Assalamualaikum. Pandangan pertama. Perempuan mudah jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar, sedangkan lelaki mudah jatuh hati pada apa yang mereka lihat. Tapi itu sebenarnya bukan apa yang mahu dibicarakan kali ini. Tetapi berkenaan dengan pandang pertama atau kata lainnya, first impression. Dibaca dari satu teratak yang sering saja membawa maCy ke laman pemikiran di luar kotak, kali ini mencuri sedikit isi dengan penulisan dan perkongsian yang dasarnya sama tapi berbeza cungkilan ideanya. Dipetik dari sana, "Segala macam benda dan pakai, tak lebih dari wasilah kehidupan. Jadi, jangan menghukum sebelum mengenal." Sembilan ratus sembilan puluh sembilan kata setuju, kerana kata-kata itu ada benarnya. Kata mereka, luar cantik dalam tak semestinya sama. Adakalanya fizikal luaran masih belum mampu menterjemah hakikat individu itu sendiri. Ada yang luarnya pakai mewah, tapi sebenarnya hutang mencekik darah. Adakalanya pakai sedang-sedang sahaja, tapi p...