujan makin nyenyak tidur?

Image
Assalamualaikum.. Pada yang sedang bersendirian, salam sendiri. Nantikan roommate atau housemate anda yang pulang ke kampung tiba petang nanti lalu tidak lagi anda akan sendiri. Yeah! Back to the topic. Kenapa maCy tidak menyokong teori itu? Jarum jam menunjukkan jam sembilan pagi. Sebenarnya maCy baru sahaja bangun dari tidur. Dari semalam bertungkus lumus menyiapkan kerja bersama partner tapi tak siap juga lalu tidurlah kami di jam 6 pagi. Tapi sekarang ini ini sudah terlebih segar kerana bangun terkejut lalu berlarilah maCy mendapatkan baju-baju di luar yang sudah sedikit basah terkena hujan. Maka dengan ini maCy menentang sekeras-kerasnya teori yang mengatakan makin hujan makin nyenyak tidur. Sekian. semalam aku berlari dan menangis di dalam hujan, hari ini aku ketawa dan menari sepuas hati, sama ada gila atau gembira, yang itu aku sendiri tidak pasti. cuma, aku tahu hari ini senyumku terukir sudah, bukan lagi untuk kamu tetapi untuk diriku sendiri~ p/s : lagi entry sampah. maaf! b...